Tukar Kabel Copper Unifi Ke Fiber, Perkara Perlu Tahu

Baru-baru ni aku terima panggilan dari TM berkenaan tawaran untuk tukar kabel Copper kepada kabel fiber. Ikutkan bulan Oktober 2022, genaplah kontrak dua tahun kami guna UniFi.

Mengikut penerangan customer service yang telefon aku, penukaran kabel fiber merupakan salah satu cara untuk TM naik taraf perkhidmatan mereka dan bukan semua kawasan yang perlukan kabel fiber.

Pelanggan UniFi di rumah flat, apartment dan pangsapuri disarankan untuk tukar atas faktor teknikal. Modem akan mudah terjejas bila hujan petir.


Tukar-kabel-Fiber-TM-Unifi


Jadi pelanggan UniFi rumah teres boleh bertenang tak perlu tukar kabel. Itu apa aku faham berdasarkan perbualan aku dengan juruteknik yang datang buat pemasangan kabel tu.


|   Terminate ASTRO & Guna Unifi   |


Tukar Kabel Copper Unifi Ke Fiber, Perkara Perlu Tahu

Waktu Customer Service hubungi tu dia akan terangkan serba sedikit proses dan apa yang akan berlaku pada hari kejadian termasuklah kos yang terlibat.

Kos pemasangan adalah percuma tetapi pelanggan perlu bayar jika request pemasangan tambahan mengikut kehendak pelanggan yang melibatkan aktiviti drill dinding dan sebagainya.

Jika semua berjalan lancar, crew teknikal akan datang untuk pemasangan kabel Fiber pada hari temujanji.

Kesilapan aku waktu bercakap dengan Customer Service adalah aku tak tanya tentang kesan kepada kontrak UniFi semasa bila aku setuju nak tukar kabel fiber.

Waktu hari pemasangan baru aku tahu yang secara automatik kontrak akan dilanjutkan lagi sehingga dua tahun. Nak marah tapi kena sabar.


Pasang-kabel-fiber-unifi


 

Tukar Kabel Copper Kepada Kabel Fiber Unifi

Itupun selepas borak dengan crew TM yang datang pasang kabel tu. Memang tak boleh buat apa-apa la sebab dia dah mula buat kerja.

Elok je crew tu terangkan. Nama dia Razif. Sebelum ni dia pernah datang gantikan modem aku blackout kena panah petir.

Aku tidak la marah cuma sedikit kesal bila customer service tak beritahu pun waktu dia buat tawaran tukar kabel Unifi.

Kalau fikir logik itu merupakan salah satu strategi supaya pelanggan tak terminate servis TM. Bayangkan kalau pelanggan memang tak berpuas hati dengan mutu perkhidmatan Unifi, pasti dia tak setuju nak tukar kabel.

Setakat setahun 10 bulan aku guna UniFi, banyak kali juga kami frust dengan mutu perkhidmatan internet. Lepas setahun guna, internet dia dah macam Ast** bila hujan je internet terganggu.

Agak kerap berlaku dan bila jadi memang sakit hati. Waktu penukaran tu tak ambil tempoh masa yang lama pun, sekitar satu jam je semua boleh siap.

Sebelum buat crew akan bagi cadangan untuk tarik kabel dan beritahu jika ada keperluan untuk tebuk dinding.


saiz-kabel-fiber-unifi


Pastinya kalau tebuk kenalah bayar. Halus je kabel fiber tu dan warna putih. Selepas pelanggan setuju maka kerja penukaran kabel pun bermula.

Kalau sebelum ni untuk kabel copper, TM hanya beri satu device sahaja iaitu modem yang juga berfungsi sebagai router untuk sambungkan internet.

Ini adalah sebab kenapa internet lembap sebab modem kena bekerja keras sebagai router. Tapi bila upgrade ke kabel fiber, pelanggan akan dapat dua device yang berasingan iaitu modem dan juga router.

So bila dah asing kelajuan internet dijangka lebih lancar. Setakat dua minggu performance lebih baik. internet ada waktu dia loading juga tapi tak lama.

Tak risau juga bila hujan petir sebab kabel fiber ni dia kalis kilat. Rumah aku pula di tingkat atas sekali iaitu di tingkat 7. Ngeri juga kalau cuaca buruk ditambah kilat guruh sabung menyabung.



Kesimpulan

Moral of the story, penukaran kabel Unifi copper kepada kabel fiber beri perubahan dari segi kelajuan internet dekat rumah aku. Ada waktu internet dia hauk tapi masih boleh diterima dan tak lama waktu dia down tu.

Update: Lepas hampir setahun tukar fiber Alhamdulillah kelajuan internet diterima akal, smooth je dan petir kuat pun tak risau. Tak kena sambar. Nauzubillah. 

Ulasan

  1. Terima kasih atas perkongsian . Sedikit sebanyak dapat juga ilmu tentang Unifi ni ... CCL pun baru pakai lgi beberapa bulan baru nk masuk. 1tahun . So far sekarang xada masalah apa2 lgi dengan unifi

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.