Seperti tahun-tahun yang sudah, tanpa gagal NetKL Network akan hantar peringatan melalui e-mail tentang domain blog yang menghampiri tarikh tamat tempoh.
Semestinya perlu diperbaharui setiap
tahun. Ikutkan ini tahun ke lima Diah renew domain dan setakat ini masih lagi
setia bersama NetKL Network.
Puas hati dengan mutu perkhidmatan dan kerja mereka. Tidak dinafikan, kakitangan NetKL Network pantas terutama bila berkomunikasi dengan pelanggan.
Domain Renewal Blog Rodiah Amir
Throwback pada tahun 2018, Diah
mula mendaftar domain blog setelah ambil masa cukup lama berfikir dan ambil
keputusan menggunakan nama domain www.rodiahamir.com
Lebih tepat Diah daftar domain
pada 13 Mei 2018, sehari sebelum tarikh ulang tahun kelahiran suami. Tarikh
dekat-dekat jadi mudah nak ingat.
Terima invois beserta peringatan
bayaran berjumlah RM55 untuk tempoh domain aktif selama setahun melalui e-mail.
Memang NetKL Network akan hantar
reminder satu bulan sebelum domain tamat tempoh. Bagi Diah masa sebulan tu tempoh
yang amat berpatutan samada nak teruskan melanggan domain atau tidak.
Renew Domain Blog Masuk Tahun Ke Lima
Ikutkan status sekarang, Diah dah
kurang terima tawaran penulisan review menggunakan blog. Majoriti client lebih
sukakan review di Instagram, TikTok dan juga Facebook.
Jadi, bukanlah keutamaan pada
waktu sekarang nak kena renew domain blog rodiahamir. Tapi bila fikirkan jangka
masa panjang, dan perasaan sayang dekat domain rodiahamir memang pejam mata
waktu buat bayaran.
Bagi sesetengah orang jumlah RM55
mungkin satu jumlah yang kecil. Bagi Diah secara peribadi, setiap apa yang
dilaburkan sekurang-kurangnya kena buat sehingga pulang modal.
Baru lah kita lebih bersemangat
nak buat sesuatu. Sehingga hari ini, syukur kepada Tuhan apa yang diusahakan
mendatangkan hasil walaupun tak banyak mana.
Pernah sebelum ini, NetKL Network tawarkan potongan harga jika pelanggan memilih untuk perbaharui domain lebih dari setahun.
Kesan Kepada Blog Bila Guna Domain Sendiri
Tapi sekarang tawaran tu sudah
tiada. Ralat juga rasa sebab tak ambil peluang. Semoga ada diskaun lagi
ditawarkan di masa hadapan.
Apa yang menguatkan semangat Diah
untuk terus menulis blog adalah atas dasar minat berkongsi dan bercerita.
Kadang-kadang tak sedar pun apa
yang dikongsi tu rupa-rupanya dapat membantu orang lain. Lagi seronok bila ada
pembaca komen, kongsi pengalaman dan beri feedback yang positif.
Dalam masa yang sama, tujuan Diah
buat blog nak jadikan sebagai lubuk pahala. Harapnya jadi ladang pahala yang
berterusan. InshaAllah.
Terima kasih untuk semua yang
sudi singgah dan baca blog Diah. Semoga silaturrahim kita walaupun hanya di
alam maya berkekalan.
tahniah..terus ber blogging
BalasPadamTerima kasih CikNor. Semoga sentiasa menulis juga ya
Padamsama lah, dalam tempoh masa setahun tu monitor juga progress blog balik modal ke tidak sebelum renew domain.
BalasPadam