Balik Kampung Mengundi Sambil Bercuti (PRU15)

Kalau diikutkan ini merupakan pengalaman kali kedua Diah mengundi memilih pucuk pimpinan yang bakal meneraju negara Malaysia yang tercinta.

Diah undi siapa? Biarlah rahsia.

Semua dah sedia maklum yang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 (PM10) oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.



Balik Kampung Mengundi Sambil Bercuti

Walaupun artikel ini agak terlambat tapi Diah tetap nak ucapkan tahniah di atas lantikan dan semoga selamat menjalankan tanggungjawab menjadi Pemimpin yang menjaga hal ehwal rakyatnya, mentadbir negara dengan jujur dan amanah berlandaskan Islam.

Apabila menginjak berusia, perasaan tu agak beremosi bila memilih ketua yang bakal meneraju negara. Keputusan hari ini bakal mencorakkan masa depan anak-anak kita.

Tips memilih ketua dalam Islam.

Memang tidak disangkal lagi Diah mengggunakan peluang balik mengundi dan balik bercuti di kampung sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini.

Seronok sangat dapat habiskan masa berkualiti dengan emak dan adik beradik yang lain. Diah masih tak tukar alamat mengundi ke alamat kediaman sekarang.

Rasa rugi pun ada kalau mengundi di Kuala Lumpur. Secara peribadi Diah lebih mengenali wakil rakyat di kampung disebabkan inisiatif YB yang suka turun padang dan selalu beri bantuan kepada rakyat.

Semangat nak mengundi memang ada tapi semangat nak habiskan masa bersama emak melebihi segalanya.

Pilihan raya kali ni Diah dan suami berbeza tempat mengundi. Suami mengundi di kampung halaman di Selatan manakala Diah ke Pantai Timur.



Jadi tumpang adik bongsu untuk balik kampung. Oleh sebab nak elak terperangkap dalam kesesakan jalan raya, kami balik awal iaitu pada pagi Khamis.

Suami pula awal lagi dah bagi kebenaran memang tak lepaskan peluang lah. Seperti yang disangka, jalan raya perlahan-lahan dipenuhi kenderaan.

Ditambah pula dengan jumlah bilangan kenderaan berat yang banyak dan banyak kerja penyelenggaraan lebuhraya dilakukakn sedikit sebanyak mengganggu aliran trafik.


Aktiviti Bila Balik Kampung 

Macam biasa aktiviti utama kalau balik kampung mesti melayani permintaan emak selesaikan perkara tertangguh. Seronok sangat dan jadi terbiasa keluar bawa emak ke pusat bandar cari barang.

Keluar berjam lamanya pun tak ada masalah. Banyak je tempat persinggahan. Nampak orang jual pokok berhenti, nampak kedai jual alatan berkebun pun suruh berhenti.

Lain cerita kalau keluar dengan anak lelaki. Kalau nak pergi satu tempat, satu tempat sajalah abang berhenti. Memang lainlah selera orang lelaki. Emak pun redha je.


Singgah makan Laicikang Selambak

Balik kampung kali n berhajat nak support kawan-kawan sekolah yang berniaga dekat kampung. Ada yang berjaya buka kedai makan, ada yang buat business transportation dan ramai juga yang menceburi bidang F&B.

Meriah masing-masing dengan pencapaian. Antara yang sempat Diah singgah adalah kawan Sekolah Menengah. Satu sekolah tapi berlainan Felda.

Keluarga dia buka gerai makan menjual Laicikang Selambak dan Mi Celup. Sesuai dengan nama, portion Laicikang dia memang dalam bekas besar dan mi celup dia hidang dalam mangkuk besar.

Puas hati dapat makan. Boleh datang dan support kawan Diah terutama mereka yang tinggal berdekatan Bandar Bera. Mereka tutup setiap hari Rabu. Kedai buka dari jam 11 pagi hingga 6 petang.

Boleh waze Warung Selambak Bera atau ikuti Facebook Warung Selambak Bera mereka untuk tengok update dan promosi. 



Antara menu yang ada seperti laksa, Mi kari, Mi/bihun/kuewteau celup dan aneka kuih muih. Suka dengan laicikang dia sebab meriah dengan bahan-bahan, kenyang perut.

Dalam tu dia letak barli, selasih, Kacang Shandong, Laici, Kembang Semangkuk, Halwa Kundur, White fungus, kismis, kurma merah, cincau, buah cocktail dan Base Lo Han Kuo.


Sambut Awal Birthday Emak

Balik kampung kali ni kami ambil peluang sambut hari lahir emak walaupun awal seminggu. Tarikh lahir emak ialah 27 November tapi disebabkan tarikh tu emak nak pergi bercuti dan ramai adik beradik balik kita sambut jelah.

Sambutan macam biasa, potong kek dan beri emak hadiah. Tahun ni kami belikan emak telefon baru. Telefon lama emak dah buat perangai.



Kadang-kadang orang call handphone tak keluar bunyi. Memang gembira lah emak. Emak suka baca whatsapp status, tengok FB anak-anak dan terpaling suka tengok Youtube.

Kadang-kadang risau, ada je supplement emak jumpa emak nak beli. Kantoi bila minta anak-anak bayarkan sebab tak ada COD.

Hoi risau. Dulu awal-awal terjebak dengan video di Facebook dan Youtube memang ketat juga kami monitor. Lama-lama emak dah mula sedar, bila jumpa doktor untuk check-up bulanan.

Bahaya kalau makan produk bukan-bukan, risiko untuk buah pinggang. Soalan doktor yang buka mata emak ialah “kenapa makcik nak makan jus tu kalau makcik boleh dapat dari sumber yang segar, makan buah delima contohnya”.

Bersyukur sangat setiap rezeki dan kesempatan yang Allah beri. Terima kasih atas setiap peluang untuk gembirakan emak dan keluarga.

Coretan kali ini lebih personal dan harap ingatan ni kekal sampai bila-bila. Semoga di masa hadapan bila Diah baca semula entri ni dapat ubat kerinduan pada keluarga.

Terima kasih korang yang sudi baca sampai habis.

Ulasan