Lebih sebulan asyik on off menulis. Bermula sebelum puasa lagi sehinggalah dah masuk seminggu Syawal. Baru hari ini gagahkan diri untuk kembali aktif. Rindu nak menulis tapi apakan daya tenaga dan masa asyik tak mencukupi.
Sebelum terlambat Diah nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin untuk semua. Apa khabar Syawal korang? Cerita pagi raya ada tak? harap okay sahaja.
Kisah Hari Raya Kami – Melaka & Pahang
Alhamdulillah cerita raya 2023
Diah berjalan lancar sahaja. Anak-anak semakin membesar dan semakin faham serta
semangat nak sambut raya.
Tahun ini giliran beraya di rumah
mentua dahulu, di Melaka. Tahun ni tiada kejutan macam tahun sudah, tarikh hari
raya sama dengan jangkaan dalam kalendar Georgia.
Jumaat pagi kami bertolak balik
ke Melaka dan seronoknya lebuhraya PLUS tak sesak. Rezeki dapat berbuka dengan
keluarga mentua.
Persiapan raya kami dah mula awal
jadi tahun ni kurang penat dan terkejar-kejar. Fokus hanya puasa dan nak balik
raya.
Hari Raya Pertama 2023 – Raya Di Melaka
Sampai je dekat rumah MIL dah
mula sibuk siapkan juadah raya. Tolong kakak ipar siapkan bahan-bahan memasak. Cuci
balang dan masukkan biskut raya.
Menu hari raya pertama kami ialah
nasi impit, ayam pencen masak rendang, kari daging, ayam kurma untuk anak-anak,
dan juga kuah kacang.
Tahun ni seronok sangat sebab
berkesempatan solat raya Aidilfitri berjemaah. Berpeluang solat dengan
anak-anak sekali.
Mudah sangat sebab surau tak jauh
dari rumah mentua. Airis dan Raudah paling teruja sebab ini pengalaman pertama
mereka.
Selesai solat, siapkan anak-anak dan seperti tahun-tahun sudah rumah mentua selalu jadi persinggahan sanak saudara.
Tema baju Raya pertama tahun ni
ialah Navy Blue. Baju lelaki beli dekat Butik Omar Ali, anak perempuan beli di Butik
Sireh Pinang dan Diah beli dekat TikTok Shop.
Berkesempatan juga ke rumah
pakcik makcik dan selebihnya kami beraya di rumah sahaja. Melaka panas ya, tapi
tak mematahkan semangat kami bergambar dekat luar.
Lighting cantik haruslah
digunakan sebaiknya. Malam tu kami check in homestay yang berdekatan. Ambil kesempatan
untuk tempah homestay demi keselesaan semua dan mentua pun faham.
Sebelum ni pernah - check in di Hotel Bestari, Jasin Melaka - bila ramai-ramai balik kampung.
Raya kami sederhana saja, ada adik beradik suami yang terpaksa bekerja pada hari raya pertama. Emak dan ayah mentua redha saja.
Baru perasan tiada satu pun gambar juadah Raya. Sibuk bersiap dan makan saja.
Hari Raya Kedua 2023 – Raya Di Pahang
Siap berkemas di rumah mentua,
sambung pula gosok baju untuk raya kedua. Tema baju Raya kedua kami suami
isteri pilih warna Olive. Anak-anak pula belikan baju lebih santai (Padini
& Brands Outlet).
Ikut giliran, tahun 2023 tahun
adik beradik perempuan beraya di rumah mentua terlebih dahulu.
Jadi memang tak dapat ambil
gambar 10 orang adik beradik dan bermaafan di pagi raya. Tunggu kalau ada
rezeki tahun depan.
Pagi tu selepas sarapan kami
bertolak balik ke Pahang. Risau tersangkut dalam kesesakan kena bertolak awal.
Tahun ni terpaksa waze dan ikut
jalan lain sebab jalan biasa kami lalu sesak tak ingat. Puncanya pemandu takut
nak keluar simpang ke jalan utama.
Syukur walaupun ikut laluan
berbeza, perjalanan kami dipermudahkan. Selepas empat jam dalam kereta kami
selamat sampai ke destinasi.
Bila dah sampai rumah sendiri
memang kena terus bertugas. Baru je duduk di meja makan, saudara sebelah arwah
abah sampai.
Kebetulan emak dan adik beradik
lain balik kampung, ziarah kubur arwah atuk dan yang ada dekat rumah hanya adik
bongsu dan kakak ipar.
Kami sajalah yang berperang
siapkan juadah dan melayan tetamu. Menu raya kedua ialah laksa Utara disamping
juadah utama rendang ayam, lemang dan nasi impit.
Tiga buah kereta kesemuanya. Segan
gila nak layan tapi terpaksa la. Adik bongsu awal lagi dan angkat bendera
putih.
Malam tu pula keluarga makcik
sebelah emak pula sampai. Memang tradisi keluarga sebelah emak (adik emak),
mereka akan menziarah rumah adik beradik sehari suntuk.
Bertolak dari Selangor, bermula dengan
berkumpul di rumah pakcik di Temerloh, kemudian singgah di rumah emak kemudian
teruskan perjalanan ke Bahau sebelum pulang ke rumah.
Bermusafir dan menggunakan 24 jam
di bulan Syawal sebaik mungkin. Peluang setahun sekali digunakan sebaik
mungkin.
Keadaan sama pada hari Raya ketiga.
Menerima kunjungan saudara mara dan kami jamu bihun sup untuk tetamu.
Nak kongsi berita baik dengan
semua, emak ditemani adik bongsu Diah akan menunaikan umrah dan penerbangan
dijadualkan pada 29 April ini.
Raya keempat masing-masing dan
pulang ke sarang dan emak kami bawa sekali ke rumah abang di Negeri Sembilan.
Decide untuk recycle je baju raya pertama. Nak bawa baju banyak-banyak nanti kena tambah luggage. Pakai saja apa yang ada.
Mudah urusan nak menghantar ke lapangan terbang nanti cadangnya. Minta doakan emak dan adik Diah mudah urusan dan selamat pergi dan balik.
Alang-alang tu kami beraya di Bahau, rumah saudara sebelah emak. Tahun lepas tak dapat beraya bersama. Tahun ni tunaikan hajat emak jumpa sanak saudara.
Apa pun seronok sangat kisah raya kami di tahun 2023. Setiap pengalaman, setiap saat dan kenangan akan dikenang sampai bila-bila.
selamat hari raya...blk kampung perjalanan lancar alhamdulillah
BalasPadamAlhamdulillah tahun ni smooth saja perjalanan
Padamselamat hari ray, maaf zahir batin
BalasPadamalhamdulillah..meriah sgt raya tahun nie...seronok leh berkumpul ramai2 & jenjalan raya semua...kannn
Betul. Rezeki seronok sangat
Padamkenapa menu raya hari kedua kebanyakannya laksa haha cantik lah baju raya tema blue black
BalasPadamDekat Melaka punya ramai tema blue ni
PadamAlhamdulillah kunjung-mengunjung di hari raya itulah yang seronoknya. Selamat hari raya Aidilfitri Diah dan keluarga serta mohon maaf zahir dan batin.
BalasPadamSelamat Hari raya, tahun ni meriah berbanding tahun yang sudah
PadamSelamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin
BalasPadamSelamat hari raya Rabia
Padamseronoknya beraya. selamat hari raya dear.
BalasPadamSelamat hari raya kak
Padamslmt hari raya
BalasPadamseronok kan dpt blk beraya bersama keluaga
hilangg penat hadap jem janji bertzmu saudara mara
Betul tu. Lagi seronok dapat jumpa sedara mara
Padam