Masih ramai yang tak tahu, yang sebenarnya tanpa ada pengikut yang ramai di TikTok sekali pun korang masih boleh buat affiliate di TikTok.
Semuanya tidak mustahil walaupun korang hanya ada seorang pengikut di akaun TikTok anda.
Diah dah pernah
kongsikan dalam entri sebelum ni cara daftar affiliate TikTok tapi dengan
syarat kena ada 1000 orang pengikut.
Untuk yang dah cukup 1000 orang pengikut boleh baca entri ini untuk daftar affiliate Sedikit berbeza dan lebih mudah cara nak daftar affiliate TikTok.
Untuk awak yang baru je buka akaun TikTok jangan risau. Entri ni khas untuk mereka yang tiada pengikut, cara nak daftar affiliate TikTok, Step by Step.
Cara Daftar Affiliate Tiktok, Step By Step
Kalau perasan semakin ramai
content creator menjadi affiliate di TikTok dan dapat komisen yang tinggi.
Terutama mereka yang kreatif menghasilkan video serta suka buat ‘live’.
Jom Diah tunjukkan, step by step
cara daftar affiliate TikTok.
Pertama
Muat turun aplikasi TikTok Shop
Seller Center di telefon untuk mudahkan korang nak submit dokumen yang
diperlukan.
Register and become a seller.
Sebelum tekan butang sign up pastikan anda pilih Malaysia Merchant sebagai
country. Jangan salah pilih. Tak boleh patah balik.
Ada dua pilihan samaada nak Sign up with TikTok atau Sign up with phone. Pilih mana yang mudah untuk korang.
Authorize. Tekan butang
authorize untuk beri keizinan kepada Seller Centre untuk akses akaun TikTok
anda.
Create Shop & Verify Documents. Boleh buka kedai sebagai individu atau korporat. Pilih Business type: Individual dan muat naik MyKad. Kalau daftar sebagai korporat kena muat naik SSM.
Untuk yang tak ada syarikat pilih saja 'individual'.
Kedua
Masuk ke laman web TikTok Shop https://seller-my.tiktok.com
Klik My Account – Linked TikTok Account – Marketing Accounts
Tiga steps perlu di buat:
1. Enter account info – masukkan username
2. Account checks – mesti berumur 18 tahun ke atas, akaun normal dan shop & country kena sama. klik Send invitation
3. Accept. TikTok secara automatik akan hantar notifikasi ke akaun TikTok korang.
Ketiga
Login akaun TikTok anda. Klik Inbox – All Activity – Monetization New Request.
Link with shop dan Accept request
Siap. Icon ‘bakul’ akan muncul di profile anda dan boleh mula affiliate dan jana pendapatan di TikTok Shop.
Boleh juga semak di website seller akaun anda berjaya di pautkan (Linked).
Cara Masukkan Produk Ke TikTok Shop (Affiliate)
Langkah seterusnya adalah dengan
menambah product ke dalam showcase kedai korang. Kiranya kita tambah produk
yang kita nak promosikan.
Pilih produk yang korang suka dan
bermulah lah perjalanan sebagai affiliate di TikTok. Untuk hasilkan video yang
bagus, seeloknya pilih produk atau barang yang memang korang ada dekat rumah.
Pilih juga berdasarkan niche akaun anda. Tip bila nak pilih produk; komisen, jenis produk, niche, seller rating.
Bila ada produk di tangan lebih
mudah kita nak terangkan kebaikkan sesuatu produk dan lebih mudah nak menjual.
Tekan icon bag – klik TikTok Shop – Klik Product Marketplace – pilih
produk – add to showcase
Selamat membuat konten dan selamat berjaya.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.