Hari ni Diah teringin nak melepaskan bebelan di blog sendiri. Nak menulis, menjawab comment di medsoc lain terlalu pendek ruangan disediakan kalau nak taip luah dekat situ.
Ceritanya begini. Baru-baru ni Diah dapat komen kurang menyenangkan dia Instagram. Komen menegur tentang food hunting mencari Asam Pedas di Melaka.
Comment yang Diah rasa tidak beradap dan kurang bijak. Comment tu Diah masih belum padam. Harap siapa yang nampak akan belajar sesuatu. Nak mengaibkan jauh sekali.
Berbalik pada comment yang diterima. Back to basic, bila kita berada di alam maya, nampak posting orang di socmed tolonglah jaga adap. Kawal jari tu.
Terima Komen Negatif Di Media Sosial
Nak tegur ni kena ada adap. Ibarat datang ke rumah orang dan kita cakap perkara yang tak baik contohnya kita kutuk langsir tuan rumah buruk atau susun atur perabot bersepah.
Beri komen dengan tujuan ingin menjatuhkan, menyakitkan hati. Bukan ke tak baik macam tu. dalam Islam sendiri ada adap kalau nak menegur.
Video reel Instagram tu adalah tentang pengalaman Diah dan keluarga makan di Rumah Asam Pedas yang terletak di Melaka.
Kami suka kedai tu sebab masih lagi ada vibe kampung. Jadi dah boleh agak kedai tidaklah secantik restoran yang gah. Pengalaman Diah masa makan dekat situ ada Diah kongsi dalam blog juga.
Teringat ceramah Ustaz Azhar Idrus tentang adap menegur. UAI terangkan tentang hadis “Agama itu adalah nasihat”.
Dari Abi Ruqayyah Tamim bin Ausin Al-Dari (radhiallahu’anh), bahawasanya Nabi sallahu’alayhi wa sallam bersabda: Agama itu nasihat. Kami berkata: Bagi siapa? Ia bersabda: Bagi Allah dan bagi KitabNya dan bagi RasulNya dan Imam-Imam kaum muslimin dan bagi orang ramai mereka.
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Antara adap yang digalakkan ialah:
- Betulkan niat menegur kerana kesalahannya bukan disebabkan dengki dan dendam serta bukan juga untuk mengaibkan seseorang.
- Beri nasihat dan teguran dengan bahasa dan nada yang sopan bukan dengan nada yang kasar dan angkuh.
- Beri nasihat dengan melihat kedudukan seseorang. Sesuai atau tidak. Perlu dapatkan bantuan pihak ketiga atau tidak.
Adap menegur Di Media Sosial Dalam Islam
Boleh baca comment yang ditaip oleh saudara ni:
“Ikan tak fresh, takde rasa ikan langsung. Isi ikan keras macam dah frozen terlalu lama dan warna isi bukan putih dah kuning, Telur mayong kecik dan hanyir.
Kedai sedikit kotor. Saya tak pernah makan asam pedas sepelik ni. “
Weh Diah tak boleh nak digest apa dia cuba nak sampaikan. Dia nak complain makanan tak sedap tapi kenapa tak bagitahu terus kedai makan tu? Waktu ni Diah masih tak dapat jawapan.
First, Diah nak jelaskan Diah
buat review, share reel bukan sebab dibayar oleh kedai makan. ini reel peribadi
kenangan makan-makan dengan keluarga.
Berkongsi di socmed dengan niat
kalau dapat bantu kedai makan tu dikenali dan ramai pergi makan tu kira rezeki
akak kedai makan tu.
Bila baca ayat last dia kata dia
tak pernah makan asam pedas sepelik itu rasa macam hinaan sangat. Apa saudara
makan asam pedas dia rasa masak lemak labu ke?
Mungkin masa awak pergi, rezeki
awak dapat hidangan yang tak kena di tekak awak. Mungkin ada kekurangan di
pihak kedai makan tapi tak baik sangat beri komen macam tu.
Masa ni rasa macam nak marah
sangat jadi Diah jawab comment dia dan terperanjat dengan alasan dia. Mudah
betul manusia nak mengeluarkan kata-kata.
Diah cadangkan untuk bagitahu
terus akak kedai makan tu. DM, whatsapp, email atau waktu nak buat bayaran tu
cakaplah dengan berhikmah.
Terima atau tidak terpulang pada akak kedai makan untuk baiki mana kelemahan kedai dia.
Manusia ni memang macam2 ragamnya.
BalasPadamAda yang berfikiran negatif aje kat orang lain.
Betul sangat wak
Padam