Review Sambal Nyet Berapi Khairul Aming

Akhirnya selepas bertahun sambal Nyet Khairul Aming ni viral, baru sekarang ada rezeki Diah nak cuba. Ya, mamat yang suka cakap “Hei, whatsapp gais” bila buat video masak tu.

Terkenal di kalangan makcik-makcik, suri rumah dan juga wanita-wanita yang suka save video masakan tapi entah bila nak buat, macam Diah.

Berjaya beli sambal Nyet secara tak sengaja, waktu dia ‘live’ dia di TikTok. Dia buat live beberapa hari sebelum puasa.

Kiranya antara batch parcel terakhir yang bakal di post kepada pembeli sebelum masuk bulan puasa. Kalau tak silap lebih seribu botol habis dijual dalam masa kurang setengah jam.

Pernah kongsi kisah kejayaan Khairulaming sebelum ni. 


Review-Sambal-Nyet-Berapi


Review Sambal Nyet Berapi Khairul Aming

Punyalah power personal branding Khairul Aming ni. Sekejap je habis terjual. Berebut orang beli. Itu pun ada yang masih tak dapat beli.

Perasaan dapat beli mestilah seronok. Walaupun tak tahu lagi rasa sambal tu macamana tapi dah bayangkan kalau kurang kena dengan selera Diah pun rasanya tidak la teruk sangat. Kot.


Review-Sambal-Nyet-Berapi-Khairul-Aming


Beli dua botol sebab geram sebelum ni nak beli dekat Shopee asyik sold out. Konon niat di hati nak makan sambal Nyet waktu sahur.

Biasa kalau makanan yang viral ni Diah agak teruja nak cuba, tapi disebabkan Sambal Nyet Berapi ni kalau nak beli kena berebut jadi kita guna konsep tunggu tak berebut.

Pujian layak diberikan kepada team postage sebab pembungkusan baik, cermat, botol tak pecah, sambal tak tumpah.

Disertakan juga kad lengkap dengan nombor telefon untuk pembeli jika ada masalah dengan pembungkusan sambal dan sebagainya.

Dari segi customer service memang terbaik. Tidaklah pembeli terkapai-kapai jika ada masalah dengan produk yang dibeli.


Sambal-Nyet-Berapi-Khairul-Aming

 

Sambal Nyet Berapi Khairul Aming – Pedas Sangat

Bila parcel sambal sampai memang teruja nak makan. Dalam fikiran terbayang kesedapan sambal dia sebab ramai gila kot beli mestilah sedap.

Oh sambal sampai waktu bulan puasa jadi Diah cuba waktu berbuka makan dengan nasi. Suapan pertama berjaya tahan lagi.

Masuk suapan seterusnya Diah minum air. Weh pedas sambal Nyet ni. Memang kena la dengan nama dia Sambal Nyet Berapi.


Sambal-Nyet-Berapi


Pernah baca review ada yang minta Khairul Aming buat sambal kurang pedas. Diah pun setuju. Please buat yang kurang pedas.

Semenjak usia semakin meningkat, toleransi terhadap makanan pedas amat rendah. Lepas cuba, dapat Diah simpulkan yang Sambal Nyet ni tak kena dengan selera Diah.

Bagusnya pedas sambal ni dia cepat hilang. Bukan macam pedas makan sos Korea tu. Bila minum air sejuk terus hilang pedas tu.

Ha itu yang bagus sambal Nyet ni. Boleh je makan sambal ni, cuma sambal Nyet tiada ‘kick’ yang Diah suka. Bukan tak sedap ya.

Mungkin tekak dan selera orang lain sedap agaknya. Kalau tidak, tak kan sampai sekarang orang berebut nak beli kan?

 

Khairul Aming Jadi Inspirasi Anak Muda Nak Berjaya

Untuk anda yang belum pernah cuba sambal Nyet Berapi, pergi lah beli. Sokong anak muda yang gigih membina nama, berbangsa Melayu dan Islam pula tu.

Cukup pakej sebagai menantu idaman. Pandai masak pandai cari duit.

Kisah perjalanan dia bangun kembangkan perniagaan Sambal Nyet Berapi memberi inspirasi kepada ramai orang. Personal branding dia di media sosial pun bersih dari kontroversi.

Jadi layaklah dijadikan mentor dan rujukan untuk anak muda yang berniaga.

Sebotol sambal seberat dijual pada harga RM13.99. Pembelian terhad kepada 4 botol setiap pembeli. Ada kes orang beli banyak-banyak lepas tu jual pada harga lebih mahal.

Untuk yang belum cuba, semoga dimurahkan rezeki nak beli. Diah teringin nak rasa Acar Ikan Masin Ume Cikin, ala TikToker yang cakap banyak senafas tu. Itu pon kena berebut juga tu.

Ulasan

  1. hai Diah! sy dgn adik pun antara yg berebut jugak duk try beli sambal nyet ni tp haah kat tekak sy pun agak pedasssss hehehe

    BalasPadam
  2. Sampai sekarang belum dapat rasa lagi huhuuhuuu...

    BalasPadam
  3. Bagi saya ngam tapi tulah dia letak flavouring pedas artificial, tu yg buat sakit perut tu. X best makan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.