Bazar Ramadan Taman Melawati - Nasi Beriani Chek’s Catering

Food hunting kali ni Diah mencuba nasib, beratur nak beli Nasi Beriani yang popular di Bazar Ramadan Taman Melawati.

Antara bazar Ramadan yang terkenal di KL dan menjadi tumpuan ramai kerana makanan yang sedap dan banyak pilihan.

Sejak mula dibuka awal Ramadan hari tu memang sentiasa penuh dengan pengunjung. Ada beberapa gerai, pukul lima petang dah kemas barang nak balik. Makanan mereka habis awal.

Punyalah panjang barisan di beberapa gerai jadi tak pelik kalau pukul empat petang bazar ni dah penuh dengan pengunjung.

Tahun ni lagi meriah disebabkan kehadiran peniaga baru iaitu Influencer Isaac Osman. Ala Youtuber – Isaac Osman TV yang ada lebih satu juta pengikut dan suka buat mukbang tu.

Dia jual Nasi Ayam Mak Chili. Kalau bukan bulan puasa dia buka kedai nasi ayam dekat Maxim Citylights @ Sentul KL.

Diah belum sempat merasa lagi nanti kot hujung-hujung puasa orang tak ramai boleh la cuba.


Bazar Ramadan Taman Melawati - Nasi Beriani Chek’s Catering

Dalam entri kali ni Diah nak kongsi tentang Chek’s Catering.

Peminat Nasi Beriani dan Nasi Tomato kalau datang Bazar Ramadan Taman Melawati tolong cari Chek’s Catering.

Kedudukan khemah dia betul-betul dekat tengah-tengah. Terkenal di kalangan penduduk setempat kerana kesedapan makanan mereka. 

Setiap kali mesti dah panjang barisan orang beratur nak beli.


Nasi-Beriani-Kambing


Makan Nasi Beriani Chek’s Catering

Pakcik yang jual nasi Beriani ni nama dia Ramli tapi mesra dipanggil dengan nama Chek. Maka lahirlah Chek’s catering. Pakcik Ramli berniaga dibantu oleh anak-anak.

Berpengalaman 30 tahun meniaga Nasi Beriani dan lauk pauk. Layak sangat orang panggil ‘otai’. Setiap kali Ramadan, dia akan meniaga Nasi Tomato dan juga Nasi Beriani.

Lauk pula ada pelbagai jenis dan bertukar setiap hari. Antara yang menjadi kegemaran ramai ialah Ayam Masak Merah, Lamb Shank, Daging Kicap dan Ayam Kurma.

Bulan selain Ramadan Chek’s Catering buka kedai makan di Taman Keramat, dekat kawasan AEON AU2. Nama kedai dia Chek's Bawal Hangat Keramat.

Chek_s-Bawal-Hangat-Keramat

credit google pic

Jual nasi set Ikan Goreng. Set lengkap nasi, Ikan Goreng, Sambal & ulam. Macam Ikan Siakap, Ikan Bawal, Ikan keli, ada ayam goreng juga.

Nanti ada rezeki boleh pergi Diah kongsi lagi sekali ya.

 

Review Nasi Beriani Chek’s Catering

Berbalik kepada kisah Nasi Beriani Chek’s Catering, gerai Chek sentiasa penuh dengan pelanggan. Orang sanggup beratur walaupun panjang dan tak kisah menunggu lama.

Kebetulan hari Khamis lepas suami cuti sebab ada hal yang perlu di uruskan. Selepas selesai semua urusan sekitar jam empat petang kami ambil peluang singgah di Bazar Ramadan Taman Melawati.

Itu pun dah ada pelanggan yang mula beratur di gerai Chek’s Catering. Gerai mula di buka pada pukul 3.30 petang.

Bayangkan hari bekerja pun sesak inikan pula cuti hujung minggu. Waktu Diah pergi hari Sabtu, pukul tiga petang bazar dah sesak, parking tak usah cakap lah memang tiada.

Diah termasuk antara yang terawal beratur dan waktu tu sekitar empat petang. Oleh sebab dah bersusah payah beratur di bawah terik panas matahari maka peluang tidak harus disia-siakan.

Diah beli Nasi Beriani Daging (RM10), Nasi Beriani Kambing (RM14) dan juga Nasi Beriani Lamb Shank. Rasa bersyukur sangat sebab menjadi orang terakhir yang berjaya beli Lamb Shank.


Lamb-shank

Oleh sebab stok tak banyak jadi memang kena berebut. Terpampang jelas kekecewaan kakak yang beratur di belakang Diah.

Tiada rezeki dia jadi PakCik Ramli cadangkan untuk dia tempah awal dan datang keesokkan harinya. Satu lamb shank bersaiz sederhana di jual pada harga RM29 seketul.


Nasi-Beriani-Chek’s-Catering

Nasi Beriani dia lembut, aroma dia wangi, banyak dan berwarna keemasan. Lauk dia semua cukup rasa. Daging dan kambing pun lembut. Cukup pakej dapat papadom dan juga acar timun.


Nasi-Beriani


Dari segi harga bagi Diah memang murah. Diah pernah jumpa nasi Beriani yang dijual lebih mahal. Portion nasi pun banyak.

Overall puas hati. Ada rezeki lepas bulan puasa kita support kedai makan Chek's Bawal Hangat Keramat.

 

Ulasan

  1. waaahhh berbaloi tu dgn harga & mmg agak murah compare dgn harga lain lagi mahal pd tu hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah pernah jumpa yang lagi mahal. Ini bonus sebab sedap

      Padam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.