Review Sambal Ready To Eat Tempoyak Petai

Kalau dah namanya suka makan, memang kalau lalu je video makanan mesti hati meronta-ronta nak beli. Dasar nafsu makan payah nak kawal.

Sama la kisahnya dengan Sambal Ready To Eat Tempoyak Petai by Pakar Pes yang Diah beli dari TikTok Shop.

Dulu dah pernah beli Sambal Nyet Berapi - Khairul Aming tapi malangnya rasa dia tak menepati sangat dengan selera Diah.

Review Sambal Nyet Berapi - Khairul Aming


Sambal-petai-telur-mata


Review Sambal Ready To Eat Tempoyak Petai

Ingatkan insaf la tak mahu beli lagi sambal di TikTok tapi tidak ya. Terjebak lagi. Sampai dua jenis Diah beli. 

Nak jimat postage dan rebut voucher. Sebab tu beli dua botol terus. Sambal Hijo Petai dan Sambal Tempoyak Petai.

Terpengaruh sebab Diah memang hantu petai dan tempoyak. Sebelum beli dah terbayang sedapnya kalau makan dengan nasi putih panas.


Sambal-Hijo-Petai


Terpengaruh lepas tengok Live TikTok, penjual dia Perempuan Melayu gigih timbang sambal sambil jawab segala pertanyaan penonton.

Suka beli sambal ready to eat macam ni sebab in case malas nak masak memang goreng ayam, dan makan dengan ulam je. Senang hidup.


sambal-tempoyak-petai


Memandangkan sambal dari Pakar Pes dapat banyak review yang bagus lagi la semangat nak cuba. Pakar Pes ada jual sambal Hijo dan sambal Merah.

Tahap kepedasan pula, ada yang kurang pedas dan betul-betul pedas. Kalau sambal warna merah dia panggil Sambal Ketagih.

Jadi seronok sebab banyak pilihan untuk pembeli. Nak tambah tempoyak, atau tanpa petai, nak yang pedas atau kurang pedas semua boleh.

 

Review Sambal Tempoyak Petai & Sambal Hijo Petai

Untuk cubaan kali pertama Diah beli Sambal Hijo Kurang Pedas. Eh dah tua tak sanggup / tak tahan makan benda pedas.

Berat 150gram berharga RM19.90. Diah pilih sambal yang ada petai jadi sedikit mahal lah. Beli juga Sambal Tempoyak Petai, 150gram berharga RM20.90.

Perkara utama perlu dipuji adalah cara pembungkusan oleh penjual. Dia guna Inflatable Air Bubble Wrap jadi botol selamat dari tekanan.


sambal-pakar-pes


Botol elok tak pecah weh. Minyak pon tak terkeluar dari penutup botol. Diah bagi 5 bintang untuk pembungkusan dan botol.

Sambal Hijo tu Diah makan dengan nasi putih panas. Makan juga bersama telur mata. Cukup rasa semua. Masin dan pedas.


sambal-hijo


Petai dia pun besar. Tak lembik dan masih rasa crunchy tapi tak fresh macam petai segar. Faham jadi boleh diterima.

Untuk Sambal Tempoyak Petai pula, Diah suka kena dengan tekak cuma masa awal-awal makan tu rasa pelik sikit.


sambal-tempoyak


Selama ni makan tempoyak fresh, bila dapat yang dah jadi sambal dia macam terperanjat sikit. But overall suka je. Serius berbaloi beli sebab selalu jadi penyelamat bila tak tahu nak masak apa.

 

Nak beli Sambal Ready To Eat Dekat mana?

Untuk yang ada akaun TikTok boleh je search username @julyanapakarpesdansambal atau nak lagi mudah beli sahaja di Shopee.

Boleh guna link ni ya – Sambal Hijo Petai Tempoyak 

 

Secara Keseluruhan, kalau korang sejenis suka kan sambal ready to eat dan terbuka nak cuba pelbagai jenis sambal boleh lah consider Sambal dari Pakar Pes.

Ulasan

  1. Balasan
    1. makan dengan nasi panas, ulam perghh memang sedap

      Padam
  2. Ttg table of content tu kak.. kalau lebih dr 3 h1, h2 h3 bru keluar.. maksudnya kalau point akak cuma 1 ja dia tak keluar rasanya..

    BalasPadam
  3. wahh sedap ni...Cuya bab sambal2 segera memg minat...

    BalasPadam
  4. Sukanya sambal tempoyak petai tu.. Feveret..

    BalasPadam
  5. alahhh terpengaruh..akak pun jenis suka sambal ready to eat ni..kalau tak tau nak masak apa, goreng ayam makan dengan sambal dah siap ni pun layann...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.