Dengan pengalaman lebih dari empat dekad dalam industri peruncitan, Metrojaya kembali mengukuhkan reputasi mereka dengan pembukaan rasmi gedung mereka yang terkini di Lalaport Bukit Bintang City Centre.
Selari dengan citarasi terkini,
Metrojaya memperkenalkan kedai next-gen yang terbaharu mereka khas buat peminat
setia agar dapat merasai pengalaman membeli-belah yang mengasyikkan.
Memilih lokasi yang strategik di pusat bandaraya Kuala Lumpur, Metrojaya membawa pelbagai pilihan menarik daripada fesyen hinggalah kelengkapan rumah.
Metrojaya Lalaport Bukit Bintang City Centre Dibuka Kepada Orang Awam
Orang ramai juga boleh
mendapatkan barisan produk-produk eksklusif daripada jenama terkenal seperti
Bill Keith, Yani Bakhtiar, Cynthia Tang, dan beberapa jenama yang hanya
terdapat di LaLaport Metrojaya.
Sentiasa peka dengan trend global
terkini, Metrojaya menyuntik nafas baharu membantu pelanggan mereka membina
kehidupan moden dengan menawarkan produk gaya hidup berjenama seperti East
India Company, Somerset Bay, Cape Cod dan Living Quarters.
Memetik ucapan Encik Andrew Khoo
Boo Yeow, Pengerusi Metrojaya Department Store, semasa perasmian Metrojaya
Lalaport Bukit Bintang City Centre baru-baru ini, mereka komited untuk memberikan yang terbaik
untuk pelanggan mereka dengan menghasilkan produk memenuhi pilihan dan gaya
hidup yang tersendiri.
Nekad memberikan yang terbaik kepada pelanggan dan mementingkan mutu serta kualiti, Metrojaya mengumpulkan koleksi terkini yang boleh didapati di dunia di bawah satu bumbung.
Gedung Metrojaya Pertama Sediakan Vendor Kopi Tersendiri
Selain daripada produk gaya hidup
yang chic, Metrojaya LaLaport akan menjadi yang pertama untuk menyediakan
vendor kopi tersendiri untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah pelanggan.
Penyediaan vendor kopi
membolehkan pelanggan mereka bersantai dengan minuman kegemaran mereka, malah menyediakan
bengkel yang menyeronokan untuk mereka yang berminat untuk mempelajari sesuatu
yang baharu.
Ciri terbaharu ini akan tersedia
di Metrojaya tidak lama lagi. Metrojaya mengalu-alukan kehadiran orang ramai
untuk mengambil bahagian dalam keseronokan ini sambil meluangkan masa di gedung
mereka.
Tambahan unik untuk gedung ini
juga termasuk tempat atau sudut Instagrammable untuk mengabadikan momen yang
tidak dapat dilupakan.
Menjadi yang pertama di Asia
Tenggara dibuka, Metrojaya LaLaport menandakan satu detik yang penting dalam
perjalanan mereka sebagai peruncit kerana ia membolehkan mereka untuk sekali
lagi mendekati pelanggan mereka dengan menyediakan pengalaman membeli-belah
yang holistik.
Untuk mencipta kelainan, beberapa
ciri-ciri unik yang tidak pernah dibuat lagi di Metrojaya ini telah pun
dimasukkan.
Setiap perincian dan bukan hanya
fokus kepada produk yang tersedia, mereka juga teliti menyediakan suasana yang
dicipta khas untuk para pelanggan.
Cara nak ke Metrojaya Lalaport Bukit Bintang City Centre
Metrojaya LaLaport mudah diakses
menggunakan pengangkutan awam melalui LRT Hang Tuah dan stesen Monorel KL, dan
hanya mengambil masa lima minit untuk berjalan kaki ke Metrojaya Lalaport dari
stesen Merdeka laluan MRT Sungai Buloh-Kajang.
Jadi memang sesuai sangat untuk
warga kota yang teringin nak datang tapi malas nak bersesak dengan kenderaan di
jalan.
Untuk maklumat lanjut tentang
Metrojaya, sila layari www.metrojaya.com.my
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.