Akhirnya selepas bertahun sambal Nyet Khairul Aming ni viral, baru sekarang ada rezeki Diah nak cuba. Ya, mamat yang suka cakap “Hei, whatsapp gais” bila buat video masak tu.
Terkenal di kalangan makcik-makcik,
suri rumah dan juga wanita-wanita yang suka save video masakan tapi entah bila
nak buat, macam Diah.
Berjaya beli sambal Nyet secara
tak sengaja, waktu dia ‘live’ dia di TikTok. Dia buat live beberapa hari
sebelum puasa.
Kiranya antara batch parcel terakhir
yang bakal di post kepada pembeli sebelum masuk bulan puasa. Kalau tak silap
lebih seribu botol habis dijual dalam masa kurang setengah jam.
Pernah kongsi kisah kejayaan Khairulaming sebelum ni.
Review Sambal Nyet Berapi Khairul Aming
Punyalah power personal branding
Khairul Aming ni. Sekejap je habis terjual. Berebut orang beli. Itu pun ada
yang masih tak dapat beli.
Perasaan dapat beli mestilah
seronok. Walaupun tak tahu lagi rasa sambal tu macamana tapi dah bayangkan
kalau kurang kena dengan selera Diah pun rasanya tidak la teruk sangat. Kot.
Beli dua botol sebab geram
sebelum ni nak beli dekat Shopee asyik sold out. Konon niat di hati nak makan
sambal Nyet waktu sahur.
Biasa kalau makanan yang viral ni
Diah agak teruja nak cuba, tapi disebabkan Sambal Nyet Berapi ni kalau nak beli
kena berebut jadi kita guna konsep tunggu tak berebut.
Pujian layak diberikan kepada
team postage sebab pembungkusan baik, cermat, botol tak pecah, sambal tak
tumpah.
Disertakan juga kad lengkap
dengan nombor telefon untuk pembeli jika ada masalah dengan pembungkusan sambal
dan sebagainya.
Dari segi customer service memang
terbaik. Tidaklah pembeli terkapai-kapai jika ada masalah dengan produk yang
dibeli.
Sambal Nyet Berapi Khairul Aming – Pedas Sangat
Bila parcel sambal sampai memang
teruja nak makan. Dalam fikiran terbayang kesedapan sambal dia sebab ramai gila
kot beli mestilah sedap.
Oh sambal sampai waktu bulan
puasa jadi Diah cuba waktu berbuka makan dengan nasi. Suapan pertama berjaya
tahan lagi.
Masuk suapan seterusnya Diah
minum air. Weh pedas sambal Nyet ni. Memang kena la dengan nama dia Sambal Nyet
Berapi.
Pernah baca review ada yang minta
Khairul Aming buat sambal kurang pedas. Diah pun setuju. Please buat yang
kurang pedas.
Semenjak usia semakin meningkat,
toleransi terhadap makanan pedas amat rendah. Lepas cuba, dapat Diah simpulkan
yang Sambal Nyet ni tak kena dengan selera Diah.
Bagusnya pedas sambal ni dia
cepat hilang. Bukan macam pedas makan sos Korea tu. Bila minum air sejuk terus
hilang pedas tu.
Ha itu yang bagus sambal Nyet ni.
Boleh je makan sambal ni, cuma sambal Nyet tiada ‘kick’ yang Diah suka. Bukan
tak sedap ya.
Mungkin tekak dan selera orang
lain sedap agaknya. Kalau tidak, tak kan sampai sekarang orang berebut nak beli
kan?
Khairul Aming Jadi Inspirasi Anak Muda Nak Berjaya
Untuk anda yang belum pernah cuba
sambal Nyet Berapi, pergi lah beli. Sokong anak muda yang gigih membina nama, berbangsa
Melayu dan Islam pula tu.
Cukup pakej sebagai menantu
idaman. Pandai masak pandai cari duit.
Kisah perjalanan dia bangun
kembangkan perniagaan Sambal Nyet Berapi memberi inspirasi kepada ramai orang. Personal
branding dia di media sosial pun bersih dari kontroversi.
Jadi layaklah dijadikan mentor dan
rujukan untuk anak muda yang berniaga.
Sebotol sambal seberat dijual pada
harga RM13.99. Pembelian terhad kepada 4 botol setiap pembeli. Ada kes orang
beli banyak-banyak lepas tu jual pada harga lebih mahal.
Untuk yang belum cuba, semoga
dimurahkan rezeki nak beli. Diah teringin nak rasa Acar Ikan Masin Ume Cikin,
ala TikToker yang cakap banyak senafas tu. Itu pon kena berebut juga tu.
hai Diah! sy dgn adik pun antara yg berebut jugak duk try beli sambal nyet ni tp haah kat tekak sy pun agak pedasssss hehehe
BalasPadamTak tahan sangat pedas, makan bila teringin
PadamSampai sekarang belum dapat rasa lagi huhuuhuuu...
BalasPadamBagi saya ngam tapi tulah dia letak flavouring pedas artificial, tu yg buat sakit perut tu. X best makan
BalasPadam