Jika diikutkan Diah memang kurang berminat bercuti ke Taman Tema Air. Lebih berminat explore Safari, Zoo dan tempat yang tak melibatkan air.
Tak suka nak penatkan diri
bersihkan diri, berhimpit dengan ramai orang di bilik persalinan. Selain tu,
Diah tak pandai berenang dan Diah gayat nak cuba segala jenis gelongsor /
permainan yang ada.
Pendek kata Diah sejenis manusia
yang tak mencabar. Sadis bukan. Waktu belajar dulu pun berani naik Roller
coaster je ya.
Kadang-kadang kasihan bila
anak-anak request nak pergi taman tema air dan memang kena tunggu sepupu-sepupu
lain pergi baru ikut sekali.
Baru berbaloi dan meriah. Sebab tu kami tak pernah ke Sunway Lagoon. Tapi pernah bawa anak-anak mandi di A’FamosaResort, Bangi Wonderland Theme Park & Resort dan Bukit Gambang Resort City kira okay lah kan.
Tempat Menarik Di Jengka - Taman Tema Air Jengka Wonderland
Cuti sekolah kali ni kami
akhirnya sekali lagi tunaikan permintaan anak-anak ke Taman tema Air yang
terletak di Negeri Pahang iaitu Jengka Wonderland.
Dah alang-alang sampai Bandar
Jengka kena la pastikan ianya berbaloi.
Selepas penat bergambar dan tengok binatang di Mini Zoo Rabbitland kami teruskan perjalanan ke sejukkan badan di Jengka Wonderland pula.
Anak-anak paling teruja. Antara tempat menarik di Jengka yang korang wajib singgah semestinya Jengka Wonderland.
Kalau bercuti di kawasan berhampiran, ada lagi satu pilihan taman tema air yang terletak di Temerloh iaitu Mini Waterpark Kubang Gajah.
Jengka Wonderland lebih besar kawasan dia. itu menurut emak Diah yang pernah pergi sebelum ini. Lokasi Mini Waterpark Kubang Gajah lebih dekat dengan rumah emak.
Harga Tiket & Waktu Operasi Jengka Wonderland
Harga tiket Jengka Wonderland
- Dewasa: RM 18.00
- Kanak kanak: RM 15.00
- OKU/W.emas: RM 10.00
Kami sampai agak lewat. Memandangkan
Jengka Wonderland ditutup pada pukul 7.30 malam jadi masih ada lebih kurang
empat jam untuk kami berseronok.
Hari biasa dibuka pada jam 10.30
pagi sehingga 7.30 malam, manakala pada hari cuti umum, cuti sekolah, Sabtu dan
Ahad dibuka lebih awal iaitu jam 9.00pagi.
Sebelum tu kami cari kedai makan
tapi malangnya tak banyak kedai yang buka. Mungkin kami tak tahu tempat
sepatutnya perlu pergi.
Sebelum tu boleh singgah makan dekat Temerloh - Go’Bang Maju Tol Patin Tempoyak
Selesai beli tiket masing-masing dah tak sabar nak mandi. Macam biasa bagi peluang anak-anak dan suami mandi terlebih dahulu.
Review Jengka Wonderland
Kali ni Diah bercuti bersama
emak, kakak dan anak-anak buah di kampung. Cukup meriahkan suasana. Kami ambil
giliran solat dan tukar baju.
Orang pun tak ramai jadi selesa
sangat. Meja kerusi banyak disediakan di sepanjang kolam dan kemudahan di sini
lengkap.
Tandas bersih dan terjaga, ada
lokar untuk simpan barang-barang penting, surau bersih dan selesa, kedai
menjual pakaian renang & barang-barang berkaitan serta hanya sebuah kedai
makan dibuka.
Kira okaylah dengan bilangan
pengunjung yang datang. Kalau datang ke sini jangan bandingkan dengan Taman
Tema Air dekat tempat lain ya.
Bagi Diah berbaloi dengan harga
yang dibayar. Taman Tema Air mesra poket macam tu konsep dia. Lagi pun tempat
dia terjaga, air jernih, kemudahan pun dalam keadaan baik.
Waktu kami mandi manda tu nampaklah
petugas, penyelamat yang perhatikan pengunjung dekat kolam. Malang tidak berbau
kan jadi kenalah senantiasa bersedia.
Maaf sangat-sangat Diah tak banyak ambil gambar dekat dalam sebab simpan telefon bimbit dalam loker jadi Diah ambil gambar dari FB Jengka Wonderland.
Kesimpulan
Secara keseluruhan anak-anak
memang seronok bercuti di Jengka Wonderland. Pilihan yang bijak untuk datang ke
sini dan inshaAllah ada rezeki boleh datang lagi di masa hadapan.
seronok mmg pegi tpt2 cam ni dgn anak2. dulu2 rajin gak. ni kita pun dah berumur dah tak rajin dah.
BalasPadambaru tahu di Jengka ada taman tema air. Boleh pergi la nanti... dulu pernah ke Gambang je...
BalasPadamEh murahlah harganya. Anak anak memang suka pergi tempat macam ni. Nanti cuti sekolah boleh plan bawa anak anak kat sini
BalasPadam