Alhamdulillah rezeki yang tidak disangka-sangka tahun ni dapat pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (PBAKL).
Seperti tahun-tahun sebelumnya, PBAKL diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Nama lama dia World Trade Centre Kuala Lumpur, yang dulu juga dikenali sebagai Putra World Trade Centre (PWTC).
PBAKL berlangsung bermula 26 Mei hingga dan berakhir 4 Jun 2023. Tahun ni meriah dengan pelbagai aktiviti diadakan.
Pengalaman Ke Pesta Buku PBAKL 2023
Pertama sekali rasa bangga sangat sebab ramai anak muda turun ke pesta buku tahun ni. Syukur tabiat membaca dan cintakan buku masih tebal di jiwa anak muda.
Tahun ni berkesempatan bawa anak-anak merasai sendiri kemeriahan pesta buku. Pendedahan awal juga untuk anak-anak supaya nanti kalau ada kerja sekolah melibatkan pengalaman senang lah dia nak mengarang.
Pengalaman manis dapat beli buku yang di idamkan, jumpa penulis Hilal Asyraf, Inche Lebah, Iddin Ramli, Alif suami kepada influencer Aisyah Hijanah dan ramai lagi.
Kami pergi hari kedua PBAKL diadakan iaitu pada hari Sabtu. Dah ingatkan suami memang kena sampai awal untuk elak kesesakan walaupun kami naik pengangkutan awam.
Cara Ke PBAKL Ikut Laluan MRT
LRT, MRT, KTM ni tidak boleh dijangka ya prestasinya. Baiklah kita ambil langkah awal supaya anak-anak selesa.
Awalnya suami nak pandu kereta tapi Diah berat hati sangat nak sokong dan ternyata ianya pilihan yang tepat sebab jalan sekitar PWTC sesak teruk.
Tapi yang hatinya kental silakan bawa kereta sebab boleh parking di basement dan ada parking terbuka berhadapan dengan PWTC. Kena lintas jalan lah kiranya.
Ada beberapa cara untuk pergi ke PBAKL. Oleh sebab laluan penukaran LRT Putra ke LRT Star Masjid Jamek masih lagi tidak boleh digunakan jadi kami terpaksa tukar laluan menggunakan MRT pula.
Kami naik LRT Putra heights di stesen Wangsa Maju kemudian berhenti di stesen Ampang Park kemudian tukar dan naik MRT laluan Putrajaya Ampang dan berhenti di MRT Titiwangsa.
Jalan-Jalan Naik MRT Ke Pesta Buku
Sekali lagi buat penukaran MRT kepada LRT. Dari stesen LRT Titiwangsa dan berhenti di stesen LRT PWTC.
Dah sampai stesen boleh ikut laluan jambatan merah sehingga ke PWTC. Memang berbondong-bondong manusia berjalan menuju arah yang sama.
Ikutkan tak jauh mana tapi kena buat penukaran LRT kepada MRT mengambil masa sebab kena banyak berjalan.
Oh ya pengalaman kali ini Diah ceritakan dari sudut pandang ibu bapa yang membawa tiga orang anak kecil yang masih bersekolah (bawah 12 tahun).
Jadi keseronokkan, kemudahan perjalanan, sesuai atau tidak adalah mengikut situasi sebab anak-anak memang tidak boleh dijangka.
Pengalaman kami ke PBAKL kali ini amat menyeronokkan. Selain dapat tambah koleksi buku, kami dapat bertentang mata dengan penulis kesukaan.
Maaf tak banyak gambar reruai sebab ramai orang dan kami lebih enjoy pengalaman depan mata. rugi pula asyik pegang telefon.
Persiapan Perlu Buat Sebelum Ke PBAKL
Untuk yang bercadang nak ke PBAKL mari Diah kongsikan persiapan perlu awak buat supaya perjalanan ke sana lebih lancar dan pengalaman menjadi lebih indah.
- Sediakan senarai buku perlu beli dan awasi anak-anak. Berhati-hati dengan penyeluk saku dan sediakan wang secukupnya.
- Ada ketika kami mahu buat pembayaran menggunakan QR code tetapi internet tak begitu stabil dekat sana.
- Pakai pakaian yang serap peluh, lembut dan longgar. Pakai juga kasut yang sesuai supaya selesa nak berjalan. Diah pakai Sports shoe ringan kaki nak melangkah.
- Cuaca sekarang memang panas jadi jangan lupa minum banyak air. Bawa botol air dan boleh juga beli air, banyak je orang jual. Dekat dalam PWTC pun ada dijual tapi harga semestinya mahal sedikit dari biasa.
- Selain botol air bawa juga kipas angin.
- Paling penting bawa beg bagasi atau beg galas. Sangat-sangat membantu sebab memang lenguh kalau nak jinjit beg plastik yang berat dengan buku. Dekat sana memang ramai yang tolak beg bagasi. Walaupun penuh dengan manusia tapi masih boleh bergerak.
- Penting sangat kalau datang dengan anak-anak pastikan datang awal pagi dan bawa bekal makanan ringkas tapi mengenyangkan.
- Bawa coklat atau energy bar supaya anak tak merengek lapar. Penting sebab dekat kaunter bayaran memang akan sesak dan waktu berbaris dapatkan tandatangan penulis pon agak panjang.
- Tempat makan boleh cari di Level 4. Ada disediakan juga kerusi dan meja. Harga nasi ayam RM16, Nasi Goreng RM6, air RM4, burger RM4 dan ada macam-macam lagi.
- Nak beli dan makan di luar, ada banyak gerai yang menjual makanan dibuka di depan pintu masuk PWTC.
Jadi untuk awak yang nak merasai kemeriahan Pesta Buku jangan lepaskan peluang untuk datang ke sini. Masih ada masa lagi dan paling penting banyak tawaran berbaloi.
Pastinya pengalaman ke PBAKL 2023 antara kenangan yang kami tak akan lupa.
kak ana cadang nak pii weekdays harap2 tak laa padat huhu :)
BalasPadam4 - 6 ada event Cosplay pula tau. Rasanya bakal sesak juga tu
Padampesta buku, teringat zaman anak2 kecik mesti ciknur bw dorang ke pwtc ni. sesak pun redah. he hzz skrg dorang pegi sendiri ciknur surrender
BalasPadamKalau nak pergi hati kena kental, tapi serius seronok
Padambestnya klu dekat..:)
BalasPadammana tahu tahun depan ada rezeki sampai pbakl
Padambestnya baca pengalaman rodiah. terigin nak pegi tapi malas nak bersesak huhu
BalasPadamramai pergi malam tak sesak hihihi
PadamLama sungguh akak tak ke area2 sini.
BalasPadamsesekali jom turun kak lepas rindu
PadamRajinnya diah & suami bawa anak2 ke sini tapi bagus sebab dedahkan diaorang untuk minat membaca dan rasa experience ke pesta buku...
BalasPadam