Masih ingat tak Diah pernah kongsikan masalah blog Diah awal tahun hari tu, butang untuk balas komen blog tidak berfungsi.
Sekali lagi masalah tak boleh
balas / reply komen yang ditinggalkan pembaca terjadi lagi. Sakit sungguh hati
sebab tak tahu apa punca.
Jadi memang tak seronok bila ada yang comment tapi sebagai pemilik blog hanya mampu baca dan balas dalam hati.
Cara Baiki Masalah Butang Balas Komen Blog Tidak Berfungsi
Alhamdulillah, setelah banyak
kali buat carian untuk selesaikan masalah tak boleh balas komen akhirnya dapat
juga jumpa jalan penyelesaian.
Oh kalau nak baca lebih lanjut masalah tak boleh balas komen di blog sendiri boleh baca entri ini.
Diah kongsikan dekat sini kalau
ada yang alami masalah yang sama atau kalau terjadi lagi di masa hadapan, boleh
rujuk dan guna cara yang sama.
Tutorial Baiki Masalah Butang Balas Komen Blog Tidak Berfungsi
Diah rujuk entri blogger solusitombol reply blogger ni. Mudah je nak buat jadi teruskan membaca. Ikut bacaan,
masalah tak boleh komen adalah disebabkan Javascript.
Nak terangkan secara teknikal
Diah pun tak faham sangat tapi Diah hanya ikut tutorial yang disediakan. Baca
saja entri rujukan tu.
Rupa-rupanya ada masalah dengan
kod HTML. Sebelum ni Diah pernah tukar template dan mungkin mengganggu kod HTML
atau template secara tak sengaja.
Nasib masih lagi boleh dibaiki.
Diah guna cara pertama iaitu gantikan kod <head>. Login blogger – Theme –
edit HTML.
Tekan Ctrl F dan mula-mula kena
cari kod <!--</head>--></head> dan kena tukar
kepada </head>. Preview dulu sebelum tekan butang save.
Selepas tukar baru ok. Harapnya
tak jadi la masalah ni di masa depan.
Alhamdulillah ada dah solusinya.. thanks sharing.. ada blog yg tak dapat komen dari mobile
BalasPadamAlhamdulillah. masalah dari mobile pun jadi juga hari tu. mencari penyelesaian juga
Padam