Masjid Terapung Di Melaka – Melawat Masjid Selat

Diah pernah kongsi dengan suami, impian Diah adalah nak bawa anak-anak singgah dan ziarah Masjid utama di setiap negeri yang ada dalam Malaysia.

Kiranya macam sambil bercuti pusing satu Malaysia sambil tu boleh tick masjid yang kami dah pergi. Dapat lawat dan lakukan solat sunat pun rasa bersyukur sangat.


Masjid-Selat-melaka


Sehingga hari ini impian tu masih belum terkubur dan harapnya tercapai sebelum kami masing-masing dah tiada di atas muka bumi Tuhan.

Artikel kali ini Diah nak kongsikan pengalaman kami sekeluarga melawat Masjid Selat yang terletak di Negeri Melaka.

Lebih istimewa Diah bawa emak datang bercuti ke Melaka. Nak cipta kenangan banyak-banyak dengan emak selagi boleh. 

Alang-alang tu adik bongsu dan anak saudara pun ikut sekali. 


Tarikan-Masjid-Selat



Masjid Terapung Di Melaka – Melawat Masjid Selat

Sumpah impress bila jejakkan kaki di masjid ni. Reka bentuk dan hiasan masjid memang cantik. Paling utama masjid Selat sangat menenangkan.  

Pembinaan Masjid Selat merupakan idea asal oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang mendapat ilham ketika menyertai lawatan ke Jeddah satu ketika dahulu.

Dari segi binaan, masjid berkenaan begitu mirip sebuah masjid terapung yang terdapat di bandar Jeddah, Arab Saudi. Sumber Tourism Melaka

Apa yang menariknya ialah Masjid ni terapung di atas air laut dan pemandangan dia memang sangat cantik. Tenang sangat nampak laut yang terbentang luas depan mata.

Pertama kali jejakkan kaki ke Masjid Selat memang Diah jatuh cinta dengan kawasan persekitaran masjid yang terjaga rapi.



Tarikan-Masjid-Selat


Bila masuk dalam kawasan masjid yang luas tu rasa tenang sangat. Susah nak gambarkan keadaan tu. Dalam masjid juga diletakkan informasi sejarah berkaitan manusia & agama Islam.

Disediakan juga tempat berehat, boleh minum air dan berehat hilangkan penat. Ada kawasan kecil disediakan rak buku dan kerusi.

Seperti mana-mana masjid di Malaysia, Masjid Selat menerima tetamu tak kira agama, bangsa mahupun jantina dengan syarat berpakaian sopan dan berkelakuan senonoh.



reka-bentuk-masjid-selat



Waktu kami sampai sekitar 10 pagi dan dah ramai pengunjung memenuhi kawasan masjid. Ada bangsa Cina, India dan tak kurang juga pengunjung dari luar negara.

Masing-masing tak lepaskan peluang untuk bergambar. Ada yang cadangkan untuk datang pada waktu petang untuk tengok matahari terbenam. Memang cantik.


masjid-selat-masjid-terapung



Lokasi Masjid Selat, Masjid Terapung Melaka

Lokasi masjid Selat ni strategik, hanya ambil lebih kurang lima minit untuk ke Pusat Bandar Melaka, Ayer keroh dan dekat juga dengan Batu Berendam.

Dah sampai Bandar melaka boleh singgah makan di Waronk Avenue tempat tumpuan mereka yang datang Melaka. 

Percutian kali ni kami check in di Hotel berhampiran iaitu Hotel Riviera Suites Melaka yang terletak sejauh 9 minit berjalan kaki dari Masjid Selat Melaka. 

Sebelum ni kami pernah menginap di The Straits Hotel And Suites Melaka. Alang-alang dah sampai, suami dan anak tidak melepaskan peluang menunaikan solat sunat di sini.



solat-sunat-masjid-selat

Masjid dibuka kepada orang ramai bermula waktu Solat subuh sehingga lewat malam.

Waktu kami melawat kawasan sekitar sempat bertegur sapa dengan pekerja masjid yang sedang bertugas. Memang ramah orangnya.

Katanya, ramai orang berebut untuk solat terutama pada hari Jumaat. Masjid ini juga jadi tumpuan pelancong kerana keindahan alam semulajadi di kawasan sekitar.


melawat-masjid-selat


Petugas juga beri amaran supaya tidak turun ke pantai kerana dikhuatiri ada ular berbisa. Walaupun ada papan tanda larangan tapi ada saja pengunjung yang tak endahkan amaran bahaya tersebut.

Jadi kalau korang datang kesini, sila patuhi arahan ya. Risiko atas tanggungjawab masing-masing. Jom bawa anak-anak datang Masjid Selat.

Melaka Straits Mosque, 

Jalan Pulau Melaka 8, 75000 Malacca

Ulasan

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.