Melaka memang terkenal sebagai destinasi percutian pilihan ramai kerana banyak aktiviti dan tempat menarik untuk dikunjungi.
Selain banyak tempat menarik dan menjadi tumpuan pelancong sebagai Kota Bersejarah, Melaka juga turut dikenali dengan makanan seperti asam pedas dan dodol cair.
Rugi kalau tak cuba. Dua kedai yang selalu Diah singgah kalau nak makan Asam Pedas Melaka.
Rumah Asam Pedas Melaka | Restoran Berkat Salam
Tarikan Terbaharu Taman Buaya & Rekreasi Melaka
Taman Buaya & Rekreasi Melaka
adalah antara tempat menarik di Melaka perlu korang lawati jika bercuti di
Melaka.
Tempat dia strategik sebab berdepan, di seberang jalan adalah ZOO MELAKA.
Ditambah pula dengan tarikan terbaharu, memang teruja bawa anak-anak bercuti ke sini. Dah ada mini waterpark ya.
Kali terakhir kami datang sini
adalah lebih kurang Sembilan tahun yang lepas. Waktu Ikhwan masih kecil baru
nak kenal haiwan.
Kalau sebelum ni hanya ada
sangkar buaya, sekarang dah ada tarikan baru dan penambahbaikan fasiliti untuk menarik
pelancong datang ke sini.
Tarikan baru seperti Lovebird
Paradise, Burung Emu, sangkar Aviary, Kura-Kura, Rumah Reptilia, Kandang Arnab,
Miniatur Malaysia dan Taman Mini Rekreasi Air.
Nak pusing-pusing naik kuda pon ada tau. Ada ponny Ride sesuai untuk anak-anak.
100 jenis buaya
Bukan satu atau dua tapi 100
jenis buaya yang boleh korang jumpa ada di Taman Buaya & Rekreasi Melaka.
Terdiri daripada buaya tembaga,
jejulung, siam dan caiman menjadi antara tarikan sempena musim cuti
persekolahan ini.
Lovebird Paradise
Dalam sangkar Lovebird Paradise
menempatkan lebih 70 ekor burung spesis nuri atau kakak tua yang berasal dari
Afrika.
Burung Nuri ni memang cantik, ada
pelbagai warna. Setiap satu ada pasangan masing-masing. Romantik dan manja je
bermain dalam sangkar.
Saiz dia kecil je tapi sangatlah
aktif. Tak berhenti dia berbunyi. Dia menyanyi gembira agaknya. Terhibur tengok
keletah burung Nuri.
Sangkar Aviary
Dalam sangkar Aviary pula ada
pelbagai spesis unggas dan sangkar lebih besar. Pengunjung boleh masuk dan
lihat dengan jarak lebih dekat.
Antara haiwan yang ada seperti ayam
hutan, itik belibis, ayam api-api, ayam belanda dan angsa. Haiwan dalam sangkar
tu jinak mungkin dah terbiasa dengan kehadiran pengunjung datang setiap hari.
Kolam Mandi
Tak sangka dah boleh mandi manda dalam Taman Buaya. Saiz kolam tidak terlalu besar cukup untuk anak-anak bergembira.
Disediakan meja dan kerusi, tempat berehat untuk ibu bapa yang menunggu anak-anak dan juga bilik persalinan.
Taman Mini Miniatur Malaysia
Di depan pintu masuk, pengunjung akan melalui Taman mini Miniatur Malaysia terlebih dahulu sebelum ke kandang buaya.
Terdapat 14 monumen bersejarah kebanggaan Malaysia dibina sebagai tarikan pelancong. Pentingnya monument-monumen ini sebagai mengenang jasa tokoh terdahulu serta memupuk semangat cintakan negara terutama kepada generasi muda.
Contoh monumen yang dibina seperti KLCC, Jambatan Pulau Pinang, Bangunan Merah Melaka, Tugu Negara dan banyak lagi.
Kandang Arnab
Kami singgah di kandang Arnab
waktu akhir sekali sebelum balik. Kiranya dah agak lewat petang. Arnab ada tapi
semua macam takut-takut nak keluar dari kandang.
Ikutkan pengunjung boleh bermain dan beri makanan kepada Arnab. Anak-anak pasti gembira. Tapi waktu tu Arnab dah kenyang jadi dia kurang aktif bergerak.
Ada beberapa tarikan dekat atas ni ada yang dah wujud lama dah dan dinaik taraf menjadi lebih baik. Jadi tidak la bosan kalau datang sini. Tandas dekat sini terjaga dan bersih.
Tiket Masuk ke Taman Buaya Melaka
Masuk percuma untuk kanak-kanak
berumur kurang daripada lima (5) tahun.
Waktu Operasi: 9:00 pagi - 6:00
petang | 7 hari seminggu, termasuk cuti sekolah & cuti umum.
Jadi Taman Buaya Melaka adalah destinasi korang patut singgah kalau nak habiskan masa yang singkat tapi berkualiti dengan anak-anak.
Betul lah pengalaman itu mendewasakan. Dah ada anak tiga ni, bukan tempat mahal dan besar jadi ukuran tapi asalkan dapat tarik minat anak-anak tempat besar dia sekangkang kera pun anak-anak akan gembira.
Singgah Mango Float Sungai Putat
Selepas selesai tengok haiwan di Taman Buaya & Rekreasi Melaka, cuaca boleh tahan mencabar panas dia. Tekak semestinya teringin nak minum benda sejuk-sejuk.
Jadi kami ke Mango Float Sungai Putat. Sebelum ni pernah lalu nampak meriah sangat jadi decide nak cuba.
Pendapat peribadi, Diah lebih suka rasa Mango Float Royale Melaka dekat Simpang Ampat. Rasa mango Float dekat sini biasa je.
Mungkin sedikit berbeza dia letak topping mango pearl, tapi tiada rezeki kami hari tu mango pearl tu habis.
zaman anak akak kecik sek rendah penah msk sini sekali je
BalasPadam10 tahun lalu
skrg byk perubahan dah kan
mesti lg besst