Orang paling teruja semestinya adalah Diah bila suami ajak foodhunting ke café yang masuk dalam senarai nak cuba sejak dulu lagi iaitu Gula Cakery café dalam KL East Mall.
Agak pelik sebenarnya bila suami
yang ajak sebab selalunya Diah yang sentiasa nak cuba makan dekat tempat baru.
Pernah nampak kawan-kawan kongsi tentang Gula Cakery di socmed dan dapat review yang baik. Selain tu café dia instaworthy ya.
Birthday Lunch, Gula Cakery KL East Mall
Kami ke sini sempena birthday
lunch, permintaan Airis nak makan kek. Ikut Kalendar Islam dia dah genap lima
tahun.
Oh ya, Café ni sesuai jadi tempat
orang nak meet up, nak jumpa prospek ke, nak makan dengan kawan atau makan-makan
dengan keluarga.
Pilihan dessert pon banyak.
Rambang mata nak cuba dan dessert dia semua cantik dan meriah. Kena tahan
godaan kalau datang sini.
Menu Di Gula Cakery Café
Menu dia banyak pilihan. Ada
makanan Western, aneka menu Nasi untuk tekak Melayu, pelbagai jenis Pasta,
Burger, nak yang simple macam sandwhich & snack pun ada.
Bijaknya Gula Cakery ni dia menyediakan
makanan fusion. Dia gabungkan rasa asia dan barat dalam satu pinggan. Sebagai contoh
menu fusion yang boleh dicuba ialah Spaghetti Masak Lemak Cili Padi.
Cara nak pesan pun mudah saja. Boleh scan QR code yang diletakkan atas meja dan bagusnya boleh bayar terus secara online.
Kalau susah nak bayar online boleh bayar di kaunter. Untuk yang rasa leceh nak scan barcode, boleh je panggil pelayan dan mereka akan ambil pesanan.
Menu dalam buku keras tu masih ada jadi senang nak buat rujukan. Pelayan pun mesra alam dan tak lokek senyuman.
Diah nak puji pelayan dekat Gula
Cakery cawangan KL East Mall yang ringan tulang. Pinggan kosong dia akan
cepat-cepat kutip bila nampak kita dah stop makan.
Sentiasa follow up pesanan dan
datang ke meja kita, risau makanan yang dipesan tak dapat. Bila minta cutleries
tambahan tak masam muka pun.
Ini semua small point yang beri
big impact pada restaurant. Tolonglah peniaga dan business owner sila take
note.
Bila pelanggan gembira, layanan
terbaik tapi makanan sedang-sedang je semua tu boleh ditutupi dengan small
point tadi.
Sebab apa? Sebagai pelanggan Diah
akan beri peluang dan akan datang semula untuk cuba makanan sekali lagi di masa
hadapan.
Peluang kedua tu yang penting
untuk tebus kekurangan kali pertama. Anggap je Cef dia cuti digantikan dengan orang
lain atau Cef dia kurang sihat sebab tu makanan kurang menepati selera.
Menu Paling Menonjol di Tekak Kami
Jom Diah kongsikan apa yang kami
pesan waktu makan di sana. Diah makan Chilli Butter Cream with Mussels
dihidangkan bersama roti mantao goreng.
Suami makan Grilled Chicken Chop, Ikhwan makan Crunchy Onion Ring Beef Burger, Raudah & Airis ambil kid menu, Carbonara Spaghetti with Chicken.
Diah bagi 4 bintang untuk menu yang Diah cuba iaitu Chili Butter Cream Mussel dan juga Crunchy Onion burger. Ya Allah sumpah makan sambil terharu.
Ini ikut selera tekak Diah ya. Mussel
tu sesuai untuk peminat Seafood dan mereka yang suka pedas boleh cuba. Cukup
perisa, lemak dan pedas.
Burger onion dia layak mendapat
pujian dan kena dengan nama crunchy sebab memang rangup. Patty yang tak terlalu
nipis, diperisakan dengan baik serta bawang yang rangup.
Sekarang dah jumpa kedai selain
Menate untuk makan burger sedap. InshaAllah boleh repeat. Untuk Grilled chicken
chop pula bagi Diah rasa dia biasa-biasa saja.
Portion makanan dihidangkan
sedang elok. Oleh sebab perut dah penuh jadi kami decide nak datang lagi untuk
cuba dessert pula.
Untuk korang yang teringin datang sendiri ke sini okay. Kalau nak Hi tea area Melawati boleh cuba Tim's Tea House Cafe.
Selamat menjamu selera
BalasPadamJemput makan wak
Padamdapnya..tengok gambar pun tertarik...betul diah, small point tu penting. wpun makanan so so je, kita rasa worth it nak cuba lagi next time...
BalasPadamSebab bila kita puas ahti yang teringin nak repeat lagi tu
Padammmg sedap mkn sini...byk kali juga dh mkn
BalasPadam