Kebaikan Halia Untuk Kesihatan Wanita

Halia merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan terutama dalam masakan. Dulu sewaktu berpantang memang banyak lah halia emak aku suruh makan. 

Nak keluarkan angin dalam badan katanya. Maka kita turutkan saja walaupun rasa dia awalnya payah betul aku nak telan. 

Rasanya pedas dan mesti akan sedawa lepas makan. Tetapi semakin berusia ni semakin aku menyukai rasa halia. Susah nak diterangkan sebabnya. Faktor umur agaknya.  


kebaikan-halia-untuk-wanita


Kebaikan Halia Untuk Kesihatan Wanita

Seperti yang kita semua tahu banyak sangat kebaikan halia untuk kesihatan. Halia pula bukan ada satu jenis sahaja. 

Ada pelbagai jenis halia yang boleh didapati di negara kita seperti Halia Bentong, Halia Bara, Halia Tanduk Rusa dan banyak lagi. 

Halia memang tidak asing lagi dan merupakan salah satu herba yang popular di Asia Tenggara termasuk Malaysia. 

Antara manfaat halia untuk wanita adalah: 

Halia dapat mengurangkan keradangan dan mengurangkan sakit serta bengkak bagi penghidap osteoarthritis dan rheumatoid arthritis.

  • Bertindak melegakan loya terutama ibu mengandung. 
  • Mengurangkan gejala PMS.
  • Merendahkan paras kolestrol.
  • Menguatkan sistem imun. 
  • Membantu penghadaman. 
  • Mencegah kanser. 
  • Menurunkan berat badan. 
  • Melegakan batuk dan sakit tekak. 


Manfaat Minum Air Halia Bentong 

Diberikan nama Halia Bentong kerana lokasi penanaman halia ni yang terletak di Bentong Pahang. Nama Halia Bentong juga sudah pun dipatenkan oleh kerajaan Malaysia. 

Sama juga dengan Halia Bukit Tinggi. Diberi nama kerana ditanam di kawasan cerun bukit tanah tinggi seperti di Bukit Tinggi dan Janda Baik. 

Kena faham yang Halia Bentong berbeza dari halia biasa kita guna untuk memasak tu. Selain perbezaan dari segi khasiat dan bentuk rasa kedua-duanya juga agak berbeza. 

Baru-baru ni aku berkesempatan mencuba produk minuman botani Halia Bentong tanpa gula iaitu Teh Halia keluaran TYT.


teh-halia


Teh Halia atau Ginger Tea mengandungi ekstrak Halia Bentong yang ditekan sejuk dalam bentuk serbuk dan 100% diperbuat daripada Halia Bentong. 

Tiada bahan pengawet, tiada pewarna tiruan, sesuai diamalkan oleh Vegetarian dan amat mudah larut. 

Selain digunakan sebagai rempah masakan, Teh Halia TYT juga boleh dijadikan sebagai minuman herba dan penggunaan luar. 

Ada tiga jenis perisa iaitu original, serai dan juga kurma merah yang mengandungi pelbagai manfaat untuk kesihatan. 

perisa-teh-halia


Minuman Botani Halia Bentong TYT 

Teh Halia TYT Perisa Original

  • Melegakan sakit senggugut. 
  • Melegakan demam, panas badan dan selesema
  • Membantu melegakan loya dan muntah
  • Melegakan kembung dan cirit birit
  • Meningkatkan metabolisme badan

Teh Halia TYT Perisa Serai

  • Meningkatkan metabolisme badan & membakar lemak
  • Menyahtoksik badan
  • Melancarkan peredaran darah dan menurunkan tekanan darah
  • Melegakan selesema
  • Mengatasi sembelit dan kembung perut

Teh Halia TYT Perisa Kurma Merah

  • Melancarkan peredaran darah dan menguatkan sel darah merah
  • Bagus untuk hati dan menyahtoksik badan
  • Meningkatkan kesihatan penghadaman
  • Menjadikan kulit yang lebih sihat dan awet muda
  • Mengurangkan tekanan dan memperbaiki kualiti tidur

minuman-teh-halia


Produk minuman botani Halia Bentong tanpa gula, Teh Halia TYT tersedia dalam bentuk sachet 15gram (1 kotak ada 8 sachet) dan juga dalam tin 160gram dan 300 gram.

Aku suka jenis sachet sebab senang nak bawa ke mana-mana. Satu sachet satu gelas.  Rasa teh halia ni macam aku sebut di atas, ada rasa-rasa pedas. 

Oleh sebab ianya baik untuk kesihatan jadi aku rajinkan diri nak mencuba. Umur pun semakin meningkat jadi perlu sangat ambil minuman macam ni. 

Lepas minum memang banyak kali aku sedawa. Lega sangat. Untuk anda yang nak dapatkan produk minuman botani Halia Bentong boleh dapatkan di sini 

Ulasan

  1. Bila tengok packaging hitam ingatkan halia bentong tu halia hitam, rupanya ditanam di Bentong. Nice..boleh kurangkan angin dalam badan kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas buat artikel ni baru tahu tentang halia bentong hiihih

      Padam
  2. semoga mereka yang mengamalkan halia ini dapat manfaatnya

    BalasPadam
  3. betul..kadang husband akak pun suka benor kembung perut..akak buatkan air halia je..

    BalasPadam
  4. Suami saya memang suka minum air halia. Isterinya je liat. Susah betul nak telan sebab rasanya tu.

    BalasPadam
  5. selalu minum teh tarik halia je. nti boleh cuba ni pula hehe

    BalasPadam
  6. suami ammi suka beli halia bentong kalau lalu kat area situ..sedap lain macam katanya kalau dibandingkan dengan halia biasa dipasaraya.

    haritu makan di satu restoran sushi..ada disediaka satu jar jeruk halia muda..sedapnya ammi makan tak henti

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.