Betul lah kata pepatah sebut, tak kenal maka tak cinta. Macam tu juga situasi Diah selepas mencuba deep cleansing mask, produk untuk menghilangkan blackhead & whitehead terutama di muka.
Mask yang pernah Diah guna dan
ada di farmasi kebanyakkan hanya peel off mask sahaja. Semestinya ada beza ya
deep cleansing dan peel of mask yang biasa tu.
Awak pernah cuba guna deep cleansing mask tak?
Cara Hilangkan Blackhead & Whitehead Di Hidung Dengan Cepat
Pertama kali Diah cuba Green Tea
deep cleansing mask jenama Baqhetta memang puas hati teruk. Dapat tengok result
dia on the spot ya.
Untuk orang yang ada masalah
kulit muka pori besar, ada blackhead & whitehead di bahagian hidung dan
pipi (tepi hidung) deep cleansing mask ini sangat membantu kecilkan pori-pori
tersebut dan hilangkan blackhead & whitehead.
Masalah utama kulit muka yang Diah
hadapi ialah Diah ada pori besar, kulit berminyak, ada whitehead serta blackhead.
Jerawat akan keluar tapi ikut
waktu je. Bila datang bulan baru jerawat muncul. Selalu paling teruk tiny bump dekat bahagian
dahi.
Hilangkan Blackhead & Whitehead Guna Green Tea Deep Cleansing Mask
Diah tahu tentang Baqhetta Green
Tea Deep Cleansing Mask ni waktu tengok live di TikTok. Gigih tengok dari awal
sehingga habis.
Sebab tu orang business kena ambil kesempatan guna platform TikTok untuk berniaga sebab pelanggan tengah banyak berkumpul dekat sana.
Waktu dia tarik mask bila dah kering
tu rasa puas sangat sebab nampak segala blackhead & whitehead tercabut.
Lebih mengejutkan bukan setakat blackhead
& whitehead, bulu-bulu halus dekat muka pun tertanggal sekali. Kulit muka
memang jadi lembut dan licin.
Perasan la kulit jadi lebih
anjal. Kulit mati dibuang jadi muka lebih berseri. Memang terpengaruh dan beli
la jawabnya.
Tak menyesal ya. Bersyukur sangat
bila jumpa produk yang sesuai dan bantu hilangkan masalah blackhead &
whitehead yang sejak sekian lama menggangu hidup.
Tapi kalau beli belah di TikTok hati-hati dengan fake seller TikTok. Naya je kang.
Siapa perlu guna Deep Cleansing Mask?
Orang yang perlu guna deep
cleansing mask ni adalah orang yang ada masalah kulit muka, yang dah puas cuba
banyak produk tapi blackhead & whitehead tu tak mahu pergi.
Kena terima kenyataan selagi kita
tak jaga wajah dengan betul, tak pakai pelembap paling penting tak pakai sunscreen
atau sunblock, blackhead & whitehead akan terus bermaharajalela.
Kita boleh kawal dengan
disiplinkan diri guna produk yang betul dan sertakan sekali deep cleaning mask
ni dalam rutin penjagaan wajah.
Diah akan pakai mask bila rasa
kulit muka kasar bila disentuh terutama di bahagian dagu dan hidung. Menggelikan
ya dan tak selesa.
Untuk awak yang berkulit sensitif
tolong hati-hati. Buatlah patch test atau consult dengan penjual sebelum beli
okay.
Antara kelebihan lain masker Green Tea ialah menghilangkan jeragat, parut, bintik hitam, jerawat, bagus untuk kulit berminyak, mencerah dan melembapkan wajah serta bertindak sebagai anti penuaan.
Cara Guna Green Tea Deep Cleansing Mask
Green tea mask ni dalam bentuk
serbuk. Macam serbuk teh yang halus tu dan berwarna hijau. Dalam tu ada juga butiran
halus lutsinar (tak pasti apa). Agen pelekat agaknya. Entah.
Penting untuk kita bancuh dengan
air panas mendidih dan perlu dicairkan sebelum kita pakai di muka. Penjual nasihatkan
untuk guna air yang dimasak (mendidih) supaya mask cair dengan sempurna.
Air panas Cuckoo mahupun Coway tak boleh ya. Diah dah cuba, pemalas bukan jadi nak pilih jalan ringkas tapi akhirnya sia-sia. Kurang menjadi. Jadi jangan degil.
Cara nak bancuh ambil dua sudu
(sudu disediakan) green tea mask tu dan bancuh dengan dua sudu air panas. Kalau
terlalu pekat boleh tambah air panas.
Adjust sampai dapat kelikatan
tekstur madu. Kena buat teknik double boiling macam kita cairkan coklat tu untuk
bantu mask tu cair.
Dia cepat sejuk dan keras nanti
payah nak sapu dekat muka. Sapu ke seluruh wajah dan tunggu dia kering kemudian
boleh lah cabut.
Tengok hasil dia mesti kagum. Cuma
hati-hati waktu sapu jangan bagi kena bahagian ada rambut. Memang menangis lah
nanti waktu nak cabut.
Kali pertama Diah buat sapu seluruh
muka lepas tu menyesal. Keluar air mata waktu nak tanggalkan mask tu. Tapi
kalau korang tahan sakit okay je rasanya.
Lepas kejadian tu tak serik ya
sebab mask ni berkesan jadi sapu hanya dibahagian yang Diah target je. Setiap
kali pegang muka lepas pakai mask rasa bahagia je.
Lembut betul kulit muka. Biasa lepas buat Diah akan bilas dengan air sejuk kemudian Diah guna Syahirah Korean Secrets Hydra Soft Hydrating Plus Essence untuk merealisasikan impian nak dapatkan glass skin.
Untuk korang yang berminat nak
cuba boleh dapatkan Baqhetta Green Tea Deep Cleansing Mask dekat sini - Beli online je atau beli set Mini
Diah beli yang tester je saiz
mini sebab awalnya nak tengok berkesan atau tidak. InshaAllah habis nanti boleh
repeat lagi. Sedikit pesanan, beli sekali berus getah dia.
Penting sebab ianya tidak melekat
dan boleh jimat. Senang kerja nak cuci lepas guna. Kalau tak mahu boleh cari
clay brush dekat MR DIY Diah pernah jumpa.
Selamat mencuba.
betul..puas hati bila pakai mask, segala blackhead/whitehead berjaya keluar..pastu bila pegang kulit muka licin je...
BalasPadamSeronok je kan kak
Padam