Masalah Compressor Water Dispenser Cuckoo - Air Tak sejuk

Assalamualaikum. Entri kali ni, Diah nak kongsikan pengalaman survival kami selama hampir tiga bulan tanpa Penapis Air (Water Dispenser) Cuckoo.

Amatlah mencabar sebab memang bergantung harap sepenuhnya pada penapis air kalau nak bancuh air panas dan bekalan air sejuk anak-anak ke sekolah.

Setelah berkhidmat hampir tujuh tahun lamanya, water dispenser cuckoo tumbang ya. Ikut kata technician tu compressor dia rosak.

Punca Compressor Water Dispenser Cuckoo tu rosak sebab ikut tempoh memang dah sampai masa dia rosak.

Ajal dah sampai. Normal lah kan semua benda ada tarikh luput.


 

Masalah Compressor Water Dispenser Cuckoo - Air Tak sejuk


Jangan tanya detail sebab saya ini kosong ilmu bab teknikal mesin ahaks. Jadi bila dia kata compressor terbayang compressor aircond.

Lebih kurang la kot fungsi dia kan, bila compressor tu rosak dia tak dapat sejukkan air. Air yang sepatutnya sejuk dia jadi suam ko.

Anak-anak suka bawa air sejuk letak dalam thumbler tahan sejuk beli dekat TikTok. Gigih sepanjang tiga bulan buat air batu setiap hari.



Compressor-Water-Dispenser-Cuckoo-rosak



Water Dispenser Cuckoo, Air Tak Sejuk


Water dispenser dekat rumah ni model lama, Fusion - Table Top yang ada air panas dan air sejuk je. Mampu ambil model yang tu je ikut tahap ketebalan poket.

Kami beli pada 31 Ogos 2016. Beli secara tunai sebab lepas buat kiraan, beza hutang dengan beli tunai ada beza dalam seribu lebih juga lah.

Sepanjang tujuh tahun, customer service semua okay. Ada sekali masalah air panas tak keluar. Itu je sekali.

Staff yang datang untuk servis beberapa kali setahun tu pun okay. Lepas habis kontrak, Diah sambung lagi renew yang bayar secara tahunan.

Ikut model Water Dispenser kami kena bayar RM400 setahun. All in semua la tukar penapis semua yang patut.


Water-Dispenser-Cuckoo-Fusion-Table-Top


Cara Buat Aduan Water Dispenser Cuckoo Rosak


Dijadikan cerita, timing penapis air Cuckoo ni rosak betul-betul selepas tarikh servis bulanan. Kiranya staff tu baru je servis mesin esok lusanya air sejuk dah tak sejuk.

Diah pun tanya la staff dan dia bantu buka laporan. Ikut kan kalau korang pengguna Cuckoo boleh je masuk laman web dia ada cerita lebih detail cara buat report.

Oh setakat yang diberitahu, tiada sebarang caj dikenakan untuk kerosakan compressor Cuckoo ni. Harapnya benar lah.  

Tak lama lepas tu dapat panggilan daripada juruteknik Cuckoo. Dia beritahu serba sedikit tentang mesin dan kongsi maklumat yang nak baiki mesin ambil masa seminggu lebih kurang.

Jadi apa yang bakal berlaku adalah juruteknik akan datang ke rumah dan ambil water dispenser untuk dibawa ke HQ untuk dibaiki.

Dalam masa yang sama, juruteknik akan beri replacement unit - penapis air Cuckoo untuk kegunaan sementara.  

Itu secara teori dan jika dibayangkan memang lancar dan indah je. Jadi tak indah bila kami kena sidai weh.


Intensive-care-Water-dispenser-cuckoo


Tiada Update Status Aduan Water Dispenser Cuckoo Rosak


Lepas terima panggilan tu kami kena sidai selama hampir tiga bulan. Tiada update dari juruteknik mahupun customer servis tentang status aduan, replacement unit dan juga alat ganti compressor.

Sepanjang waktu tu juga Diah ada follow up dengan staff yang selalu datang untuk servis penapis air Cuckoo.

Macam biasa jawapan dia akan tanya manager dan buat follow up. Tapi lepas tu diam juga. Tak salahkan dia sebab bukan bidang kuasa dia kan.

Cuma mengharapkan pihak customer servis atau juruteknik beritahu status terkini atleast tidak lah tertanya-tanya.

Sebagai pelanggan setia Cuckoo dan pembayar yang baik saya agak kecewa.

 


Replacement Unit Water Dispenser Cuckoo Dah Ada


Sehingga lah baru-baru ni Diah menerima panggilan dari customer service nak sahkan alamat dan buat temujanji untuk juruteknik datang ke rumah untuk ambil penapis air yang rosak tu.

Juruteknik nak datang tapi dalam masa yang sama staff tu kata replacement unit tiada. Memang Diah ungkit semula la perbualan dengan juruteknik sebelum ni yang janjikan replacement unit.

Staff tu pun macam blur-blur. Diah minta beri masa sebab dia call dah petang. Dekat rumah mana ada cerek nak masak air. Nak kena beli air mineral lagi.

Rumit ya sebab di saat akhir dia beritahu. Waktu terima panggilan tu rasa nak marah sangat tapi berjaya kawal. Tak guna marah dia dan tak tahu nak marah siapa.

Dipendekkan cerita, juruteknik telefon ke esok kan harinya dan bawa replacement unit. Pelik, ada pula mesin ganti. Dah lah waktu tu hujan lebat. Memang basah kuyup adik tu.



Compressor-Water-Dispenser-Cuckoo-ada-problem


Terus tak jadi marah. Waktu dia dekat rumah sementara tunggu penapis tu okay terdengar perbualan telefon dia dengan pelanggan lain.

Masalah yang sama dan dia update mesin replacement dah ada. Jadi dalam otak terfikir yang Cuckoo akan kumpul dulu laporan kerosakan dan bila capai unit tertentu baru boleh mohon replacement unit.

Itu andaian Diah sajalah.

 

Kesimpulan

Pengalaman hidup tanpa Water Dispenser Cuckoo memang mengganggu kehidupan seharian. Tapi masih bersyukur air panas masih berfungsi.

Boleh je rujuk tutorial di Youtube cara baiki Water Dispenser Cuckoo air sejuk tak keluar tapi tiada lah masa nak study dan buat.

Jimat memang jimat tapi tak kuasa ya.

Ulasan

  1. Memang kesal ya kalau komplen barang rusak tapi lama jawaban...dan harus menunggu lama... alhamdullilah dispenser saya masih awet sampai sekarang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Terganggu kehidupan harian. dispenser saya kecundang selepas 7 tahun

      Padam
  2. masalah air ni jgn dibuat main

    BalasPadam
  3. Di zaman sekarang, water dispenser memang sangat dibutuhkan 😄. Rumah saya pun pakai, walaupun brand nya berbeda. Saya tak tahu apa brand cuckoo ini ada masuk Indonesia atau tak. Belum lihat lagi.

    Semoga saja punya kak Diah masih bisa bertahan untuk dipakai yaa. Sayapun belum ada ganti dispenser sudah 12 tahun dr awal nikah 😁. Belum rusak lagi. Awet sungguh memang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuckoo kalau di Malaysia duta dia Dato' Sri Hajah Siti Nurhaliza, kalau Korea pula Lee MinHo. wah bagus ya dispenser kamu, 12 tahun masih steady. Semoga terus berkhidmat dengan baik.

      Padam
  4. Bikin panas yea cuckoo ni, dia sidai sampai 3 bulan...sabor je lah..akak pun ada masalah penapis air ni sama macam Diah, cuma akak pengguna coway..lagi sebulan nak tamat kontrak, mesin penapis air buat hal..air jadi tak sejuk.. nasib baik coway pantas buat keja..kurang dri seminggu dh setel..mmg perangai agknya penapis air ni, dah nak sampai waktu dia abis kontrak duk buat hal..sbb lebih kurang je kes kita..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.