Antara Mini / Petting Zoo yang berbaloi untuk dilawati semestinya Rabbitland Jengka yang terletak di Jengka 14, Pahang. Ini kali pertama kami jejakkan kaki.
Ternyata berbaloi bawa anak-anak datang ke sini. Katanya ada lebih 60 jenis spesis haiwan yang ada dan harga tiket pun tidak terlalu mahal.
Disebabkan kekangan waktu, kami
agak rushing nak habiskan tengok semua binatang dalam tu. mungkin kena datang
lagi sekali di masa hadapan.
Rancangan awal nak tengok haiwan
di mini zoo Rabbitland Jengka kemudian bawa anak mandi manda di Taman Tema Air - Jengka Wonderland.
Mini Zoo Rabbitland Jengka Pahang
Oleh sebab kasihankan anak-anak
tiada aktiviti nak buat di waktu cuti sekolah dan rancangan nak check in hotel
terbantut disebabkan cuaca tak menentu sekarang ni.
Jadi ambil kesempatan bawa
anak-anak tengok binatang waktu balik kampung minggu lepas. Jarak rumah emak
dengan Rabbitland Jengka ambil masa hampir dua jam ya.
Isi perut dulu makan dekat Go’Bang Maju Tol Patin Tempoyak di Temerloh.
Walaupun berada dalam satu negeri,
boleh tahan terasa jauh dia. Pahang ni luas weh. Perjalanan lancar je tiada
tol.
Bila kembali ke Jengka terus
teringat kenangan lama waktu belajar. Dulu Diah belajar di UiTM Pahang cawangan
Jengka. Ambil Diploma in Banking dari 2003 hingga 2006.
Kemudian baru sambung UiTM Shah
Alam ambil Degree Islamic Banking. Seronok sungguh bila kenangkan waktu
belajar.
Memang berbeza la Bandar Jengka
dulu dengan sekarang.
Harga Tiket & Waktu Operasi Mini Zoo Rabbitland
Datang Rabbitland digalakkan pada
waktu pagi baru la tak panas dan berpeluh. Masa kami sampai dah masuk waktu
Zohor.
Matahari betul-betul atas kepala
tapi dalam tu redup je. Macam Petting Zoo yang lain haiwan dekat sini jinak dan
dilepaskan dalam kandang yang besar.
Jadi bebas dan selesa la binatang
tu. Anak-anak pasti seronok sebab boleh pegang haiwan-haiwan yang ada.
Waktu operasi sepanjang cuti
sekolah, Rabbitland Jengka dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 7.00
petang.
Harga tiket pula seperti berikut:
- Dewasa: RM 10.00
- Kanak kanak: RM 8.00
- Oku/w.emas: RM 5.00
Dekat tiket ada peringatan
ditulis, “pergerakkan haiwan sukar dikenalpasti, sila jaga anak anda.
Keselamatan diri dan keluarga menjadi tanggungjawab anda.
Ha gitu. Pendek kata apa sahaja
risiko awak tanggung sendiri ya.
Antara haiwan yang ada seperti unta, kuda, itik, angsa, kambing, rusa, burung, pelbagai jenis reptilia dan banyak lagi lah.
Harimau, buaya, gajah semua tu tiada tau. Nak tengok Gajah, Harimau, Singa kena pergi Zoo Negara ya. Kalau nak tengok Dinasour kena pergi Zoo Melaka.
Walaupun agak limit binatang dia
tapi puas hati sebab ada banyak jenis. Contoh Angsa Malaysia dan Angsa
Perancis. Kambing pun banyak jenis.
Kalau nak bezakan Petting Zoo di Selangor - Farm In The City masing-masing ada kelebihan dia. Rabbitland Jengka lebih menarik berbanding Port Dickson pula Petting Zoo - Windmill PD Farm mengikut pandangan Diah.
Tempat dia elok terjaga dan bersih dari sampah sarap. Ada banyak kakitangan yang buat kerja bersihkan kandang.
Maaflah gambar tak banyak sangat sebab sibuk menikmati masa bersama anak-anak dan keluarga.
Tarikan Mini Zoo Rabbitland
Selain binatang yang jadi
tarikan, dekat sini korang boleh cuba naik jambatan gantung, karpet terbang,
basikal gantung, buaian tergantung dan kerusi hayun.
Oleh sebab gayat dan sedar diri
seberat anak gajah jadi kami malas nak cuba. Weh seram. Faktor usia agaknya.
Tidak la tinggi mana tapi
perasaan takut tu melebihi segalanya. Kesian juga pada pekerja dia nak tarik
kami yang berat ni.
Dekat sini banyak disediakan
tempat untuk pengunjung ambil gambar. Boleh OOTD di Fairy Garden, replika rumah
Felda (GALERI PENEROKA) yang menggamit memori, replika kapal layar, replika
bulan sabit, buaian sarang burung tempua.
Dekat dalam tu ada disediakan surau, tandas dan juga café. InshaAllah selesa. Overall pengalaman menyeronokkan bagi kami sekeluarga.
Boleh rujuk Facebook Mini Zoo Rabbitland untuk dapatkan promosi terkini.
Tentang Mini Zoo Rabbitland
Jengka Pahang
Rabbitland merupakan sebuah zoo
mini yang pertama di Jengka, Pahang yang menggunakan konsep pameran secara
terbuka untuk keselesaan haiwan dan juga pengunjung dengan hiasan laman yang
bersesuaian dengan persekitaran asalnya.
Rabbitland yang berkeluasan 50
hektar terletak 6 kilometer dari Bandar Pusat Jengka ini mempunyai lebih 60
jenis haiwan yang dipamerkan kepada pengunjung.
Mini zoo ini mula ditubuhkan di
Mercu View Resort, Bandar Jengka sebelum ditukarkan ke lokasi baru yang lebih
besar di Jengka 14 dan mula beroperasi pada 1 Mac 2020. Sumber - Unit
Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP)
boleh lah masuk dlm list ni, kot tersesat cuti-cuti ke area Pahang...
BalasPadamKalau terlajak sampai Jengka boleh datang sini
Padam