Selagi tak dapat capai kata sepakat selagi itu lah hal sekolah menengah Ikhwan berlegar dekat kepala. Ya ampun sakit kepala dan sakit hati bila fikir.
Bulan lepas cikgu umumkan dalam
group whatsapp permohonan kemasukan ke tingkatan satu untuk tahun 2024 di Sekolah
Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) telah pun
dibuka.
Inilah dilema emak bila anak
semakin menginjak dewasa. Sama ada nak masukkan ke sekolah berasrama atau
sekolah harian dekat rumah.
Lagi pula SBP ni merupakan platform untuk anak capai cita-cita dan impian ibu bapa nak lihat anak berjaya.
Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus – SBP, SMA
Dua-dua pilihan ada baik buruk
dia. Jadi sebagai ibu bapa kena bantu Ikhwan buat pilihan yang baik untuk diri
dan masa depan.
Alhamdulillah kalau ikut track
record bersyukur sangat prestasi Ikhwan di sekolah agak baik.
Dia juga aktif untuk Kelab dan
Persatuan, cuma sukan je dia memang kecundang. Mengikut jejak kami yang memang
bukan budak olahraga.
Kalau ikut keadaan kami sekarang,
baik dari segi kewangan dan kestabilan hidup bukanlah dari keluarga T20.
Hanya ketua keluarga yang bekerja
dan kena bagi makan tiga orang anak dan isteri yang selera macam Ikan Paus.
Mencabar ya hidup di bandar yang
semua perlukan duit. Tapi kita tetap kena bersyukur sebab masih lagi hidup
selesa.
Tarikh Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)
Berbalik kepada isu sekolah
asrama, cikgu minta ibu bapa beri nama jika berminat untuk mohon PKSK. Permohonan
PKSK ini dibuka secara atas talian melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my/
bermula 1 Ogos 2023 hingga 17 September 2023.
Awalnya Diah memang tak ambil
tahu langsung sebab dari awal nak suruh Ikhwan sekolah depan mata.
Tapi biasalah kan, hati manusia
berbolak balik. What if nanti kami menyesal kalau tak cuba? Kalau keputusan suruh
Ikhwan sekolah harian adalah tidak tepat?
Jadi bincang lagi dengan suami
entah ke berapa kali dan kami sepakat letak nama. Tujuan cikgu minta nama sebab
sekolah nak buat taklimat tentang PKSK.
Sekolah akan panggil ibu bapa
terlibat untuk diberi penerangan lebih lanjut. Ikut maklumat minggu pertama
bulan September.
Sekolah Asrama atau Sekolah Harian?
Kalau ikut latar belakang, Diah
dan suami adalah budak sekolah harian. Kami sangat bangga sebab dapat duduk
dengan emak abah lebih lama berbanding dengan adik beradik yang dapat masuk
asrama.
Sebenarnya kalau ikut Diah dulu berharap
dapat masuk sekolah asrama (Agama) tapi sayang tak lepas waktu interview.
Kecewa tak payah cakap lah kan
tapi semestinya perancangan Allah adalah yang terbaik. Jadi bila giliran anak,
suami memang sokong dia sekolah harian.
Diah pula masih atas pagar. Semestinya
nak yang terbaik untuk dia. Tujuan utama nak Ikhwan masuk asrama adalah supaya
dia dapat belajar komunikasi, bergaul dengan kawan-kawan dengan bimbingan yang
lebih.
Dengan sistem pendidikan sekarang
yang lebih mencabar, kelebihan tu agak banyak jika dia tinggal di asrama.
Dekat asrama kan ada waktu prep,
lebih banyak masa dengan kawan dan guru. Atleast kalau ada soalan bab kerja
sekolah boleh la bincang.
Kalau harap emak kau ni nak, maksudnya akan rujuk Youtube la jawabnya.
Dilema Nak Pilih Sekolah Harian Atau Asrama
Antara benda yang paling takut
sekali Diah selalu fikir adalah tentang gejala buli. Kalau ikut saiz fizikal
Ikhwan Hafeez dia antara murid paling comel dalam kelas.
Setakat ni di sekolah dia belum
pernah cerita dia kena buli. Alhamdulillah cikgu sangat peka bab ni, dan
kawan-kawan dia okay.
Jadi bila nak masuk sekolah
menengah yang mana dunia sekolah tu semestinya berbeza dan perkara baru buat
kami jadi takut.
Risau dia menjadi target dan
mangsa buli. Nauzubillah. Kami dah duduk berbincang dan dia sedar niat dan
kebimbangan kami.
Insha Allah kami cuba capai kata
sepakat dan keputusan terbaik untuk Ikhwan. Cuma kalau betul lah rezeki dia dapat
sekolah asrama, mama confirm melalak.
Ni setiap kali fikir rasa nak
keluar je air mata. Alhamdulillah ikhwan okay. Dia nampak bersedia dengan
cabaran baru. Buat masa dia sibuk dengan aktiviti sekolah.
Tengah bulan Julai hari tu dia
terpilih sebagai wakil tunggal sekolah untuk Kursus Kelab Pembimbing Rakan
Sebaya Sekolah Rendah Dan Menengah peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
40 peserta sekolah rendah dan 40
peserta sekolah menengah. Kiranya satu sekolah hantar satu murid dari seluruh
KL.
Antara 40 murid yang menghadiri
kursus, dia terpilih ke peringkat kebangsaan pula. Awal bulan Sembilan ni dia
ke Simposium Pembimbang Rakan Sebaya Bongsu Peringkat Kebangsaan tahun 2023.
Sebagai emak mestilah pening
kepala. Risau ganggu pelajaran. Entahlah labu. Emak dia dulu tak aktif pun.
Ikut abah dia la agaknya.
Risau dihalang anak tu teruja nak
ambil pengalaman. Jadi sokong dan bantu dia setakat yang boleh.
Kesimpulan
Insha Allah permohonan kemasukan
Sekolah Khusus akan kami teruskan. Jika ada rezeki, dipanggil untuk pentaksiran
dan kalau layak dapat la masuk SBP.
Rasanya waktu tu akan duduk
sekali lagi dengan Ikhwan dan senaraikan kelebihan dan kekurangan pilihan yang
ada.
Buat masa sekarang kepala masih
berdenyut sementara nak tunggu sekolah panggil untuk taklimat PKSK. Doakan kami
ya.
Di sini susaaaaah sekali mencari sekolah asrama, kecuali sekolah agama atau pesantren, barulah pakai asrama. Tapi saya lebih suka anak saya sekolah umum, dan ini yg tak banyak pilihan asrama. Bisa dibilang ga ada 😅.
BalasPadamSama kak, saya pun selalu kuatir tentang bully di sekolah. Rasanya skr ini banyak sangat case bully 😔. Tapi saya selalu tekankan, dia tak boleh takut lapor ke saya kalo memang ada teman yg seperti itu.
Semoga dilancarkan semua urusan mencari sekolah anaknya ya kak Diah ☺️
Terima kasih atas doanya. Ya memandangkan saiz dia yang kecil bertambah risau nak lepaskan. Tapi sebaik-baik penjaga ialah Tuhan Yang Maha Esa. Tawakal selepas usaha dibuat
PadamDua anak saya sekolah asrama, kini dah masuk universiti dan seorang lagi akan masuk SBP jika ada rezeki....alasan utama kerana suasana belajar di rumah tidak sama belajar di asrama...jadi lebih baik hantar ke asrama sama ada SBP atau agama.
BalasPadamsuasana belajar tu penting sangat-sangat tapi dalam masa yang sama rasa bonding dengan anak masih belum cukup. tu berat hati
Padam