Bawa Anak Ke Menara Alor Setar

Dalam entri yang lepas Diah ada ceritakan pengalaman kami sekeluarga bercuti di Alor Setar Kedah. Menyantuni jemputan pengantin kisahnya.

Untuk entri kali ini, Diah nak kongsikan pengalaman kami bawa anak-anak melawat Menara Alor Setar. Tempat wajib pergi sebab nak kenalkan anak-anak dengan mercu tanda Negeri Kedah.

Esok lusa kalau ada tugasan sekolah melibatkan tempat-tempat menarik boleh la masing-masing tulis pengalaman masing-masing.

Boleh baca - Percutian Keluarga Ke Alor Setar


Menara-Alor-Setar-Kedah


Bawa Anak Ke Menara Alor Setar

Percutian ke Alor Setar ni merupakan antara kenangan yang tak dapat kami lupakan walaupun bercuti dalam masa yang singkat.

Kami menginap di Hotel Grand Alora, tak jauh dari bandar Alor Setar. 

Kami jalan-jalan ke Menara Alor Setar adalah pada hari ketiga. Hari pertama kami sampai dah agak lewat petang jadi hanya berjalan ke kawasan sekitar sahaja.

Hari kedua adalah hari majlis Perkahwinan berlangsung jadi habiskan masa di kenduri dan berjumpa kawan-kawan lama.

Rasa rugi dah jalan jauh tapi tak jejak kaki ke Menara Alor Setar, mercu tanda kebanggan Negeri kedah dan jadi salah satu tempat menarik di Alor Setar.

Jadi pagi tu selepas selasai urusan check out dari Hotel Grand Alora kami terus ke sana. Tak jauh pun, lebih kurang lima belas minit perjalanan.


mercu-tanda-Menara-Alor-Setar

 

Menara Alor Setar, Tarikan Pelancong Dalam & Luar Negara

Kalau nak tengok pemandangan seluruh Alor Setar memang kena naik menara ni. Menjadi tarikan para pelancong dalam dan luar negara.

Dikatakan reka bentuk menara mendapat inspirasi daripada tanaman padi yang terkenal di kedah. Rekaan menyerupai setangkai padi yang di ikat bersama.



Waktu sekolah dulu cikgu selalu terangkan kelebihan negeri-negeri di Malaysia dan Kedah dikenali sebagai Negeri Jelapang Padi.

Antara tarikan Menara Alor Setar ialah Star View, Megaview (Banquet Hall, ketinggian 100m), Observation Deck, Dropzone dan juga Snap-Sky (tangkap gambar pada ketinggian 100m).




Harga Tiket Menara Alor Setar

Pengunjung boleh pilih nak tengok pemandangan Bandar Alor Setar di Observation Deck atau pun Star View.

Bezanya ialah jika beli tiket Observation Deck, pengunjung hanya boleh tengok bandar Alor Setar pada ketinggian 88 meter dan pemandangan dari dalam (indoor).


Harga Tiket Hujung Minggu

Observation Deck - Warganegara Malaysia dewasa (RM7), Kanak-Kanak 4 tahun ke atas & warga emas 60 tahun ke atas (RM5). 

Star ViewWarganegara Malaysia dewasa (RM25), Kanak-Kanak 4 tahun ke atas & warga emas 60 tahun ke atas (RM15). 


Harga Tiket Hari Biasa

Observation Deck - Warganegara Malaysia dewasa (RM8), Kanak-Kanak 4 tahun ke atas & warga emas 60 tahun ke atas (RM6). 

Star View - Warganegara Malaysia dewasa (RM26), Kanak-Kanak 4 tahun ke atas & warga emas 60 tahun ke atas (RM16). 



Tapi selesa sebab berada dalam bangunan ada air conditioner, juga disediakan teropong. Walaupun aktiviti dekat sini agak terhad tapi anak-anak menikmati masa kami di sini. 

Manakala kalau beli tiket Star View boleh tengok bandar Alor Setar pada ketinggian 105 meter, betul-betul berada di Puncak Menara.

Boleh keluar dari bangunan (Outdoor) dan pengunjung boleh berjalan keliling menara termasuk boleh bergambar dalam kotak kaca yang disediakan.


melancong-ke-Menara-Alor-Setar


Review Menara Alor Setar

Rasanya menara tinjau dekat mana-mana pun sama je konsep dia. Sama macam kami naik Menara Kuala Lumpur, ada Sky Box & Sky Deck. 

Alang-alang dah sampai sini kami beli tiket Star View. Pemandangan luas terbentang, memang cantik sangat. Besar bukti Kebesaran Allah. Nampak bangunan, sawah padi dan gunung ganang.

Kami habiskan masa hampir sejam dekat sini. Walaupun tak banyak aktiviti boleh dilakukan tapi seronok dapat beri pengalaman baru untuk anak-anak.

Persekitaran dia bersih, kakitangan pun mesra alam. Tak kedekut senyuman dan layan kami dengan baik. 

Korang yang melancong ke Kedah, datang Menara Alor Setar dikira lokasi wajib datang. 


Kesimpulan 

Dah berpenat lelah di Menara Alor Setar, sebelum balik, niat nak cari Nasi Kuning Kedah tapi hampa. 

Oleh sebab tak mahu tangguhkan perjalanan jadi kami berhenti makan di Ayam Gepuk Pak Raden HQ.

Tak menyesal makan dekat sini. Nak tahu apa kami makan, Diah ada cerita dalam entri ini. Lepas makan kami bergerak pulang.

Seperti dijangkakan memang kematu punggung punya lama hadap kesesakkan lebuh raya. Memandangkan bukan selalu jadi kami hanya ‘menikmati’ apa ada depan mata.

Ada rezeki pasti nak datang lagi. Moga Allah limpahkan rezeki untuk kami sekeluarga.


Ulasan

  1. dah lma x naik menara alor setar walaupun setiap minggu persa sana hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kami pertama kali naik, datang jauh-jauh kena la pergi hihiih

      Padam
  2. Cuya dah lama tak berjalan..... pergi Kedah pon entah tahun bila tah dulu...hehe

    BalasPadam
  3. Cantik pemandangan dari atas menara.. Kena singgah sini juga nanti.. Menarik..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.