Kembali lagi dengan episod food hunting bersama Diah iaitu breakfast makan Roti Bakar Arang di restoran Serasa Garden yang terletak di Taman Melawati.
Siapa yang familiar dengan Taman
melawati, Serasa garden ni merupakan restoran yang di rebranding ataupun melakukan
penjenamaan semula.
Nama asal dia ialah Sakura
Kristal dan sekarang dan telah di tukar menjadi restoran Serasa Garden, kopitiam
X ikanbakar. Tak pastilah pemilik yang sama atau sudah bertukar tangan.
Lokasi restoran terletak di tepi jalan
berhadapan dengan restoran Kari Kepala Ikan Melawati. Mudah je nak cari.
Breakfast Roti Bakar Arang, Serasa Garden Taman Melawati
Pagi tu kami keluar awal sekitar
jam Sembilan pagi. Rancangan awal nak makan roti Canai di restoran Kari Kepala
Ikan Melawati tapi belum dibuka. Baru tahu waktu operasi mereka bermula jam
9.30 pagi.
Malas nak pergi cari makan jauh-jauh sebab pukul 10.30 pagi kami nak tengok wayang, Mechamato Movie di Melawati Mall.
Jadi bila nampak restoran Serasa Garden dibuka dan ramai orang
kami pun teringin nak cuba.
Pertama kali sampai dan suka dengan susun atur dalam restoran. Nampak kemas, sesuai untuk keluarga dan santai je.
Pernah dulu ajak suami nak cuba makan di Sakura Kristal, tangguh punya tangguh sampai tutup dah restoran.
Konsep baru untuk restoran Serasa
Garden mereka ketengahkan kedai makan kopitiam dan sebelah petang mereka
menjual ikan bakar.
Ada rezeki kita cuba ikan bakar
pula.
Sedap Ke Roti Bakar Arang?
Roti arang ni simple je
sebenarnya. Roti yang dibakar menggunakan arang kemudian di sapu dengan butter
dan juga kaya.
Nampak lagi unik, mereka guna roti berwarna hitam. Lagi real la pengalaman makan roti bakar arang. Roti dia rangup dan ada rasa sedikit pahit. Orang tua mesti suka.
Teruja bila kami pesan Teh tarik dan di hidang menggunakan cawan Kopitiam. Ala cawan tradisi Baba Nyonya tu. Teh Tarik dia pun padu. Terpaling feel la bila minum.
Selain roti ada je Nasi Lemak dan menu breakfast lain. Dekat sini ada lempeng juga tau. Dihidangkan dengan sambal ikan bilis.
Bila makan Roti Goyang teringat Roti Titab, Kacang Pool Bukit Katil Melaka.
Harga Menu Sarapan Restoran Serasa Garden Taman Melawati
Dari segi harga agak mahal bagi
Diah. Jumlah kami makan berlima pagi tu ialah RM58.40 termasuk service charge.
- Roti Goyang RM8.90
- Roti Bakar Arang RM6.90
- Scramble Egg on toast RM7.90
- Classic lempeng with sambal RM5.90
- Iced Milo RM7
- Teh O RM4
- Teh Tarik RM5
- Warm water Rm0.60
Tak sangka air milo dia caj
semahal itu. Boleh dapat satu kotak air susu Chocolate Dutch Lady saiz besar tu
weh. Standard restoran besar agaknya.
Sedapnya breakfast egg benedict dan Smoked Salmon di Restaurant Sixty9 Islamic Steakhouse.
Setiap kali kami berbelanja dan
terfikir mahalnya sesuatu harga dekat tempat tu otak akan terus fikir yang kami
bukan target pelanggan mereka.
Dalam bahasa kasarnya, bukan
benda tu yang mahal tapi kau yang tiada duit. Aduh pedih. Jangan marah tau tapi
ayat itu la jadi pendorong Diah kerja keras sebab nak makan dekat tempat sedap.
Jadi terpulang kepada pelanggan. Ikut
poket sendiri. Untuk Diah pula, sekali sekala boleh la tapi 2023 tahun untuk
Diah berjimat cermat.
Jadi kita kawal lah mana yang
boleh.
wow..nampak menariks semua menu, termasuk la harga nya but sesekali ok la kan... sama, MA pun antara dlm azam tu..nak berjimat cermat
BalasPadamsama-sama lah kita kuat jaga poket. Harga makin naik sekarang
Padamagak mahal juga harganya utk rakyat B40 mcm sy ni hehehe
BalasPadamSaya pon terasa mahal. Sesekali jelah boleh cuba
PadamSesekali takpe Diah...bukan selalu..sama la..tahun 2023 ni tahun berjimat cermat untuk majlis besar SA
BalasPadamBetul anggap reward diri jelah
Padam