Coolblog Red Velvet Cheese Perisa Terbaharu

Peminat Red Velvet sila hadirkan diri. Kalau sebelum ni viral donut dan kek Red Velvet, sekarang dah ada minuman Red Velvet pula iaitu dalam bentuk smoothie.

Tahu tak yang Coolblog telah pun melancarkan minuman keluaran terbaharu iaitu siri Red Velvet Cheese yang menampilkan dua perisa terbaharu iaitu Red Velvet Cheese dan juga Red Velvet Choco Cheese!

Review-coolblog-red-velve-cheese-choc


Coolblog Red Velvet Cheese Perisa Terbaharu

Peminat Red Velvet kini berpeluang menikmati keenakan kek kegemaran mereka dalam bentuk smoothie di 300 cawangan Coolblog di seluruh negara mulai 25 November 2022.

Coolblog dah beroperasi sejak tahun 2005 dan sehingga kini, Coolblog kekal bersaing sebagai jenama dan perintis bagi perniagaan pencuci mulut dan minuman Halal berasaskan kios di Malaysia sebaris dengan jenama terkenal lain. 

Coolblog percaya bahawa kenikmatan pasti dapat diperolehi daripada pilihan minuman mereka yang terbaik dari segi rasa, kepelbagaian, dan nilai. 

Tahun lepas Coolblog Lancarkan Minuman Kempen Pesta Buah-Buahan. 


Minuman Siri Terbaharu Coolblog Bertemakan Krismas 

Pelancaran siri terbaharu ini juga adalah bagi meraikan musim cuti penghujung tahun 2022 yang diilhamkan oleh perayaan Krismas untuk menceriakan lagi suasana hujung tahun yang sangat dinanti-nantikan.

“Kek red velvet memang diminati ramai! Warna merah yang juga dikenali sebagai ‘warna kegembiraan’ mencantikkan lagi penampilan kek ini dan mencerminkan keceriaan musim perayaan!

coolblog-malaysia

Keenakan kek red velvet in dapat dirasakan seolah-olah pelukan daripada orang yang tersayang. Oleh itu, kami menginspirasikan kek red velvet ini untuk menghasilkan kenikmatannya dalam bentuk smoothie dengan pelancaran siri Red Velvet Cheese kami. 

“Kami menjanjikan kegembiraan dan kepuasan citarasa pelanggan apabila menikmati minuman Coolblog kerana kami komited untuk memberikan yang terbaik demi mewujudkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan khas buat pelanggan kami,” - Ashida Arshad, Pengurus Kempen Pemasaran Coolblog.

Kelainan Minuman Coolblog Siri Red Velvet Cheese

Antara kelainan perisa minuman Coolblog yang ditonjolkan kali ini ialah gabungan cheese mousse dan biskut red velvet. 

Untuk menyerlahkan lagi kelazatan siri terbaharu Coolblog, minuman berperisa kek red velvet ini dilengkapi bersama cheese mousse yang turut disertakan dengan taburan serbuk biskut red velvet. 

Bagi rakyat Malaysia yang menggemari perisa asli kek red velvet, minuman Red Velvet Cheese merupakan pilihan sesuai kerana keseimbangan perisa kek dan cheese mousse yang menggamit selera.

Aku sendiri dah rasa dah memang tak mengecewakan. Rasa dia sesuai digabungkan menjadi smoothie. Rasa lemak mousse tu sedap. 

Bagi pengemar coklat pula, Red Velvet Choco Cheese adalah pilihan terbaik untuk anda kerana smoothie ini adalah gabungan antara perisa red velvet dan coklat Coolblog yang istimewa. 

Adunan perisa yang pasti menambat rasa penggemar coklat! 


coolblog-tema-krismas


Dengan adanya penutup khas yang senang dibuka, para pelanggan dapat menikmati keenakan taburan biskut red velvet yang melengkapi siri smoothie ini dengan lebih mudah. 

Anda boleh dapatkan Red Velvet Cheese dan juga Red Velvet Choco Cheese smoothie di cawangan Coolblog di seluruh negara pada harga RM11.90.

Minuman ini juga dilengkapi dengan stopper berbentuk hati - dimana ia boleh dijadikan sebagai hadiah yang sempurna untuk orang tersayang! 


Bukan itu sahaja, peminat boleh menambah biskut gingerbread boy atau girl yang berharga RM5.50 sekeping untuk dinikmati bersama. 

Biskut gingerbread boleh didapati di cawangan Coolblog terpilih sepanjang kempen Red Velvet Cheese dan dapat dijadikan sebagai pelengkap siri minuman ini.

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba siri terbaharu Coolblog Red Velvet Cheese sementara masih ada. Agak-agak kena tak dengan selera anda? 

Untuk maklumat lanjut tentang Coolblog dan promosi  sila layari sosial media mereka. 

Laman Web   Facebook    Twitter   TikTok


Ulasan

  1. walaupun tak berapa minat red velvet tapi Red Velvet Choco Cheese smoothie tu macam menarik utk dicuba sebab sis peminat coklat...

    BalasPadam
  2. alamak, macam mana rasa air red velvet ni, mcm mengenyangkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasa sedap. Tak pelik pun rasa dia jadi berbaloi la cuba

      Padam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.