Kalau tak silap ini kali kedua Diah makan di Go’Bang Maju Tol Patin Tempoyak yang terletak di Temerloh.
Kali pertama adalah ketika
restoran Go’Bang Maju Tol Patin Tempoyak masih beroperasi di lokasi lama
bersebelahan stesen minyak, berdepan dengan lampu isyarat menuju bandar
Temerloh.
Selama ni kalau balik kampung
memang restoran ni sentiasa penuh dengan pelanggan ‘abang motor’ yang suka
berkonvoi ke Pantai Timur.
Jadi tempat persinggahan mereka
untuk isi perut dan berehat sebelum teruskan perjalanan. Kalau di tapak lama
memang sedikit sengsara sebab berhimpit. Tempat dia sempit.
Makan Tengah Hari Di Temerloh – Go’Bang Maju Tol Patin Tempoyak
Tapi tak perlu risau sebab lokasi
baru Go’Bang Maju Tol Patin Tempoyak lebih luas, parking pun banyak. Memang selesa
lah.
Kebetulan balik bercuti tempoh
hari bersama adik, jadi guna kesempatan untuk mencuba masakan restoran Go’Bang
Maju Tol Patin Tempoyak.
Ni masa kami nak balik dah adik pick up depan pintu kedai. Baru sempat ambil gambar.
Suka dengan konsep restoran layan
diri yang diperkenalkan oleh Go’Bang Maju. Nama kedai pun Tol, jadi hiasan
dalaman pun seakan menyerupai tol di lebuhraya.
Pelanggan perlu tolak troli dan guna
dulang yang sediakan kemudian boleh ikut laluan khas untuk pilih makanan.
Seakan-akan konsep layan diri di
restoran IKEA. Bezanya di restoran Go’Bang Maju Tol Patin Tempoyak disediakan
kaunter bayaran menyerupai tol di lebuhraya.
Ada Tol Gombak, Tol Bentong dan
juga Tol Karak. Korang akan lalu semua tol ni kalau datang dari arah Kuala
Lumpur.
Selesai buat bayaran boleh pilih
meja nak duduk dekat mana. Rasa tenang sebab tempat dia tertutup dan kedai
pasang rumput tiruan untuk keselesaan pelanggan.
Comel je. Anak-anak teruja nak tolak troli lalu di tol. Ibu bapa pula teruja nak pilih lauk pauk masakan kampung.
Menu Makanan Makan Tengah Hari Go’Bang Maju Tol Patin Tempoyak
Dari segi menu, pilihan yang ada seperti Gulai Patin Tempoyak, Pais Patin tempoyak, Talapia Bakar, masak lemak pucuk ubi, ayam sambal, sup kaki ayam, Asam pedas.
Ada juga kari Ikan Pari, Masak Lemak Daging Salai, Masak Lemak Itik Salai, Udang Galah dan pelbagai menu berasaskan ikan sungai.
Dekat sini menu istimewa yang ada
Diah rasa agak menarik nak cuba seperti Mee Udang Lubuk Buaya, Laksa Asam
Udang, Laksa Lemak Udang, Mi Kari Udang dan Mi Udang.
Harga Patin Tempoyak untuk bahagian kepala, badan dan ekor dijual pada harga RM15.90 setiap mangkuk. Minta je pada pelayan tu nanti dia akan letak dalam mangkuk.
Ada juga ulam-ulaman dan sambal
tempoyak. Teringat masak Ikan Patin Tempoyak satu kuali besar untuk tetamu yang
datang.
Dah kenyang makan nasi boleh juga
cuba aneka manisan yang ada seperti Cendol Gobang Tol, aneka Cheese cake,
Puding Raja, dan kuih tradisional orang Pahang iaitu Kuih Pena, Kuih Dodol
Kukus, Kuih Koleh kacang dan Kuih Badak Berendam.
Senang kedai dah pack kan kuih
dalam bekas. Empat ketul dijual pada harga RM16.95. memang rambang mata.
Emak suka manisan Puding Raja, jadi
belikan emak sebelum teruskan perjalanan. Dari segi harga tidak terlalu mahal
walaupun menjadi tumpuan ramai.
Tahniah restoran Go’Bang Maju Tol Patin Tempoyak sebab mengutamakan keselesaan pelanggan. Tandas bersih, surau disediakan, sinki tempat basuh tangan pun banyak.
Alang-alang dah sampai boleh berjalan ke Taman Tema Air di Jengka atau boleh tengok binatang di Petting Zoo - Rabitland Jengka
Pengalaman Makan Di Go’Bang Maju Tol Patin Tempoyak
Korang kena datang dan alami
sendiri pengalaman makan di Go’Bang Maju Tol Patin Tempoyak. Agak tak sesuai
untuk Diah komen tentang rasa Patin Tempoyak sebab cara memasak Patin Tempoyak
sedikit lain dari cara emak selalu masak.
Lagipun lidah pun berbeza. Ikut
tekak juga sebenarnya. Apa pun kalau nak makan Ikan Patin yang tak bau tanah,
isi lembut dan fresh hanya boleh jumpa di Temerloh sahaja.
Selamat untuk beli kalau ikan
Patin tu dari Sungai Pahang. Diah dah pernah terkena beli Ikan Patin di PasarTani Taman Melawati.
Ikan tu ada bau tanah. Walaupun
dah basuh tapi masih hanyir bau tanah kuat sangat. Sudahnya memang buang je.
Ada ke yang pernah makan di Go’Bang
Maju Tol Patin Tempoyak di Temerloh? Kalau ada cuba komen menu apa paling sedap
sekali?
unik tul susun atur dalaman restoran ni.. makanan pun sedap kan?
BalasPadamsedapnya patin Temerloh, lama kak ana tak ke sana cari patin sekitar KL ni je lately ni Diah, eh kak ana baru follow Diah kat sini huhu :)
BalasPadammenarik betul restoran ni. menu Laksa Lemak Udang macam unik je, rasa teringin pulak nak cuba hehe
BalasPadam