Masih lagi dalam mood merayakan Tahun Baru Cina. Huat-ah! Kalau ikut kalendar Cina, tahun 2023 merupakan Tahun Arnab.
Sempena meraikan ketibaan Tahun Arnab dengan penuh keriangan, The Chicken Rice Shop (TCRS) telah memperkenalkan menu terbaharu mereka, iaitu Ayam Hot-Ah.
Ayam Hot-Ah, Menu Tahun Baru Cina, The Chicken Rice Shop
Menu Ayam Hot-Ah dipilih kerana melambangkan kehangatan
perayaan Tahun Baru Cina dengan limpahan perisa dan kelazatan yang memukau.
Pastinya memikat citarasa rakyat Malaysia untuk
menjamu selera bersama rakan dan keluarga, sesuai pada musim perayaan.
Untuk korang yang nak cuba, masih sempat lagi
sebab menu limited edition dari TCRS ni tersedia sehingga 28 Februari 2023 tau.
Diah sendiri dah rasa & rasa pedas dia bukanlah di tahap maksima jadi sesuai untuk semua kalau nak cuba.
Apa yang anda akan dapat jika pesan menu Ayam Hot-Ah?
TCRS sediakan tiga set berbeza untuk dipilih sama
ada anda ingin menikmati hidangan baharu ini bersendirian atau mahu berkongsi
bersama yang tersayang.
Dalam menu Ayam Hot-Ah, anda akan dihidangkan
dengan ayam yang disempurnakan dengan adunan lazat kuah berperisa pedas, dan
digandingkan dengan tauhu goreng yang ditaburi daun bawang.
Menurut Wong Kah Yong, Ketua Pegawai
Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd berkongsi bahawa dalam hampir setiap budaya,
makanan yang berbeza mempunyai maksud simbolik yang berbeza.
Sebagai contoh, dalam isi rumah
kaum Cina, ayam sering dikaitkan dengan kemakmuran dan tuah, oleh itu, hidangan
ayam biasa disediakan untuk jamuan makan besar Tahun Baru Cina.
“Selain daripada menyambut
ketibaan tahun baharu dengan penuh kegembiraan, TCRS juga ingin mewujudkan
ruang di mana anda boleh berinteraksi dengan rakan dan ahli keluarga yang
jarang anda temui sambil menikmati setiap suapan hidangan kami.
Kah Yong yakin pelanggan pasti terpukau dengan kenikmatan hidangan pedas ini dan TCRS sentiasa bersedia untuk memenuhi keperluan berbeza setiap pelanggan mereka.
Cabaran Ayam Hot-Ah The Chicken Rice Shop Untuk Tahun Baru Cina
Sebagaimana frasa Yam Seng sering
digunakan oleh pelbagai kaum untuk memeriahkan lagi majlis, kami mendatangkan
sesuatu yang berbeza dengan frasa “Hot-Ah” yang berteraskan nilai yang sama,
iaitu nilai kepelbagaian.
Untuk meningkatkan lagi keriangan
perayaan tahun baru, TCRS mengajak para pelanggan mereka untuk mengambil
bahagian dalam cabaran ‘Ayam Hot-Ah’.
Cara dia mudah je. Peserta harus merekodkan
jeritan “Hot-Ah” yang terpanjang dengan cara yang paling kreatif.
Kemudian ikut arahan seperti gambar di bawah. Sertai sekarang dan berpeluang memenangi baucar sedapZ TCRS!
Untuk maklumat lanjut mengenai menu Ayam Hot-Ah dan Cabaran Ayam Hot-Ah, sila layari www.thechickenriceshop.com atau laman Facebook TCRS
Nampak sedap. Kena cuba ni menu baru di TCRS
BalasPadamNampak sedap dan menyelerakan menu nie... Nanti bolehlah cuba..
BalasPadammacam sedap aje menu Ayam Hot-Ah tu
BalasPadam