Sekiranya anda mencari tempat berbuka puasa yang menarik di Kuala Lumpur dengan pemandangan yang memukau, restoran Smoked Kingdom By Don Daniyal adalah tempatnya.
Bukan sahaja menghidangkan
pelbagai hidangan yang enak dan lazat, anda juga boleh menikmati pemandangan
matahari terbenam bersama yang tersayang sewaktu berbuka.
Baru-baru ini Diah berkesempatan menghadiri
majlis pelancaran buffet Al Mubarak Smoked Kingdom By Don Daniyal bertempat di
118 Skydining, Wangsamaju.
Buffet Ramadan Smoked Kingdom Skydining By Don Daniyal
Sempena Bulan puasa yang bakal
tiba, Smoked Kingdom By Don Daniyal melancarkan Buffet Al Mubarak yang akan
berlangsung di sepanjang Bulan Ramadan.
Buffet bermula pada 24 Mac
sehingga 19 April 2023, dari jam 6.30 petang sehingga 9.00 malam (ala carte
bermula pada pukul 8 malam) sepanjang bulan Ramadan.
Smoked Kingdom By Don Daniyal
merupakan Restoran milik bersama Penceramah selebriti terkenal Malaysia, Ustaz
Don Daniyal Don Biyajid bersama dua rakan niaga iaitu Muhammad Hilmi hayat &
Muhammad Zaki Yusof.
Restoran Smoked Kingdom By Don
Daniyal yang terletak di Wangsamaju ini adalah merupakan salah satu daripada tiga
cawangan di sekitar Malaysia. Konsep buffet di setiap outlet adalah berbeza. Jadi
tak salah kalau nak mencuba di ketiga-tiganya.
- Ayer 8, Putrajaya
- Vista Alam, Shah Alam
- 118 Skydining, Wangsa Maju
Kali ini mereka mengetengahkan
makanan dengan tema ‘Moroccon Style’ yang mana menggunakan rempah ratus
terkenal Morocco dalam masakan.
Antara menu kena cuba sekiranya
anda berpeluang untuk ke sini adalah seperti Kambing Bakar, Kurma Daging, Ayam
Bawang, Gulai Ikan Bendi, Sambal Sotong, Sup Ayam Berempah, Bubur Lambuk dan
banyak lagi juadah berbuka puasa yang sedap.
Khas di bulan puasa nanti akan
disediakan photo booth untuk pelanggan bergambar dan jika bertuah boleh berbuka
puasa bersama-sama dengan Ustaz Don Daniyal.
Harga Early Bird (1 Mac - 22 Mac 2023) Discount 10% off
Dewasa - RM99++
Kanak-kanak - RM69++
Warga emas & OKU - Discount 30% off
(Harga sebelum tax)
RSVP for booking: 013-8980839
Psst : Nak booking untuk kumpulan besar? Ada special rate dan boleh bayar ansuran 3 bulan tau!
Makan Buffet Ramadan, Peluang Memenangi Emas & Motor
Makan buffet ramadan boleh menang
Emas & Motor? Ya memang betul! Hanya di Smoked Kingdom By Don Daniyal,
pelanggan berpeluang untuk menang emas dan motor sebagai hadiah utama.
Istimewa Ramadan kali ini, Smoked
Kingdom ingin berkongsi rezeki dengan pelanggan Buffet Al Mubarak & berpeluang
memenangi hadiah bernilai lebih RM10,000‼️
Dengan setiap pembelian buffet,
anda layak untuk mengambil bahagian di dalam peraduan ini. Pilih saja mana-mana
outlet yang anda suka.
1 x Motosikal (Hadiah Utama)
1 x Emas bernilai RM3,000 (Early
Bird)
6 x Wang Tunai RM250 (Hadiah
Mingguan)
Sambutan Hari Wanita
Majlis pada hari itu juga
meraikan Sambutan Hari Wanita 2023, dan sebagai tanda terima kasih dan penghargaan,
mereka telah menjemput Persatuan Wanita & Ibu Tunggal Kuala Lumpur &
Selangor (WITUS) serta wakil dari Yayasan Orang Buta Malaysia (YOBM) untuk
memeriahkan majlis.
“Sesungguhnya kedudukan wanita sentiasa
dimuliakan Nabi dan juga para sahabat. Islam juga menganjurkan cara menjaga kasih
sayang sesama makhluk iaitu dengan memberi salam serta memberi makan – Ustaz Don”
Majlis turut dimeriahkan lagi
dengan kehadiran Penceramah selebriti terkenal Malaysia, Ustaz Don Daniyal,
tetamu VIP – Imam Muda Megat Mohd Zaid bin Megat Azamudin serta pelakon Irma
Hasmie.
Jika anda suka dengan makanan
citarasa Kampung, western dan juga Asian, pastikan anda tidak terlepas mencuba
makanan di sini.
Jangan lupa juga ajak keluarga
dan kawan supaya lebih tinggi peluang untuk menang motor dan emas. Kena ingat tau,
yang slot adalah terhad setiap hari. Tempah
sekarang & mungkin awak pelanggan bertuah yang mereka cari!
Nampakkk menarik menu
BalasPadam