Bulan puasa yang lepas influencer terkenal Khairul Aming yang terkenal kerana menjual Sambal ada berkongsi resepi chocolate kayangan dalam siri 30 hari 30 resepi sepanjang Ramadan.
Resepi chocolate kayangan yang dimaksudkan ialah Chocolate ala ROYCE, ada juga yang panggil coklat B40. Tak pastilah sebab sebenar.
Mungkin disebabkan olahan resepi rasa chocolate kayangan dapat dinikmati oleh golongan B40 agaknya. Bahan-bahan pun murah sedikit berbanding coklat Royce.
Resepi Chocolate ala ROYCE Khairul Aming
Tunggu mood rajin nanti datang mungkin boleh buat sendiri. Bila tu tak janji lagi. Tapi nak kongsi je resepi dekat sini untuk rujukan masa depan.
Perkongsian pada puasa hari ke-14: Chocolate ala ROYCE. Senang sangat nak buat guna empat bahan sahaja. Hasilnya dapat rasa chocolate yang kuat, sejuk, cair dalam mulut.
Macam biasa, bila Khairul Aming kongsi resepi makan berduyun manusia terpengaruh untuk mencuba juga. Memang akan habis la bahan-bahan dekat pasaraya.
Nampak perkongsian di TikTok ada yang berjaya buat, tak kurang juga ada yang bersedih bila coklat tak jadi seperti yang diharapkan.
Entah mana silapnya tak tahu.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat coklat ROYCE ini adalah; 1.5 cawan whipping cream, 50g unsalted butter, 350g bittersweet chocolate, dan coco powder je. Ya, 4 bahan sahaja.
Cara Penyediaan:
Panaskan satu setengah cawan whipping cream bersama 50-gram unsalted butter.
Dalam mangkuk berasingan masukkan 350-gram bittersweet chocolate dan gaul bersama cream yang panas tadi. Penggunaan coklat adalah mengikut selera masing-masing.
Paling penting kena guna coklat berkualiti baru jadi. Kacau sehingga coklat cair. Kemudian curahkan coklat ke dalam bekas yang di alas dengan baking paper.
Ketuk tray supaya udara dapat dikeluarkan. Sejukkan selama empat sehingga lima jam di dalam peti sejuk.
Bila coklat sudah keras, boleh keluarkan dan potong menjadi bentuk empat segi. Susun di atas tray dan kemudian boleh taburkan serbuk koko.
Boleh dihidangkan dan makan ketika coklat masih sejuk. Selamat mencuba.
Review Chocolate ala ROYCE - Coklat B40 Jiha Bakery
Satu bekas kecil dijual pada harga RM15. Masih berpatutan harganya dan rasa dia pun sedap. Memang sekelip mata habis kami anak beranak makan.
Serbuk coklat tu pahit sesuai dimakan bersama coklat yang manis. Tidak la rasa muak. Sedang elok. Kena makan waktu coklat tu sejuk, bertambah sedap jadinya.
Korang yang berhampiran boleh cari di Jiha Bakery yang terletak di Setapak, Kuala Lumpur. Tapi hati-hati masuk ke sana pasti akan tewas dengan aneka dessert yang lain.
Ada macam-macam manisan, kek, Buko Pandan dan biskut raya. Jiha Bakery jadi pilihan kami bila beli kek untuk birthday.
Setakat ni suka semua produk Jiha Bakery. Paling latest beli kek untuk birthday abang ipar.
Birthday Cake Tema Frozen Birthday Cake Tema Ikan Duyung Ariel
coklat😍
BalasPadamblh la try nanti
Peminat coklat mesti suka
Padamtue lah akak tengok ramai try resipi KA ni..ada yg jadik, ada yg tak jadik..nak tergelak bila ada yang tak jadik tu.haha..tapi tak apa effort nak cuba tu yg penting..tak jadik, study lagi apa yg sbbkan tak menjadik tu..menjadik, bonus...hehe..
BalasPadam