Perkara paling menakutkan boleh berlaku bila tiba-tiba sahaja doktor sahkan kita ada penyakit berbahaya seperti kanser. Nauzubillah.
Lebih menakutkan kerana kebanyakan
pesakit tidak akan mengalami apa-apa tanda atau gejala pada peringkat awal.
Artikel kali ini aku nak kongsikan bagaimana pencegahan awal kanser paru-paru boleh membantu pesakit menjalani kehidupan lebih baik, malah peluang untuk sembuh lebih tinggi.
Diagnosis Kanser Paru-Paru Percuma Dengan Teknologi Kecerdasan Buatan (Ai)
Mengikut data (Malaysia Cancer
Registry Report 2012-2016) kanser paru-paru adalah kanser kedua paling biasa
dan penyebab utama kematian berkaitan kanser di kalangan kaum lelaki rakyat Malaysia.
Tetapi bukan bermaksud kaum wanita
dan mereka yang tidak merokok boleh menarik nafas lega ya. Agak membimbangkan
kerana berlaku peningkatan trend kanser paru-paru dalam kalangan bukan perokok.
Jadi, penting sangat kita buat
pemeriksaan awal dan jaga kesihatan. Baca Kesan-Kesan Pembakaran Rokok Anda Perlu Tahu.
Program Pemeriksaan Kanser Paru-Paru AI Percuma
Baru-baru ini, Lung Cancer Network Malaysia (LCNM), AstraZeneca dan Qualitas Medical Group telah bekerjasama sekali lagi dan berganding tangan dengan tiga buah pusat rawatan kanser swasta terkemuka;
Hospital Beacon, Pusat Perubatan Subang Jaya dan Pusat
Perubatan Sunway untuk menyediakan pemeriksaan kanser paru-paru secara percuma
kepada rakyat Malaysia.
Kerjasama ini akan meluaskan lagi akses untuk orang ramai menerima teknologi saringan Kecerdasan Buatan (AI) yang canggih (Qure.ai) di klinik penjagaan utama.
Jika perlu, siasatan lanjut akan dibuat dengan imbasan tomografi terkira dos rendah (LDCT) di ketiga-tiga hospital penjagaan tertier yang disebutkan tadi.
Program pemeriksaan kanser
paru-paru AI yang percuma ini telah dimulakan oleh Dr. Anand Sachithanandan,
Pakar Bedah Kardiotoraks dan Presiden LCNM bersama Dr. Sanjeev Panchal,
Presiden Negara, AstraZeneca Malaysia, demi menghidupkan hasrat mereka yang
dikongsi bersama untuk menggalakkan pengesanan awal kanser paru-paru.
Melalui penubuhan program ini,
rakyat Malaysia - terutamanya mereka yang berkemungkinan berada dalam kategori
berisiko tinggi seperti bekas perokok tegar dan mereka yang masih lagi merokok
- akan dapat mengesan kehadiran awal kanser melalui penggunaan teknologi
canggih yang tersedia.
Perkara Perlu Tahu Tentang Kanser
Paru-Paru
- Kanser paru-paru adalah kanser kedua paling biasa dan penyebab utama kematian berkaitan kanser di kalangan kaum lelaki rakyat Malaysia.
- Kebanyakan kes kanser paru-paru dikesan lewat dan ini menyebabkan penurunan kadar kelangsungan hidup pesakit kanser jenis ini berbanding jenis kanser utama yang lain di negara kita.
- Pengesanan penyakit kanser paru-paru peringkat awal adalah penting kerana hasil rawatan dan prognosis sangat bergantung pada peringkat penyakit.
- Sejarah keluarga dan pencemaran udara merupakan faktor risiko yang utama untuk peningkatan trend kanser paru-paru dalam kalangan bukan perokok.
Kanser Paru-Paru Boleh Sembuh Jika Kesan Awal
Menurut Dr. Anand, prognosis yang
tidak baik di kalangan pesakit kanser paru-paru selalunya disebabkan kebanyakan
pesakit tidak akan mengalami apa-apa tanda atau gejala pada peringkat awal
penyakit ini dan mereka hanya akan sedar tentang masalah kesihatan mereka apabila
penyakit ini telah lanjut.
Dengan pendekatan terapi pelbagai
disiplin dan pelbagai mod, kanser paru-paru yang dikesan pada peringkat awal
dapat membawa prognosis yang sangat baik kerana rawatan kuratif akan lebih
berkesan dan lebih kos efektif apabila kanser mula dirawat pada peringkat ini.
Gandingan Kerjasama Mencegah
Kanser Paru-Paru di Malaysia
Kerjasama yang menggunakan
teknologi AI untuk saringan kanser ini adalah yang pertama seumpamanya di
Malaysia dan ia akan membantu memenuhi keperluan pengesanan kanser paru-paru
dalam kalangan bukan perokok,” kata Dr Anand.
Perikatan ini menandakan
kerjasama pelbagai pihak yang unik antara klinik penjagaan utama Qualitas
terpilih dan tiga hospital pakar dalam usaha mereka untuk menyediakan akses
kepada teknologi AI (Qure.ai) dan pengimejan LDCT yang canggih untuk pesakit.
Dengan akses yang
dipertingkatkan, alat tafsiran X-ray AI yang menggunakan algoritma pembelajaran
mendalam untuk mengesan keabnormalan pada radiografi dada boleh meningkatkan
kepekaan untuk pengesanan nodul paru-paru yang selalunya merupakan tanda
pertama kanser paru-paru.
Kes yang disyaki kemudiannya akan
disiasat selanjutnya dengan imbasan LDCT bukan kontras yang merupakan kaedah
saringan yang terbukti baik untuk mengurangkan kematian berkaitan kanser
paru-paru bagi individu berisiko tinggi.
“X-ray dada AI akan meningkatkan
ketepatan diagnostik dan mempercepatkan rujukan kes kepada pakar paru-paru yang
berkaitan.
Dengan penyiasatan dan rawatan
yang lebih pantas, kadar kelangsungan hidup yang lebih baik boleh dijangkakan.
Kemajuan perubatan yang inovatif
seperti ketersediaan mesin algoritma AI pembelajaran mendalam ini merupakan
satu langkah besar untuk industri dan berpotensi untuk mengubah status industri
perubatan semasa.
Kami berharap untuk mewujudkan
peralihan peringkat penyakit secara berkesan sambil mengesan lebih banyak
kanser paru-paru di peringkat awal dalam komuniti,” jelas Dr. Anand lagi.
Mengulas mengenai kerjasama ini,
Dr. Sanjeev Panchal berkata, “Melalui kerjasama yang kedua dengan Lung Cancer
Network Malaysia, Kumpulan Perubatan Qualitas dan kini dengan barisan hospital
tertier, kami berharap untuk meluaskan akses bagi pesakit untuk mendapatkan
diagnosis awal kanser paru-paru untuk mengurangkan kadar kematian disebabkan
penyakit ini di Malaysia.
Penyepaduan teknologi inovatif
seperti AI untuk saringan kanser paru-paru yang bermula di peringkat penjagaan
utama adalah bukti bagaimana pemeriksaan awal boleh meningkatkan kadar rujukan
yang tepat bagi individu berisiko tinggi untuk mendapatkan diagnosis lanjut
dari hospital tertier yang menggunakan teknik pengimejan LDCT yang langsung
dapat menyelamatkan nyawa.
Cita-cita AstraZeneca adalah
untuk melampaui pil dan mencipta ekosistem kesihatan yang teguh sambil
menggalakkan diagnosis awal untuk mengurangkan beban penyakit lalu meningkatkan
kebolehcapaian perkhidmatan pemeriksaan dan rawatan."
Setiap pihak kerjasama ini
berharap inisiatif ini akan membuka jalan kepada pengusaha industri lain untuk
menyertai gabungan ini untuk membantu meluaskan lagi akses bagi pesakit untuk
mendapatkan diagnosis kanser paru-paru pada harga yang berpatutan di negara
ini.
Untuk maklumat lanjut tentang kempen saringan percuma ini, sila kunjungi: Lung Screening Programme
Sumber:
1. Malaysia Cancer Registry Report 2012-2016
2. H. Sung, J. Ferlay, R.L. Siegel, M. Laversanne, I. Soerjomataram, A. Jemal, F. Bray. Global cancer statistics 2020: GLOBOCAN estimates of incidence and mortality worldwide for 36 cancers in 185 countries CA Cancer J. Clin., 71 (2021), pp. 209-249
Siapa yang duduk dekat boleh ambil peluang ni untuk pergi check. Dahla free, guna Ai pulak tu. Salute!
BalasPadamKalau ada peluang go grab it okay
PadamX-ray pun ada ada teknologi Ai ya. Canggih
BalasPadamSekarang dah maju, Moga kita semua dapat manfaat teknologi
Padamsemoga kita dijauhkan daripada penyakit ini....memng ngeri terutama pada tahap 4
BalasPadam