Selepas sekolah kembali dibuka awal tahun hari tu dapat mesej dari cikgu tentang birthday celebration yang bakal cikgu buat.
Sambutan majlis hari jadi khas
untuk anak-anak kelas Pra Sekolah (kelas orkid). Nak raikan murid yang lahir
dari bulan Januari hingga bulan Disember.
Macam biasa cikgu akan ingatkan supaya semua murid dapat hadir dan amat mengalu-alukan sumbangan makanan seperti kek, snek, goodies bag, buah.
Birthday Celebration Sekolah Rendah Anak
Tak lain tak bukan adalah untuk memeriahkan lagi majlis. Tapi cikgu tak paksa untuk sumbang makanan berat, sebab selalunya menu utama cikgu kelas akan uruskan.
Terpulang ikut kemurahan hati ibu bapa. Tahun ni istimewa sikit sebab Diah secara tak sengaja terlibat siapkan kelas untuk jamuan.
Waktu hantar goodies ke kelas Raudah sempat Diah tolong cikgu hiaskan stage. Cikgu nak buat tapi tak sempat sibuk uruskan nak susun kelas.
Skill menghias pun dah berkarat jadi guna saja barang yang ada. Okay lah dari tiada apa-apa.
Entah kali ke berapa (lost count)
majlis sambutan di buat sebab rasa macam banyak kali sangat majlis yang sekolah
buat.
Sebenarnya majlis sambutan hari
lahir di sekolah memang kerap sekolah anjurkan. Itu situasi di sekolah tempat
anak-anak Diah belajar. Sekolah lain tidak pasti ya.
Cikgu sendiri akan selit aktiviti
sambutan bersama aktiviti lain. Contohnya waktu sambutan Hari Kanak-Kanak yang
lepas ada sesi potong kek dan pemberian hadiah sempena hari jadi.
Berbalik kepada cerita birthday
celebration, seperti biasa Raudah akan teruja bercerita tentang ‘plan’ yang
cikgu kelas dia akan buat.
Apa yang berlaku biasanya cikgu
akan berikan sedikit sebanyak gambaran apa bakal berlaku dalam majlis dan ada
sesi soal siasat apa Ibu bapa nak sumbang pada majlis berkenaan.
Sumbangan Makanan Untuk Birthday Anak Di Sekolah
Dalam group whatsapp cikgu
bersama ibu bapa pun akan bincang dan masing-masing akan beritahu makanan apa
yang bakal di sumbangkan.
Murah rezeki anak-anak dengan
makanan. Paling banyak yang disumbangkan ialah dessert (manisan) seperti kek, donut,
creampuff, brownies dan puding.
Ada juga yang sediakan sandwhich, buah-buahan, air kotak, dan goodies bag. Setiap kali ada sambutan setiap kali itulah kami akan berhempas pulas perah idea.
Paling senang tanya je Raudah nak bawa apa ke sekolah dan jadi susah bila dia request perkara luar kemampuan kami contohnya sediakan makanan yang Diah tak pandai buat.
Anak-anak kan dia bukan fikir apa pun, apa yang terlintas di fikiran itulah yang dia sebut. Raudah minta Diah buatkan kek coklat kukus yang dia suka.
Tapi, memandangkan ramai sangat ibu bapa sumbangkan kek jadi kami putuskan nak beri goodies bag supaya anak-anak boleh bawa balik buah tangan dan makan di rumah.
Dapatlah anak-anak fokus makan apa yang ada dalam majlis. Tindakan yang bijak sebab ada juga ibu bapa lain yang buat perkara sama seperti kami.
Untuk cikgu dia pula saja aku gubah tudung bawal jadi bouquet bawal. Entah apa yang merasuk aku jadi rajin nak buat.
Jadilah sebagai tanda penghargaan kepada cikgu.
Idea Goodies Bag Untuk Birthday Party
Idea nak sumbang goodies bag ni
agak last minute sebenarnya kami sediakan. Jadi pilih makanan, barang-barang
simple saja.
Kami letak aneka snek coklat dan
juga lollipop yang Diah hias sendiri dalam Mini Cosmetic Travel Pouch / MiniPouch Make Up Bag.
Atleast pouch bag tu boleh guna lepas tu. Idea asal nak bagi lollipop yang dihias bersama cupcake. Jadi bila rancangan berubah, teruskan juga siapakan DIY gift lollipop tu.
Gigih ya tengok video tutorial di
TikTok. Tak susah mana tapi sedikit leceh sebab nak gunting dan kena siapkan sebanyak
24 biji Lolipop.
Weh lenguh jari nak gunting
bentuk bunga. Syukur Allah beri tenaga dan kekuatan nak siapkan demi
kegembiraan anak-anak.
Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Sekolah
Sewaktu sambutan Hari Kanak-Kanak
tahun lepas, cikgu awal-awal dan kongsikan yang tema sambutan untuk kanak-kanak
Tahap Satu ialah Fairy Tale manakala Tahap Dua pula tema dia ialah
Kepahlawanan.
Cikgu memang dah beritahu tiada
paksaan untuk anak-anak wajib pakai baju ikut tema tetapi sebagai ibu bapa
mestilah kita ada perasaan sedih kalau anak tak pakai baju cantik macam kawan
sebaya mereka.
Sebagai ibu bapa memang terasa
sangat bila ada aktiviti sambutan macam ni sebab ibu bapa juga terlibat walaupun
hanya di belakang tabir.
Terasa penat dia. Nak kena fikir
apa perlu bawa ke sekolah, kena cari bahan-bahan dan pendek kata kena jadi
serba boleh.
Mana tidaknya, setiap kali sambutan ada sahaja tema yang perlu murid ikut. Untuk Raudah dia nak pakai Gaun Snow White dan boleh beli online untuk masa depan.
la kami ikut mana yang sempat je. Pakaikan dia Tanjak, sampin dan belikan Capal. Biar ada vibe Orang Melayu dulu-dulu. Malu nak pakai costume kata dia.
Apa pon anak-anak gembira cukup
dah. Tahun ni nak plan awal beli baju Merdeka Kanak-Kanak dekat Shopee je. Elak last minute.
Untuk tahun ini rasanya majlis sambutan hari jadi akan berkurangan sebab Raudah dah masuk Tahun Satu. Harapnya begitulah.
seronoknya ada sambutan birthday kat sekolah. dulu ada sambutan raya je hehe
BalasPadam