Memang buat hal betul lah secara tak sengaja terpadam kod adsense dekat blog. Selepas sehari kemalangan tu berlaku baru Diah perasan.
Puncanya Diah ada buat kesilapan ketika
nak baiki kod HTML di bahagian template blog.
Patutlah pelik bila tengok nilai
adsense tu RM0.00 sen tak bergerak. Selalu paling tidak dapat lah beberapa sen.
Tapi perasan juga, sekarang semakin payah adsense nak beranak ya.
Maklumlah update blog pon tak
konsisten begitu la jadinya. Lepas ni kena rajin menulis dan cari topik menarik
nak dikongsi.
Tak Sengaja Padam Kod Adsense Dekat Blog
Berbalik kepada kisah secara tak
sengaja padam kod tu adalah disebabkan Diah ganti kod lama Google Analytics
kepada kod terbaru.
Dapat email peringatan dari The
Google Analytics Team kena pasang tracking baru, sebab ada kemas kini. Korang
dah buat ke belum?
Nak baca lanjut boleh klik sini
Apa yang Diah faham sebelum ni kita
guna Universal Analytics untuk dapatkan data, sekarang dah digantikan dengan Google
Analytics 4.
Nak terangkan lebih lanjut pon Diah
masih merangkak nak faham tapi interface dia agak menarik berbanding interface
yang lama.
Sepatutnya dari dulu dah kena tukar tapi baru-baru ni je ada kesempatan nak faham lebih lanjut. Kalau ikut senarai semak masih banyak lagi tetapan kena buat.
Cuma senarai tu cuma pilihan. Bagi
Diah cukuplah dapat buat yang asas ni. Letak kod Google Analytics 4 di
blogspot.
Harapnya nanti ada di kalangan
blogger yang buat entri dan ulas pasal ini. Boleh dijadikan rujukan.
Nasib perasan kan
BalasPadamAlhamdulillah rezeki terperasan
Padamsejak buat blog baru ni tak aktifkan lagii adsense . macam nak buat tapi tulah , dah lupa stepnya .
BalasPadamPaling penting apply dulu, semak manatau layak letak iklan
PadamAda dapat xberani edit hahaha takut jadi macam ni lah serikkk pernah kena sekali
BalasPadamDiah cuai CIk Ash, Diah tersilap gantikan kod. Patutnya ok je
Padam