Semalam merupakan cuti umum sempena Awal Muharram. Beruntungnya tinggal di Malaysia yang banyak hari cuti.
Rasanya masih belum terlambat nak
ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Islam 1445H kepada semua pembaca blog dan
yang mengenali Diah.
Jadi semalam kami ke AEON Mall Taman Maluri Shopping Centre. Ramai orang tapi masih selesa nak bergerak bebas.
Tujuan utama nak ambil Topvalu PR Gift. Sebelum tu dah whatsapp PIC (Person In Charge) dan dia suruh ke bahagian Customer Service.
Aktiviti Awal Muharram – AEON Mall Taman Maluri Shopping Centre
Ini merupakan pertama kali
anak-anak dan suami datang AEON Mall Taman Maluri Shopping Centre. Diah pula
kali kedua. Weh kagum datang sini.
Ingat tak Diah pernah kongsi,
Diah ada sertai AEON Content Gempak Search 2023 Competition. Ha dekat sini lah tempat pitching session tu berlaku.
Tapi waktu tu tiada kesempatan
nak pusing dalam AEON Mall ni. Semalam bila pusing-pusing memang terasa besar
sangat mall ni.
Pendek kata semua barang ada dan
banyak pilhan. Suka datang sini sebab banyak pilihan kasut, baju kerja yang
cantik. Rekaan baju dan perabot terkini dan moden.
Jalan-Jalan AEON Mall Taman Maluri
Selain tu banyak tempat makan. Semalam siap pakej sesat ya. Bila dah jalan tu baru tahu AEON Mall Taman Maluri Shopping Centre ni banyak tempat makan.
Food court dia besar dan ada di beberapa level. Ada juga food court khas untuk orang Cina. Jadi kalau datang sini memang tiada masalah nak cari makanan.
Purata harga makanan pun masih di tahap yang mampu bayar. Memang selesa. Patutlah ramai kawan-kawan dan saudara suka datang sini.
Kalau datang AEON, memang kena makan D'Laksa. Setakat ni tak boleh lawan lagi dekat AEON WangsaMaju. Susah nak terangkan tapi dekat situ lebih kena dengan tekak.
Suami dah cakap akan datang lagi di masa depan. Kumpul duit dulu baru seronok nak membeli belah. Anak-anak macam biasa, keluar rumah pun dah gembira.
Semalam aktiviti kami cuma keluar ambil barang, makan dan kemudian balik rumah. Itu pun terasa penat sangat.
Dengan cuaca yang tak menentu
memang cepat jatuh sakit. Siang tu Diah okay je masih boleh keluar dan
bergembira.
Elok masuk je waktu Isyak terus
badan rasa tak selesa. Hidung berair dan asyik lah terbersin. Badan terasa seram
sejuk dan malam tu tidur pakai stoking sampai ke pagi.
Alhamdulillah pagi ini beransur
sihat. Anak-anak pula cuma suhu badan agak naik tapi lepas berehat, suhu jadi
stabil. Waktu sekarang memang kena jaga sangat pemakanan dan kesihatan.
Tak sampai lagi sini rasanya.. Semoga diberikan kesihatan buat Diah sekeluarga.. Aamiin..
BalasPadam