Hari tu aku ada buat Salad Timun Pedas ala Korea. Ada juga yang panggil Jeruk Timun, tapi kalau orang kampung aku ni mereka panggil acar mentah.
Apa pun nama panggilan dia tetaplah merujuk kepada makanan
yang sama. Kalau di Korea, salad pedas dipanggil sebagai oi muchim.
Ternampak resepi salad timun pedas ni pernah viral di
TikTok, tapi masa tu hanya mampu ‘save’ je video yang lalu lalang tanpa ada
niat nak buat.
Kebetulan masa keluar beli barang dapur tiba-tiba teringat
dan terbayang dapat makan. Jadi bila dah teringin harus la kena buat.
Resepi Salad Timun Pedas Ala Korea
Sebelum ni aku dah pernah cuba buat Danmuji. Sedap juga, cuma yang lemahnya bau air jeruk Danmuji tu aku tak tahan.
Sekali kau buka botol dia, bau harum semerbak. Busuk.
Bahan-bahan dia pun simple sangat. Jom aku kongsikan bahan-bahan
yang diperlukan untuk membuat Salad Timun Pedas Ala Korea.
Sukatan dekat bawah ni cuma anggaran sahaja. Agak-agak suka nak lebihkan sukatan pun tak jadi masalah. Ikut selera aku, letak banyak bawang putih dan bijan lagi sedap.
Oh ya, rasa timun ni pedas, masin, manis, masam. Kombinasi dia jadi menarik dan kerangupan timun tu menambah kesedapan dia.
Timun masih lagi rangup walaupun selepas sehari lebih aku buat dengan syarat simpan dalam fridge ya.
Bahan-Bahan & Cara Buat Salad Timun Pedas
Bahan-Bahan
- 3 biji Timun
- Chopstick
- Garam
- 3 sudu besar Bijan - sangai
- 3 sudu besar Chili flakes – aku ganti serbuk cili
- 1 sudu besar Gula
- 5 biji Bawang putih - dicincang
- 3 sudu besar cuka
- 1 sudu besar minyak bijan
Cara-cara:
Bersihkan timun kemudian kepitkan timun, di sebelah kiri dan
kanan menggunakan chopstick.
Hiris timun dan potong secara menyerong.
Fungsi chopstick adalah untuk mengelakkan kita terpotong
habis timun tu. Lepas tu terbalikkan timun
dan potong lurus macam potong timun untuk nasi lemak.
Hati-hati supaya timun tak terputus.
Kemudian masukkan timun tadi ke dalam mangkuk dan gaulkan
dengan garam. Agak-agak je sukatan garam dan jangan letak banyak sangat, risau nanti
terlajak masin.
Tutup mangkuk tadi dan biarkan selama 30 minit supaya air
timun tu keluar. Aku tutup dengan plastik wrap.
Selepas tu boleh cuci dan bilas timun tu kemudian toskan. Buat perlahan-lahan tau dan jangan ganas-ganas. Kang putus tak comel lah.
Kemudian gaul timun yang siap dibasuh tu dengan bahan-bahan
yang lain. Masukkan gula, bawang putih cincang, chili flakes dan bijan.
Masukkan cuka, minyak bijan dan gaul sehingga rata. Gaul dengan berhati-hati supaya timun tak putus.
Siap untuk dihidang. Boleh makan bersama nasi putih atau
dimakan begitu sahaja. Kalau nak lagi sedap letak jeruk timun ke dalam peti
ais, makan waktu sejuk lagi sedap.
Dekat rumah ni Salad Timun Pedas tu bertahan dua hari je. Masing-masing
suka. Next time nak buat lebih sikit buat stok.
nampak sedapnyer
BalasPadamPedas masam manis tu yang suka tu
Padamnampak sedap :D
BalasPadamKena dengan tekak
Padamdapat bayangkan rasa dia.. ni ala kimchi jugak ni kan
BalasPadamKimchi more to masin, yang ni rasa dia balance
Padam