Okay sebelum nak cerita lanjut tentang pertandingan yang Diah sertai baru-baru ni Diah nak cerita dulu behind the scene sebelum tibanya hari pertandingan.
Untuk yang belum tahu, baru-baru ni Diah ada sertai pertandingan Content Gempak Search – AEON wants you brain. Hadiah berupa kontrak bernilai RM20,000 bersama AEON Malaysia.
AEON mencari otak geliga yang boleh beri idea konten menarik dan hanya seorang pemenang sahaja yang bakal dipilih. Begitu konsep dia ya.
Pemilihan peserta berlaku secara berperingkat dan pusingan akhir pembentangan idea (pitching session) di adakan di Studio Siang Malam bertempat dia AEON Taman Maluri.
Jemputan Sertai AEON Content Gempak Search 2023 Competition
Semua rasa macam sekelip mata je berlaku. Memang cepat sangat. Rasanya macam baru je terima jemputan melalui direct message (DM) di Instagram, tahu-tahu semua dah selesai.
Tujuan berkongsi dekat sini adalah nak ingatkan diri sendiri jika terlibat atau nak sertai lagi pertandingan di masa hadapan supaya lebih bersiap sedia.
Boleh throwback dan kenang kembali apa perlu disediakan. Tapi yang pastinya ianya bukan sesuatu yang mudah.
Dengan harapan juga, semoga sesiapa sahaja yang membaca sedikit sebanyak dapat manfaat. Boleh rujuk dan guna jika berkaitan.
Behind the scenes AEON Content Gempak Search 2023 Competition
Kisahnya secara ringkas macam Diah nyatakan tadi, Diah sertai pertandingan ni bila Person In Change / Admin Instagram AEON Retail Malaysia jemput untuk turut serta.
Rasa bersyukur bila pihak admin yang jemput. Penghargaan dan juga pencapaian walaupun tidak sebesar mana bagi content creator yang tidak ada berpuluh ribu pengikut di sosial media.
Selepas setuju untuk sertai pertandingan, peserta diberi link pendaftaran. Semuanya di peringkat awal ni memang secara atas talian je.
Kena pilih jenis kategori konten yang nak dibuat dan harus berkaitan dengan AEON pastinya. Kategori yang dipertandingkan Foodie, Fashion, Health & Beauty atau Lifestyle.
Perah Otak Untuk Idea Konten
Selesai pendaftaran, akhirnya arahan berikutnya yang dinanti-nanti diumumkan juga akhirnya. Untuk pusingan kelayakan peserta kena serahkan idea dalam bentuk video ataupun presentation slide untuk diadili.
Diberi masa lebih kurang tiga minggu untuk perah otak untuk buktikan diri layak untuk ke pusingan seterusnya.
Memang tak aman hidup bila fikir konten yang perlu dibuat. Selama ni berada dalam comfort zone buat konten syok sendiri.
Syarat nak buat konten pula bebas. Kiranya tidak mahu letak had supaya content creator bebas memberi idea.
Antara yang Diah ingat admin pesan nak buat konten masa katas helicopter ke, nak hias rumah kucing, nak buat konten fesyen terpulang.
Asalkan kreatif, original dan menarik. Ternganga bila baca cadangan macam tu. Memang mencari content yang next level lah kiranya.
Cabaran Sebelum Pertandingan
Antara cabaran terbesar untuk pertandingan kali ini adalah masa dan juga kesihatan. Bayangkan dengan masa yang singkat nak cari idea dan di uji dengan kesihatan yang kurang baik di saat akhir.
Untuk timeline pertandingan pula 13 Jun terima mesej dari admin beritahu Diah layak ke peringkat seterusnya.
16 Jun diberitahu ada taklimat melalui Zoom tentang peringkat seterusnya iaitu peringkat akhir. Ringkas je taklimat tapi cukup mendebarkan.
Rasa macam tak sempat nak terperanjat dah kena bekerja keras semula. Penat fikir idea untuk pusingan kelayakan belum habis dah kena perah otak untuk idea konten untuk pusingan akhir.
Bukan calang-calang ya peserta yang sertai kali ni. Semua peserta terpilih dah ada nama dan pengikut di TikTok dan Instagram.
Tapi semua perasaan gementar tu kena tolak tepi. Kena telan je sebab kena fokus kepada pertandingan dan diri sendiri.
Dalam taklimat tu baru tahu yang dalam masa tak sampai tiga hari bekerja dah kena hantar idea untuk peringkat akhir iaitu pada 21 Jun, hari Rabu.
Memang pecah otak weh. Walaupun kena siapkan idea apa yang nak dibuat jika dipilih untuk bekerjasama dengan AEON tapi tekanan tu cukup besar.
Dapatlah sehari untuk berlatih untuk present idea depan juri sebab Jumaat tu, 23 Jun dah kena hadirkan diri ke lokasi.
Hantar idea dan sesi briefing buat secara online tapi persembahan idea kena datang ke lokasi yang ditetapkan dan ada soal jawab dengan juri.
Berlatih pun hanya pada pagi hari pertandingan sebab dua hari sebelum tu Diah sibuk menghadiri mesyuarat pertama PIBG dan sehari sebelum pertandingan Diah kena cirit birit.
Memang berulang alik ke tandas, asyik rasa nak muntah, hilang selera makan, tiada tenaga dan rasa nak baring di katil je.
Waktu ni dah berbelah bahagi nak tarik diri atau teruskan. Rasa rugi sangat kalau lepaskan peluang tapi memang kurang dari segi persiapan.
Pemilihan & Pengumuman Pemenang Content Gempak Search 2023 Competition
Tiba hari pertandingan, semua peserta diwajibkan menghadirkan diri ke Studio Siang Malam bertempat dia AEON Taman Maluri.
Pendaftaran bermula pada pukul 9.00 pagi kemudian pertandingan bermula pada 9.30 pagi. Waktu daftar tu terus cabut nombor giliran buat pembentangan.
Diah dapat nombor 10 dan kesemua peserta yang hadir seramai 12 orang. Satu persatu peserta terangkan idea yang menarik.
Pagi tu Diah keluar awal dan minta suami drop di stesen LRT. Malas nak suruh suami hantar sebab jalan raya akan sesak berebut dengan mereka yang keluar bekerja.
Mudah je guna pengangkutan awam. Diah naik di LRT WangsaMaju dan berhenti di LRT Pasar Seni. Buat penukaran MRT laluan Kajang dan berhenti di MRT Taman Maluri.
Studio Siang Malam betul-betul dekat pintu keluar MRT Taman Maluri jadi memang mudah. Agak kekok bila sampai dan jumpa kawan blogger dekat sana.
Perasaan takut dan gementar memang tak usah cakap. Ada tiga juri yang mengadili kami pada hari tu. Encik Faiz dari TikTok dan dua lagi wakil AEON.
Setiap peserta diberi masa tujuh minit untuk terangkan idea dan tambahan tiga minit untuk sesi soal jawab dengan juri.
Tujuh minit ibarat tujuh tahun ya bila berada dekat depan tu. Sebelum bermula, pengacara majlis ada terangkan kriteria yang dicari.
Antaranya ialah konten kena relevan, original, kreatif, ada engagement dengan penonton, memberi manfaat dan mudah disesuaikan.
Siap semua bentangkan idea, juri berbincang dan memilih pemenang yang layak. Idea-idea semua hebat-hebat.
Akhir sekali penyampaian hadiah saguhati kepada semua yang terlibat dan pengumuman pemenang. Juara jatuh kepada CikYah Official.
Rasanya semua kenal CikYah yang terkenal dengan konten video guna avatar muka makcik. Suara sejenis je dan suka ketengahkan ragam-ragam emak di Malaysia.
Secara keseluruhan, ini merupakan pengalaman yang sangat berharga bukan setakat dapat feedback dari juri untuk baiki kelemahan tapi dapat juga tambah kenalan.
Pengalaman menarik kan? :)
BalasPadamWah tahniah kak sebab dpt join contest mcm ni..berharga pengalaman tu
BalasPadam