Skrin iPhone 12 Pro Blank Tiba-Tiba

Kejadian mencemaskan jiwa raga berlaku baru-baru ni apabila skrin iPhone aku tiba-tiba gelap. Hari aku berlalu macam biasa, buat kerja sambil scroll handphone dan bateri handphone dah warna merah. 

Biasanya aku akan charge bila bateri dah tinggal 20%. Oleh sebab penat sangat, malam tu aku tertidur sewaktu charge handphone. 

Terlelap pun tak lama, bila terjaga terus aku capai telefon nak tengok bateri dah penuh ke belum. Tekan punya tekan screen tak menyala macam biasa. 



Skrin iPhone 12 Pro Blank Tiba-Tiba


Ok masa ni belum panik lagi. Belum pernah jadi lagi screen iPhone 12 Pro gelap tiba-tiba. Ini kiranya pengalaman pertama aku. 

Cuba berlagak tenang tapi dalam dada ni Tuhan je tahu. Teringat kerja-kerja client yang masih belum disiapkan, yang tak sempat post dekat media sosial, gambar dan video belum siap edit dan macam-macam lagi lah berlegar dalam otak. 

Menangis tak berlagu kalau tak dapat on handphone semula. Apa aku perasan walaupun screen dia gelap tapi notifikasi masih lagi mengeluarkan bunyi. 

Pinjam handphone suami dan cuba dail nombor sendiri. Okay berjaya, lega handphone masih lagi aktif. 

Waktu ni aku dah terbayang nak hantar baiki iPhone di kedai baiki telefon dekat Wangsamaju aku pernah pergi dulu.

Aku ganti bateri iPhone 7+ sebab masalah bateri telefon aku cepat habis dekat kedai telefon The Mekanik Wangsa Maju. 



iPhone- Blank



Panik Bila Screen iPhone 12 Masih Tak Okay


Aku cuba banyak kali off handphone tapi tidak berjaya. Tekan butang dekat sisi lama-lama pun tak berhasil. Cuak mode is on. 

Waktu genting macam inilah semua password, user ID yang aku hafal hilang dari ingatan begitu saja. Sebab itulah pentingnya untuk tulis kata laluan, maklumat penting dalam buku nota. 

Andai kata teknologi, internet collapse satu hari nanti, kita masih ada buku nota untuk dirujuk. Seram bukan untuk dibayangkan. 

Kalau tak ingat Apple ID dan password macamana nak retrieve selamatkan semua data? Tak kan nak biar semua hilang macam tu je. 

Non-stop soalan-soalan dan pemikiran buruk menerjah ke minda. Sikit lagi air mata nak keluar. Nak mengadu pada suami tapi satu ayat pun tak keluar. 

Bagi aku biarlah aku serabut sorang-sorang, nak terangkan apa berlaku pun tak larat. Seperti biasa, setiap kali ada masalah macam ni aku akan buat carian maklumat di internet. 

Bagus kalau boleh baca pengalaman orang, review mahupun tutorial. Kalau tak berjaya bantu selesaikan masalah pun atleast dapat beri sedikit sebanyak maklumat perlu tahu. 

Atas sebab itulah aku suka buat perkongsian di blog dan media sosial. Manfaat untuk diri sendiri juga supaya boleh rujuk kembali andai berlaku lagi perkara sama di masa hadapan. 



Skrin-iPhone-Blank



Tutorial Black / Blank Screen iPhone


Setakat ni Alhamdulillah, jarang sangat tak jumpa jalan penyelesaian. Mata terus tertumpu pada tutorial di Youtube. 

Aku masukkan keyword “iPhone black screen but still on” maka keluarlah tutorial dari channel Youtube World of Tech 


iPhone 12: Black Screen or Blank Screen? Screen Won't Turn On


Ada dua cara dia suggest. Bersyukur sangat cara pertama yang dia tunjuk tu screen aku kembali normal.  

Cara pertama yang aku buat tu simple je iaitu ‘force restart’ use three key combinations. Jangan risau sebab ianya tidak akan beri kesan, kehilangan data dan seangkatan. 


  • Tekan volume up & volume down (butang sisi) secara berturutan. 
  • Tekan butang power (sebelah kanan) dan jangan lepas sehingga keluar logo Apple. 
  • Kalau percubaan pertama tak berjaya sila cuba sehingga tiga ke empat kali. 

Tapi andai kata screen iPhone masih lagi gelap, anda rest kan handphone satu minit dan kemudian lakukan step yang sama cuma buat sambil on kan charger. 

Kalau masih tak berkesan maka rujuklah Apple Centre atau pergi kedai baiki handphone terdekat untuk dapatkan bantuan. 


Kesimpulan 

Apa yang berlaku aku anggap ada hikmahnya. Mungkin ini adalah cara Tuhan tegur aku supaya tak take things for granted.

Apa aku belajar jangan biar memori iPhone tu penuh. iPhone cepat je buat hal kalau tak jaga part tu. 

Buang segala gambar atau video yang kita tak mahu dan transfer segala data ke tempat lebih selamat. 

Jangan lupa buat back up untuk segala maklumat penting terutama contact number dan juga kata laluan. 

Incase perkara tak diingini berlaku, anda masih ada alternative lain untuk update keadaan anda. 


Ulasan

  1. gila tak risau??...bukan singgit dua harganya kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harga satu hal, memori dalam tu uihh nangis kalau hilang

      Padam
  2. oo mmg la kan kalau memeory penuh hp tak function

    BalasPadam
  3. sy android user pon pernah hadap mslh yg sama. vivo jd blank tiba-tiba & masa tu cuak mode on juga tp pelan-pelan juga cari cara di youtube & alhamdulillah berhasil juga. selamat duit poket ehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebelum pergi kedai kita mesti nak cari cara baiki dulu kan..selamat dan jimat

      Padam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.