Percutian ke Johor kali ni kami tak beria pun rancang aktiviti. Plan asal nak bercuti santai-santai saja dan nak pergi rumah kakak di Senai.
Singgah makan di Restoran Kari
Kambing 40 Hari ni tidak termasuk dalam senarai tempat kami nak pergi waktu
bercuti ke Johor.
Memang plan last minute bila adik
Ipar ajak makan sebab teringin katanya. Dah alang-alang sampai Yong Peng kami
singgah juga lah.
Restoran Kari Kambing 40 Hari, Yong Peng Johor
Apa yang kelakarnya, waktu dah
siap makan baru Diah perasan yang restoran ni tutup awal ya. Kalau tahu mesti
kami akan kelam kabut ke sini risau tak sempat sampai.
Memandangkan kami dari Kuala
Lumpur ikut highway Utara Selatan jadi kami keluar ikut exit Yong Peng. Nak
mudah waze saja alamat restoran.
Restoran ni betul-betul tepi
jalan. Kalau dari highway boleh nampak signboard besar Restoran Kari Kambing 40
Hari tu.
Menu Restoran Kari Kambing 40 Hari
Menu utama yang ada dekat sini
hanyalah Nasi Arab. Ada pilihan lauk Ayam atau pun Kambing. Kalau datang
ramai-ramai boleh pesan Set Dulang, boleh makan 3 – 4 orang.
Kalau risau tak habis boleh pesan
Nasi dalam pinggan. Harga dia bagi Diah berpatutan dan lebih murah berbanding
dengan harga Nasi Arab Kambing di Kuala Lumpur.
Portion dia pun banyak. Sepinggan boleh kongsi berdua dengan anak.
Harga Nasi Arab (Pinggan)
Nasi Arab Kambing - RM16.00
Nasi Arab Ayam - RM14.00
Harga Set Dulang Nasi Arab
Nasi Arab bersama 2 Kambing 1
Ayam - RM61.50
Nasi Arab bersama 1 Kambing 2
Ayam - RM56.20
Nasi Arab Kambing - RM64.65
Nasi Arab Ayam - RM54.05
Papadom - RM2.00
Sirap Ais - RM1.00
Teh Ais - RM2.00
Jumlah kami makan termasuk minuman ialah RM72.08 untuk lima orang.
Waktu Berniaga Restoran Kari Kambing 40 Hari
Untuk yang datang sini kena alert
dengan waktu restoran ni berniaga. Bukan apa risau datang jauh-jauh nanti tak
sempat nak merasa.
Restoran dibuka setiap hari bermula jam 7.30 pagi sehingga jam 3.30 petang sahaja. Jadi rancanglah perjalanan korang sebaik mungkin.
Yang dari KL dan guna highway tu
yang tak terjangka. Kalau tiba-tiba ada kemalangan atau kerosakan jalan confirm
sesak tak ingat.
Konsep makan dekat sini adalah
layan diri. Beratur untuk buat pesanan, buat bayaran dan boleh ambil makanan di
kaunter sebelah.
Jadi mudah sebab servis lebih
laju begini. Tidak la orang menunggu lama makanan nak sampai ke meja.
Lebih mudah berbanding pelayan
nak kena tanya pelanggan di meja. Keluasan restoran pun agak besar. Disediakan
meja dan kerusi dan ada tempat khas untuk bersila.
Keluarga yang ada anak ramai
boleh la makan sambil bersila atas lantai. Kawasan parking pun banyak. Memang
ada disediakan untuk kemudahan pelanggan.
Tandas banyak dan bersih. Ada juga
disediakan surau. Dah macam berhenti dekat RnR la konsep dia. Cuma lagi seronok
kalau restoran ni sediakan kawasan ada aircond.
Malaysia panas ya. Berpeluh ketiak waktu makan. Tapi overall seronok je sebab dapat makan sedap.
Review Restoran Kari Kambing 40 Hari
Ulasan dan juga review adalah
berdasarkan selera dan tekak sendiri. Jangan marah ya kalau korang makan dekat
sini kemudian tak kena dengan tekak.
Nasi Arab memang jadi makanan
kegemaran kami satu keluarga. Kalau di KL kami suka makan di Restoran Qasar Balqis dan Paradise Reyan dalam Aeon Big Wangsamaju tu.
Sebagai peminat Nasi Arab, kami
approved kesedapan Nasi Arab Restoran Kari Kambing 40 Hari. Nasi dia lembut, Kambing
dia cukup rempah dan bahan perasa.
Kuah kambing agak manis dan kalau
pedas sikit mesti terangkat. Daging kambing dia lembut mudah nak makan.
Sepinggan Nasi dia tuangkan lauk dan acar timun. Memang puas hati dan kenyang perut. Anak-anak makan Nasi Arab Ayam.
Kesimpulan
Untuk yang bercuti ke arah Selatan boleh singgah ke Restoran
Kari Kambing 40 Hari. Kena cuba sendiri baru puas hati. Alamat lengkap rujuk di
bawah:
Restoran Kari Kambing 40 Hari
Air Hitam- 86100, Jln
Besar, 83700 Yong Peng, Johor
Waktu Operasi: 7.30
pagi sehingga jam 3.30 petang
SA pun nak cuba nanti, banyak tempat makan kat Johor yang ada dalam wishlist...
BalasPadamKalau jejak kaki ke Johor kena cuba SA
PadamRestoran ni pukul 7.30 pagi pun dah penuh orang serbu apatah lagi kalau hujung minggu
BalasPadamWak selalu pergi ya, waktu kami sampai orang tak putus-putus datang
Padamramai je yang suka ke sana.. Liez belum sampai lagi..nak try jugak
BalasPadamya ampun jauh ya Johor. Diah tak minat sangat travel jauh-jauh tapi demi makanan hahhaha
PadamWah pagi jga sudah buka yaa...enaknya kalau model servis sendiri itu gak lama dan bisa pilih menu juga
BalasPadamSetiap hari buka, dari awal pagi. Ada kawan yang sampai ke sini kena bungkus sebab ramai sangat
Padamslalu tgk kwn2 share...tk smp lg nk merasa..adik yg dok kt batu pahat pn share aritu
BalasPadamone day kak pergi lah. Seronok vibes dia tapi panas berkicap ketiak ya hahaha
Padamglamour restoran ni..boleh lah masuk dlm list kalau sis & family bercuti ke selatan bebila...
BalasPadamharus sis, masuk jalan jalan cari makan berbaloi
PadamUnik nama dia, pakai kata 40 hari. Saya jadi penasaran kambing yang dipakai apakah kambing muda yang berusia 40 hari 😁? Soalnya di Indonesia ada banyak restoran kambing muda. Tapi biasanya yg dipakai kambing usia 3 bulan. Lembuut dagingnya.
BalasPadamSemoga saya ada kesempatan ke Malaysia lagi, nanti nak coba restoran ini. Krn saya dan suami pun sukaa sangat makanan dengan lauk kambing kak
cuba ya kalau sampai di sini. Saya tak pasti kambing usia berapa mereka guna tapi daging lembut sangat. Mudah nak kunyah
Padam