Adsense - Cara Sekat Iklan Tak Sesuai Di Blogspot

Baru-baru ni aku perasan ada beberapa iklan adsense yang tak sesuai untuk aku iklankan muncul dekat blog. Dulu aku pernah sekat beberapa iklan adsense yang aku kategorikan sebagai iklan tak senonoh. 

Yelah sebagai seorang Muslim memang bertentangan la aku nak letak iklan yang bertentangan dengan hukum Syara’ seperti iklan nombor ekor, iklan perempuan seksi mencari jodoh. 

Paling terbaru iklan yang mengganggu mata aku ialah iklan Nabi Isa. Setakat apa aku faham, segala iklan yang keluar adalah berdasarkan artikel yang kita tulis. 

Keyword yang kita taip, kita baca dan website kita lawati pun main peranan. Semuanya berkait antara satu sama lain. Itulah bijaknya teknologi. 



Cara-sekat-iklan-adsense-tak-sesuai



Adsense - Cara Sekat Iklan Tak Sesuai Di Blogspot

Oleh sebab baru-baru ni ada terbitkan artikel berkenaan Hadis Palsu yang berunsurkan agama, aku rasa sebab keluar itulah iklan Nabi Isa dekat blog ni. 

Selain daripada tu google sangat bijak untuk kesan jejak yang kita tinggalkan di internet, sebab tu kadang-kadang seram apa kita fikir tiba-tiba iklan lalu dekat media sosial kita. 

Jadi untuk memastikan blog bebas iklan adsense yang tak sesuai memang kena selalu semak setting di google adsense. 

Kadang-kadang ada juga yang aku terlepas pandang. Jadi sementara masih ingat ni terus buat dan check setting. 


Cara Sekat Iklan Adsense Tak Patuh Syariah

Ada beberapa cara untuk sekat iklan tapi yang mudah untuk aku tunjuk adalah sekat iklan tak sesuai di bahagian Ad Review Centre. 

Cara dia mudah je. Login akaun google Adsense, di bahagian dashboard pergi ke bahagian Blocking Controls. Klik Content, pilih Ad Review Centre. Nanti akan keluar semua jenis iklan. 

Rambang mata juga nak pilih iklan mana yang patut disekat. 


step-by-step-sekat-iklan-adsense-tak-sesuai


Dekat sini kita bebas nak pilih mana-mana iklan yang kita nak sekat dan tekan je bulat tu akan keluar block this ad. Klik juga bahagian 'FIND RELATED ADS' untuk sekat iklan yang sama jenis. 

Tekan je bulat merah tu untuk block this ads. Iklan tu tidak akan keluar lagi di blog kita di masa hadapan. 

Cara lain ialah jika anda tahu jenis iklan yang anda mahu sekat. Hanya taip di bahagian “search ads by text” tekan enter. 

Masukkan keyword ads yang kita mahu sekat. Contoh aku buat ialah 'Isa' jadi akan keluar iklan yang berkaitan. Tekan saja find related ads dan kemudian block all. 

ads-by-keyword
Buat perkara yang sama untuk sekat iklan yang kita tak mahu. Klik “Block All” jika ada lebih dari satu iklan. 

Diharap dengan perkongsian ni dapat bantu anda yang tak selesa dengan iklan tak patuh syariah berlegar dalam blog anda. 


Ulasan

  1. Thanks sis info..saya pun selalu check mana iklan yg pelik2 tu terus block je.

    BalasPadam
  2. alhamdulillah setakat ni tak ada lg iklan tak senonoh

    BalasPadam
  3. Betul sangat, masuk iklan x senonoh dlm blog, boleh sakit jiwa dibuatnya...thanks for perkongsian ni , kena rajin je check setting iklan tu.

    BalasPadam
  4. Thanks so much for this valuable sharing about adsense ad, learnt so much. Cheers Siennylovesdrawing

    BalasPadam
  5. Bagus juga sekat iklan yang tak sepatutnya keluar dekat blogpost kita, kadang takut yang klik tu yang bawah umur tak pasal tertengok betul tak

    BalasPadam
  6. boleh sekat yea? Rupanya kena ada cara. Terima kasih yea kongsi ilmu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.