Setelah beberapa bulan berbincang nak buat surprise bachelorette party untuk kawan kami; Rica Zaireen, akhirnya terlaksana juga.
Ini pengalaman & bachelorette party pertama yang Diah hadiri. Yelah kan, zaman dulu mana ada buat party macam ni. Kalau ada pun sekadar keluar makan dengan kawan rapat.
Rica merupakan kawan satu pejabat Diah sewaktu masih bekerja dulu. Tempat terakhir bekerja sebelum Diah ambil keputusan jadi suri rumah sepenuh masa.
Surprise Bachelorette Party Untuk Kawan Di Palmierra 28 Cafe
Dari tahun lepas lagi struggle nak pilih tarikh yang sesuai untuk semua jemputan supaya boleh hadir. Tetamu jemputan pun berlainan background.
Nama pun kejutan untuk pengantin perempuan jadi tetamu jemputan terdiri daripada kawan sekolah, kawan Universiti dan kawan satu pejabat yang rapat dengan bride to be.
Sebelum majlis berlangsung, beberapa bulan sebelum tu kami ramai-ramai berbincang untuk pilih tema, lokasi, menu dan aktiviti yang nak dibuat.
Kami putuskan untuk buat sendiri dan tak melibatkan event planner. Rasa leceh la pula nak libatkan orang luar.
Memandangkan masing-masing ada pengalaman dan jadi tulang belakang kalau ada event dekat pejabat jadi kita buat sama-sama.
Celebrate Bachelorette Party Di Palmierra 28 Cafe
Masing-masing dah janji sehabis baik menjaga rahsia supaya bakal pengantin tak syak apa-apa memandangkan kebanyakkan mereka bekerja di pejabat yang sama dan selalu keluar makan bersama.
Apa yang seronok semua kawan-kawan yang terlibat sporting sangat. Tak berkira, sentiasa berikan idea untuk pastikan surprise berjalan lancar.
Lokasi yang kami pilih untuk adakan bachelorette party adalah di Palmierra 28 Café yang terletak di Petaling Street. Betul-betul di tengah bandar Kuala Lumpur.
Senang je nak cari café ni sebab ianya terletak berhadapan dengan Hotel Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, di Chinatown.
Nak mudah naik je pengangkutan awam. Diah guna LRT laluan Kelana Jaya dan berhenti di Stesen Pasar Seni. Lebih kurang 5 minit berjalan kaki.
Café di cat dengan warna hijau Turquoise yang ceria seakan memanggil orang untuk datang ke sini. Hiasan dalaman pun cantik, sedap mata memandang. Antara cafe instagrammable dalam KL patut korang kunjungi.
Kejutan Untuk Bakal Pengantin
Seronok tak terkata bila kejutan untuk pengantin berjalan lancar walaupun ada beberapa perkara yang tak dapat di elakkan berlaku pada saat akhir.
Memang di luar jangkaan dan masing-masing dah buat sehabis baik. Di hari kejadian, kawan kami yang ditugaskan bawa belon hiasan / prop terlambat sedikit sebab terperangkap dalam kesesakkan lalu lintas.
Belon helium yang sepatutnya kami letak di kerusi pengantin untuk menambah seri majlis. Tapi tu semua tak mencacatkan majlis pun.
Bakal pengantin senyum lebar sebab kami berjaya kumpulkan kawan-kawan yang dia rapat dan lama tak jumpa.
Ikut plan asal, kami semua (sepuluh orang kesemuanya) akan sampai dulu dan tunggu bride to be dekat café. Kiranya bila Rica sampai dan kami akan jerit “surprise” ramai-ramai.
Bakal pengantin terharu tapi berjaya kawal muka dan tahan diri dari menangis. Antara moments manis yang baik untuk dikenang di masa hadapan.
Permainan & Aktiviti Menarik - Bachelorette Party
Lepas semua dah reda baru kami mula dengan aktiviti. Sebelum tu masing-masing dah pesan air dan makanan ringan untuk alas perut.
Aktiviti pertama kami permainan ‘Cuba Teka Siapa Saya’. Bakal pengantin kena teka individu yang digambarkan melalui klu yang diberikan.
Beberapa hari sebelum majlis, masing-masing kena beri lima klu berkaitan diri. Untuk mudahkan kami print klu atas kertas.
Memang seronok. Pendek kata kami enjoy sangat. Ada beberapa tekaan yang tak perlukan pengantin nak ambil masa yang lama untuk di teka dan ada juga klu yang tak disangka-sangka.
Kemudian kami berhenti sekejap untuk makan dan kemudian sambung dengan permainan kedua iaitu Bachelorette Bingo.
Seperti game Bingo yang biasa tu cuma kami tukar Bride To Be akan baca senarai pernyataan yang disediakan. Kami hanya boleh lorek kotak jika pernyataan tu berkaitan dengan diri.
Memang kena jujur bila main permainan ni lepas tu kena tunjuk bukti. Pemenang ditentukan oleh mereka yang paling cepat habiskan 5 kotak yang berderet.
Masing-masing tak mahu kalah ya. Café tu meriah dengan gelak tawa kami. Café pula sentiasa penuh dengan pelanggan.
Salute lah walaupun pelanggan café ramai tapi mereka masih mampu handle pesanan walaupun sedikit lambat.
Aktiviti terakhir kami hadiahkan kek kegemaran pengantin. Ditempah khas dari Gula Cakery mengikut perisa kegemaran bride to be.
Gula Cakery KL East Mall dah jadi venue Diah untuk celebrate birthday family. Suka makan dekat sana.
Celebrate Birthday Airis Lima Tahun | Birthday Lunch
Berbaloi sebab sedap. Sebelum balik kami ambil kesempatan untuk bergambar beramai-ramai.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.