Hari tu tunaikan permintaan anak-anak nak tengok wayang cerita Mechamato. Diah pun semangat nak tengok memandangkan banyak review bagus tentang movie ni.
Setelah sekian lama tak masuk
panggung wayang, akhirnya tertunai juga. Ini pengalaman pertama Airis (si
bongsu) tengok wayang.
Dia sangat teruja dan tak
henti-henti mengomel cakap seronok. Suka sebab dapat tengok cerita dekat TV
besar katanya.
Review Mechamato Movie Memang Syok Habis
Alhamdulillah memang tak menyesal
pilihan kami nak tengok Mechamato. Walaupun Diah tak pernah tengok siri Mechamato
di Netflix tetap faham jalan cerita dia.
Kami hanya tahu Amato tu ayah BoBoiBoy.
Kami satu keluarga peminat BoBoiBoy. Kalau BoBoiBoy hebat, ayah dia mesti lagi
handal kan?
Suami dah mohon cuti awal lagi
untuk bawa anak-anak berjalan. Memang kami elak nak tengok pada hari minggu,
ditambah cuti sekolah lagi penuh panggung.
Beli Tiket Wayang GSC Secara Online
Diah beli tiket awal, secara
online di aplikasi GSC. Kami pilih GSC Melawati Mall sebab agak dekat dengan
rumah.
Kebetulan waktu tayangan pada
hari Rabu hanya ada dua sahaja iaitu 10.30 pagi dan 1 petang macam tu. Mungkin
di GSC lain banyak agaknya pilihan.
Kami pilih waktu tayangan paling
awal sebab sebelah petang tu nak buat aktiviti lain pula. Okay sangat sebab
cerita Mechamato ambil masa lebih kurang dua jam.
Alang-alang tu beli juga air dan popcorn (Family e-Combo B) buat kunyah-kunyah masa tengok wayang.
Jadi sampai je terus ke kaunter untuk redeem. Dapat dua air mineral, dua Ice Lemon Tea, dua popcorn, satu nugget dan satu cocktail sausage.
Kenyang sangat, dah la waktu tu
baru je lepas breakfast. Harga combo tu RM30.40. Not bad la. Tiket wayang RM9
(kanak-kanak) & RM12 (dewasa).
Dikenakan member Service dan booking
Fees jadi harga keseluruhan perlu dibayar ialah RM85.50 untuk lima orang.
Fuh semua duit sekarang kan? Sekali
sekala okay lah kita layankan.
Review Mechamato Movie
Review ini merupakan dari sudut
pandangan Diah sahaja ya. Nak komen dari sudut teknikal dan kualiti bukanlah
kepakaran Diah. Boleh cari review teknikal di Google/Facebook.
Boleh kami simpulkan cerita
Mechamato bukan cerita kosong. Banyak nilai sejarah cuba diketengahkan. Bangga bila
nama tempat bersejarah, khazanah negara ditonjolkan dengan baik.
Dalam ni ada silat, tanjak, Beca,
Bandar Hilir, teknologi Sains yang canggih serta banyak lagi diperkenalkan dengan
baik kepada target audience movie Mechamato iaitu kanak-kanak.
Lebih membanggakan Mechamato menang award dekat Jepun. Animasi pertama bukan keluaran Jepun yang berjaya mendapat #1 - Anime Fan Award di Tokyo.
Sebagai ibu bapa, kami sokong
agar lebih banyak cerita macam ni ditayangkan. Lagi banyak cerita berkait
sejarah lagi mudah nak pupuk semangat sayangkan negara dalam jiwa anak-anak.
Kelakar dan comel perkenalan
Amato dengan MechaBot. MechaBot ni ialah Power Sphera dengan kuasa Mechanize. Banyak
dialog pendek dan boleh tahan kelakar.
Selain Mechamato (gabungan
MechaBot dan Amato) satu lagi watak Hero ialah Maskmana. Tak sangka ada kejutan
untuk Maskmana.
Kisah dia berkisar kepada musuh
mereka, Grakakus yang nak tangkap MechaBot. Jadi perbalahan dan bahayakan bumi.
Jadi Maskmana masuk campur.
Banyak adegan mencuit hati serta
menyentuh perasaan. Bila tanya Ikhwan, dia kata babak buat dia terharu adalah
ketika MechaBot dan Amato perlu dipisahkan.
Hampir gugur air mata jantan dia.
Dua jam tu terisi dengan baik. Anak-anak pun enjoy dan behave jadi boleh lah
rancang tengok cerita lain pula.
Lepas habis tengok wayang suami
ajak main Bowling. Bagai orang mengantuk disarungkan bantal semestinya Diah
ikutkan saja.
Lama betul tak pegang bola
bowling. Skill pon dah berkarat. Baru tahu rupanya sistem bowling dah berubah
ya.
Oh kami main bowling di Wangsa
Bowl, Wangsa Walk Mall. Sekarang dah tiada sistem bayaran ikut pusingan tapi
bayar ikut tempoh (jam) kita bermain.
Ada dua pilihan iaitu main non-stop
selama setengah jam atau satu jam. Sewa kasut masih RM3 caj untuk satu jam ialah
RM30. Harga ni adalah harga weekday cuti sekolah.
Jadi kalau nak maksimakan setiap
minit kena la baling laju-laju supaya boleh main banyak kali pusingan. Kami
sempat habiskan dua setengah pusingan.
Jadilah buat rasa-rasa lepas gian
nak baling bola. Prestasi masih terkawal tak banyak bola masuk longkang. Target
kali ni nak improve cara balingan. Apa pun kami enjoy sebab dapat habiskan masa
sama-sama.
Aktiviti kami hari tu tamat bila
masing-masing dah habis tenaga. Hari kami dihabiskan dengan bermakna dan
berkualiti.
Maka, nikmat Tuhan kami yang
manakah yang kami hendak dustakan. Mana yang belum tengok cerita Mechamato
pergi lah sokong karya tempatan kita. Selamat menonton.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.