Hai-hai guys. Kembali lagi dalam entri jalan-jalan cari makan edisi cuti sekolah. Kali ni, kami ke House of Kambing (HOK) yang terletak di MAEPS Serdang.
Dah nama restoran pun ada nama
Kambing jadi menu utama di HOK adalah menu daging kambing. Buat yang tak makan
kambing jangan risau sebab ada je menu ayam.
Memandangkan waktu cuti sekolah,
jadi dah boleh bayangkan suasana dia sibuk dan penuh dengan orang. Macam cari
penyakit pun ye juga datang waktu sekarang.
Tapi apa nak buat, dah sampai dan dapat parking cun depan kedai jadi niat nak makan kambing harus diteruskan. Kebetulan kami bawa anak saudara ke Farm In The City, jadi memang dah dekat sangat dengan HOK.
Makan Tengahari Di House Of Kambing MAEPS
Aku tahu tentang HOK adalah
melalui laman Instagram rasmi mereka. Bagi aku berkesan la cara mereka
marketing guna media sosial macam tu. Konten marketing mereka berjaya
mempengaruhi aku yang suka makan untuk datang.
Sebelum datang sini expectation
aku agak tinggi. Baik dari segi rasa, keselesaan, pilihan makanan dan lokasi.
Aku bayangkan yang indah-indah sahaja, terbayang daging kambing yang lembut
tapi hakikatnya?
Anda baca lah sendiri.
Waktu operasi HOK adalah bermula
jam 11 pagi sehingga enam petang. Dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat. Waktu
kami sampai betul-betul waktu makan tengahari dan sudah melepasi jam 12
tengahari jadi memang tempat tu penuh.
Parking agak terhad dan kawasan
sekitar dia berbukit. Di depan restoran ialah kawasan padang ragut yang luas
bercantum dengan kandang kambing dan unta.
Keluar dari kereta mata kami
tertumpu ke arah kandang dan nampak seekor unta dan beberapa ekor kambing
tengah berehat. Unta tu nama dia Mina.
Rezeki kami dapat meja di
bahagian belakang dan paling penting diterangi oleh cahaya Matahari. Natural
lighting gitu. Cuaca panas ya waktu tu dan cantik sangat nak ambil gambar.
Waktu tengah makan kami perasan
ada unta dan kambing bersiar-siar dalam kawasan padang luas tu. Baguslah
atlease kambing dan unta tu seronok lepas bebas.
Restoran HOK ni dua tingkat.
Dekat bawah ada banyak meja dan menjadi pilihan keluarga manakala di tingkat
dua menjadi pilihan abang-abang motor yang suka konvoi datang makan dekat situ.
Tingkat dua tu panas ya tapi
pemandangan dari atas memang cantik. Sesuai sangat kalau anda sejenis tidak
kisah dengan panas dunia.
Pengalaman Makan Tengahari di House of Kambing
Kami datang dengan perut yang
kosong dan perasaan lapar tu memang terpamer di muka masing-masing terutama
anak-anak. Setelah bermandi peluh di Farm In The City jadi tak sabar nak makan
di sini.
Malangnya tempoh makanan untuk
siap ambil masa yang agak lama. Faham sangat sebab ramai orang jadi semua
bersabar. Cuma mungkin HOK dapat baiki mutu perkhidmatan di masa hadapan supaya
dapat pendekkan masa dan hantar minuman terlebih dahulu.
Dengan cuaca panas, air pun
sampai lambat ke meja ianya menjadi pengalaman yang kurang menyenangkan sebab
terpaksa pujuk anak-anak kecil supaya bersabar.
Aku tak rasa mereka kekurangan
pelayan sebab ramai je pekerja yang ambil tempahan dan kutip pinggan kotor.
Mungkin kekurangan pekerja bahagian dapur ditambah pelanggan yang ramai. Hari
minggu kan.
Menu Utama Di House of Kambing
Kami minta pelayan untuk mencadangkan
menu patut kami cuba di HOK. Mereka pun ramah je nak layan soalan kami.
Untuk peminat Lamb dicadangkan
untuk cuba set Grill Out. Ada 3 jenis iaitu Grill Out Mini, Grill Out dan Grill
Out Platter. Bezanya set Platter ada signature dish mereka iaitu signature
marinated lamb (kambing perap), kambing goreng crispy dan ayam goreng crispy,
sesuai untuk lima orang makan.
Kami cuba set Grill Out Mini.
Dalam set tu ada dua pinggan nasi, dan signature marinated lamb sesuai untuk
dua ke tiga orang makan.
Kami juga cuba Nasi Goreng Kambing dan Sup Kambing Power. Anak saudara aku makan Nasi Kukus Ayam Bakar.
Kalau dekat area rumah, kalau teringin makan kambing memang pergi Menate je.
Dari segi rasa agak tersasar
dengan apa kami bayangkan. Perapan kambing dan ayam bakar ialah kicap. Rasa
macam makan masak kicap dan tak pedas. Daging kambing dia boleh aku kategorikan
lembut dan boleh dikunyah.
Nasi Goreng Kambing dia
mengecewakan bagi aku. Rasa nasi goreng kari. Rasa kari tu menenggelamkan rasa
kambing. Aku mengharapkan nasi dia pedas tapi tidak.
Sup kambing dia layak diberi
pujian. Kena la dengan tekak kami yang selalu makan sup kambing dekat NZ.
Makanan di HOK bukanlah tak sedap langsung tapi aku meletakkan harapan terlalu
tinggi.
Mungkin kalau ada kesempatan
untuk datang lagi aku nak cuba kambing goreng crispy.
Apa yang berjaya buatkan hati aku
sejuk adalah meja makan dia cantik. Pandai dia pilih warna meja kayu
berunsurkan alam semulajadi. Nasib dia tak hias macam rumah kambing. Lol.
Suka sangat dengan pemilihan meja
dan kerusi serta susun atur. Walaupun nampak agak sempit tapi masih selesa. Aku
berkenan dengan corak dan warna meja kayu yang nampak aesthetic sangat.
Tambahan pula pekerja HOK sangat
mesra alam. Tak lokek senyuman dan terbuka menerima pendapat. Waktu pembayaran,
cashier sempat tanya suami minta bagi review berdasarkan apa kami makan pada
hari tersebut.
Waktu tu aku dah jalan laju-laju
sebab barisan pelanggan menunggu untuk masuk sangatlah panjang. Jadi untuk anda
yang teringin nak rasa makanan di HOK bolehlah datang sini. Nak selesa sila
datang pada hari bukan cuti sekolah.
Secara keseluruhan, pengalaman
makan di HOK ni seronok disebabkan faktor persekitaran dia yang sejuk mata
memandang. Kalau dia upgrade sikit rasa makanan, boleh jadi tempat makan kami
bila teringin nak makan kambing.
Aduhai..terasa nak makan kambing la...acaner ni....hahahahahaha....
BalasPadamApa lagi SA cari terus hahahha
PadamBila datang dalm keadaan lapar memang stress lah kena menunggu.. Ada juga teringin singgah disini tapi kena datang dalam keadaan yang sabarlah nampaknya.. Lambat serve ini tak best..
BalasPadamKalau teringin kena bertabah la, alas oerut dulu. Tapi hari biasa rasanya tak crowded sangat
PadamPeminat menu kambing kena terjah ni
BalasPadam