Kalau Diah diberi peluang untuk beri nasihat kepada diri sendiri waktu umur mencecah 30 an satu perkara yang Diah akan ingatkan diri supaya fokus kepada diri sendiri dan jangan asyik pandang hidup orang lain.
Perasan juga semakin lanjut umur
semakin tinggi perasaan insecure dan kita keep comparing ourself dengan rakan
sebaya, adik beradik. Pendek kata orang sekeliling.
Bahaya ya overthinking ni. Ingat ya, overthinking boleh rosakkan hidup anda.
Lagi teruk kita banyak habiskan
masa di media sosial. As we know medsoc ni dunia tipu-tipu. Orang akan kongsi
perkara-perkara indah sahaja.
Kita pula mudah terperangkap
dengan cerita indah. Bukan tiada perkara pahit tapi orang lebih selesa untuk
simpan sendiri.
Fokus Pada Diri Sendiri Bukan Hidup Orang
Macam diri sendiri juga lah. Nak berkongsi
kepayahan, jerit perih dan kelemahan diri sendiri tu kita akan fikir banyak
kali.
Lama juga tabiat buruk, ‘fokus
pada hidup hidup orang” melekat dalam diri. Semestinya beri kesan buruk sebab
almost every day dia akan sedut positity dalam diri.
Selain tu banyak tenaga
dihabiskan sebab ianya melibatkan emosi. Mental health lebih tepat. Jadi memang
kena jaga.
Awalnya memang tak perasan, tapi
lama kelamaan hidup jadi sedih, sendu dan rasa kosong. Tak rasa apa pun payah
juga.
Mari Diah beri contoh perbuatan
fokus pada hidup orang lain. Ini dari sudut pandangan peribadi Diah. Lain orang
lain pendapat ya.
Setiap hari kita tengok life yang
kawan-kawan dalam circle kita kongsikan. Tak kisah dekat mana sekalipun. Kalau
secara maya di Facebook, Twitter, Instagram, TikTok, portal hiburan dan banyak
lagilah.
Untuk yang bekerja, semestinya
kawan-kawan di pejabat bercerita tentang kehidupan mereka. Sedikit sebanyak
kita akan terkesan sebab kita mula membandingkan.
Jangan Fokus Pada Hidup Orang Lain
Diri cenderung untuk berfikir, “alangkah seronoknya hidup dia, kalau lah aku..” atau kita secara tak sengaja tolong fikirkan masalah yang kawan kita hadapi.
Walhal diri sendiri tiada kaitan pun. Selalu sangat nampak yang indah-indah dalam hidup orang padahal orang tu tak tunjuk pun kepayahan dia.
Kalau dalam jangka panjang tabiat ‘sibuk’ fikirkan kelebihan orang lain akan timbulkan rasa tidak bersyukur dalam diri. Sedihnya menjadi hamba yang tidak gembira dengan pemberian Tuhan.
Bahaya betul bila kita cepat fokus pada hidup orang lain. Kadang-kadang kita tak perasan pun kita tak sengaja fokus lebih pada hidup orang.
Pengalaman berkawan sewaktu bekerja dahulu. Diah dikenali kawan-kawan dengan orang yang selalu “di hadapan”. Semua perkara Diah kena ambil tahu disebabkan tuntutan kerja.
Sikap Ambil Tahu Semua Perkara
Sikap kena tahu semua benda
walaupun tak tahu keseluruhan topik pun dah mencukupi waktu tu. Terbawa-bawa
sifat tu dalam kehidupan peribadi.
Pernah kawan-kawan label Diah
sebagai wartawan, sebab bila berborak semua perkara yang mereka bincangkan Diah
tahu.
8 Ciri-Ciri Anda Seorang Perfectionist
Sama ada Diah pernah alami
sendiri, pernah baca di portal, baca di surat khabar mahupun dengar pengalaman
hidup orang lain.
Awalnya bila kawan label diri ni
wartawan rasa macam biasa je tapi lama kelamaan perkataan tu buat Diah terluka
dalam diam.
Adakah dia nak cakap Diah ni
kepochi atau mulut tempayan atau sibuk tepi kain orang semua benda nak borak
dan beri pendapat.
Kena ingat, hidup dalam dunia ni bukan semua orang akan suka kita. Itu normal. Pergi kepada mereka yang terima kita.
Ya bila berada dengan kawan-kawan
rapat Diah akan jadi sangat ramah, suka buat lawak dan sebab rasa selesa Diah mudah terkeluar track perangai tu.
Tapi begitulah hidup. Bukan semua
orang akan suka dan selesa dengan kita. Lesson learn. Secara peribadi bagus
sangat kalau kita cakna tentang isu semasa tapi kita kena pandai kawal dan
gunakan maklumat kita tahu sebaiknya.
Kesimpulan
Latih diri supaya fokus pada diri
sendiri bukan hidup orang. Ianya kemahiran yang setiap orang perlu kuasai dalam
hidup. Sibukkan diri dengan fikir tentang diri sendiri. Put your life as
priority not others.
setuju 200%. Sebenarnya tak boleh bandingkan diri kita dgn org yg lebih dari kita. bandingkan dgn org yg kurang dari kita barulah kita jadi lebih bersyukur
BalasPadamDulu masa muda ammi pun suka je bandingkan diri dengan org lain...
BalasPadamkenapa dia bercuti luar negara setahun 2x...ammi nak cuti dalam negeri pun belum tentu lepas.
kenapa kawan ni boleh pakai kereta besar...ammi kereta yg asal boleh.
lama-lama ammi macam...its ok. Allah dah tetapkan rezeki dan jalan masing2. redha dan bersyukur...sekurang2nya Allah tak bagi rezeki berjalan-jalan keliling dunia tapi Allah rezekikan suami yg sangat memahami