Kami sekeluarga bermusafir ke Negeri Kedah Negeri Jelapang padi seminggu sebelum puasa hari tu. Lebih tepat kami ke Alor Setar.
Ke sana atas sebab menyantuni jemputan perkahwinan kawan satu pejabat waktu Diah bekerja dulu. Kebetulan cuti sekolah jadi ambil kesempatan bawa anak-anak berjalan. Kiranya dua dalam satu.
Sibuk betul dengan urusan hidup. Baru hari ini dapat berkongsi dalam blog.
Percutian kali ini amat bermakna sebab anak-anak semakin membesar dan dah mula faham dengan apa yang jadi di sekeliling. Semoga memori percutian kali ni mereka akan ingat sampai bila-bila.
Bercuti Ke Alor Setar, Kedah
Rezeki kami sekeluarga. Dapat makan nasi minyak & nak beri pengalaman anak-anak bercuti di Alor Setar amat lancar. Sungguh la weh kawasan Utara panas lit lit.
Cuaca panas terik sepanjang kami berada di sana. Alhamdulillah kami semua tak demam. Sedaya upaya paksa semua minum air yang cukup supaya tak dehidrasi.
Perasan la juga ada sawah yang terbakar menambahkan lagi panas dan memburukkan cuaca sedia ada. Terus jadi jerebu. Salute kepada pasukan Bomba & penyelamat yang sentiasa bersedia berkhidmat memadam kebakaran tak kira waktu.
Pengalaman Bercuti di Alor Setar, 3 Hari 2 Malam
Seperti biasa Diah
bertanggungjawab menyediakan jadual perjalanan percutian 3 Hari 2 Malam di Alor
Setar.
Dari tempahan hotel sehingga ke
tempat kami nak pergi lawati. Bila dah siap survey baru terangkan pada suami
dan anak-anak.
Malas nak serabut kepala dan
biasanya suami akan beri komen kalau ada perkara yang tak bersesuaian. Rancangan
kami buat semua di saat akhir.
Hotel Diah tempah tiga minggu
sebelum tarikh kami ke sana. Alhamdulillah semua smooth je. Kami menginap di
hotel Grand Alora.
Review Hotel Grand Alora Diah akan buat dalam entri yang berlainan. Banyak sangat nak cerita terutama tempat makan dekat depan hotel.
Waktu buat carian, Hotel Grand Alora antara hotel yang dapat banyak review yang baik dan paling penting harga dia berbaloi dengan bilik yang kami dapat.
Seronok bercuti di Alor Setar, cuma kelemahan Diah tak suka
travel jauh-jauh. Nak naik flight macam mahal sangat jadi memang drive dari
Kuala Lumpur ke Alor Setar. Perjalanan pergi ambil masa tujuh jam.
Itu pun hanya berhenti di RNR
bila perlu sahaja. Perjalanan pergi agak lancar walaupun ada beberapa tempat
mengalami kesesakan lalu lintas. Kami bertolak pada pagi Jumaat.
Tapi perjalanan balik pada hari
Ahad memang menguji iman ya. Kami tersekat dalam kesesakan dan suami memandu
lebih Sembilan jam baru sampai rumah.
Kenangan Manis Jumpa TikToker Terkenal, Dr. Malar Santhi Santherasegapan
Rezeki juga berjumpa TikToker terkenal dekat hotel yang kami inap. Waktu tu kami dalam lift yang sama menuju ke lobi hotel untuk urusan check out.
Dr. Malar pula ada program kesedaran kanser dan dijemput untuk bagi ceramah. Mesra sangat orangnya. Tak lokek dengan senyuman dan lembut je dia tunaikan permintaan Diah nak bergambar.
Walaupun muka Diah sembap tapi gigih juga nak ambil gambar. Peluang sekali seumur hidup lah kiranya. Belum tentu dapat jumpa lagi di masa depan.
Dr. Malar Santhi Santherasegapan merupakan seorang pegawai perubatan berbangsa India dan beragama Hindu tapi sangat fasih bertutur dalam bahasa Melayu.
Dikenali dengan Celoteh Dr Malar di TikTok, ramai suka dengan cara penyampaian Dr. yang bersahaja tapi tegas bila bercakap tentang kesihatan.
Tempat Menarik Di Kedah
Jalan-Jalan Ke Pekan Rabu
Selesai menghadiri majlis
perkahwinan kami, petang tu kami teruskan aktiviti percutian ke Pekan Rabu.
Selama ini Diah bayangkan bila
orang sebut Pekan Rabu merujuk kepada tempat jual beli macam Pasar Tani atau
Pekan Sehari Temerloh tu. Noob ya.
Bila dah sampai jauh berbeza
dengan gambaran dalam fikiran. Rupanya Pekan Rabu hampir menyerupai Pasar
Payang di Kuala Terengganu.
Bangunan kedai bertingkat penuh
dengan peniaga yang menjual hasil produk tempatan dan juga produk dari negara
jiran.
Rambang mata bila datang sini.
Banyak kedai jual makanan seperti kuih tradisional peneram, dodol dan bahulu,
kekacang, jeruk, serta banyak lagi makanan ringan lain.
Meriah juga kedai yang menjual
pakaian dan aksesori lain. Seronok sebab banyak pilihan. Kaum ibu mesti suka
datang ke sini.
Tak banyak kami beli, cukup
sekadar buat rasa. Suami beli kuih peneram, beli juga kuih bahulu yang dimasak
depan mata, kekacang yang jarang Diah jumpa dan beli juga Kurta Raya untuk
suami.
Jalan-Jalan Ke Menara Alor Setar
Kami ke sini memandangkan waktu
singkat dan lokasi dekat dengan hotel. Kiranya tak silap la pilihan sebab kami
semua puas hati.
Rasa rugi pula kalau tak melawat
monumen kebanggaan Negeri Kedah. Entah bila lagi dapat ke sini. Ada beberapa
pilihan untuk naik Menara Alor Setar.
Semestinya ada beza setiap pakej.
Untuk detail Diah ada kongsikan dalam entri khas kami jalan-jalan ke Menara
Alor Setar.
Harga tiket ke Menara Alor Setar rujuk sini.
Terpaksa buat entri berasingan
sebab panjang sangat nak kongsi. Selesai melawat menara kami teruskan
perjalanan.
Lunch Di Ayam Gepuk Pak Raden, Jalan Sultanah
Sebelum balik, niat nak cari Nasi
Kuning Kedah tapi hampa. Oleh sebab tak mahu tangguhkan perjalanan jadi kami
berhenti makan di Ayam Gepuk Pak Raden HQ.
Tak menyesal makan dekat sini. Sotong dia saiz King dan ayam dia sedap. Diah ada kongsi dengan lebih terperinci apa kami makan dekat entri - makan sotong besar tapak tangan.
Lepas makan kami bergerak pulang.
Seperti dijangkakan memang kematu
punggung punya lama hadap kesesakkan lebuh raya. Apa pun seronok sangat dapat
habiskan masa berkualiti dengan keluarga.
Moga Allah murahkan rezeki kami lagi.
syoknya travel dgn family. cuma letih sikit kematu nak hadap jemmmm hehehe
BalasPadamBetul. Kalau mampu kita naik flight je. Belum mampu kita enjoy saja lah
Padam