Sana sini kecoh kata simpan duit dalam bank dah tak selamat. Selama ni aku hanya dengar cerita orang, duit hilang dalam akaun bank. Akhirnya aku turut menjadi mangsa. Cis betul.
Waktu kawan aku ceritakan suami
dia juga menjadi mangsa scammer yang mencuri duit dalam akaun bank aku hanya
mampu suruh dia bersabar je.
Bila giliran aku sendiri yang
merasai memang payah nak bersabar. Cakap memang mudah, bila kena batang hidung
sendiri, perghhh.
Cara Dapatkan Duit Hilang Dalam Akaun Bank
Walaupun angka dia tidak mencapai angka ribuan ringgit tapi tetap juga terasa. Kalau aku belanja duit tu beli kopi dekat Zus Coffee boleh dapat 10 cawan CEO Latte ya.
Kisahnya pagi 1 haribulan Ogos
aku terima notifikasi di SMS dari no 63833 mengatakan aku ada buat transaksi
guna Debit Card berjumlah RM98 pada pukul 1.27 petang.
Awalnya aku nak abaikan je SMS tu
sebab macam tak percaya. Tapi, nombor yang hantar notifikasi SMS tu nombor
rasmi kalau aku request TAC untuk urusan online banking. Terus rasa cuak.
Waktu tu rasa tak sedap hati terus
login iMuamalat dan ternyata duit telah ditolak dan terdapat perbezaan diantara
jumlah Account Balance dengan Available Balance.
Bila fikirkan macam tak logik
sebenarnya scammer tu boleh buat transaksi guna kad debit aku. Aku tak pernah
klik link mencurigakan baik di SMS, e-mail, mahupun Whatsapp. Tak pernah juga
nak layan bila diminta isi maklumat peribadi.
Perkara pertama aku buat ialah
update di Facebook dengan harapan ada yang kongsi pengalaman pernah lalui
perkara yang sama. Lepas tu terus aku hubungi customer service Bank Muamalat.
Bank hold transaksi tu jadi duit tu terapung-apung status dia. Selamat? Entah tak tahu.
Kronologi Cara Dapatkan Semula Duit Yang Hilang
Baca kronologi di bawah supaya
lebih faham:
1# Terima SMS notifikasi pada
pukul 1.29 petang Ahad, 31/7/2022. Berlaku transaksi pembayaran kepada
Brainratingstore.com sebanyak RM98.
Pagi Isnin baru perasan SMS dan
terus call Bank Muamalat.
#2 Customer Service akan block
kad debit dan Internet Banking. Kena buat laporan Polis dan pergi ke bank untuk
buat kad debit baru. Laporan Polis wajib buat supaya bank boleh lakukan
siasatan. 4/8/2022, Khamis baru aku selesaikan semua.
#3 Kena hantar e-mail dan salinan
laporan Polis kepada feedback@muamalat.com.my
beserta no rujukan panggilan (CS akan beri).
#4 Bank caj RM12 untuk buat Kad
Debit baru. Dah la duit kena curi, bank suruh bayar lagi duit yang sah-sah
bukan salah pelanggan.
#5 Kes dijangka ambil masa 14
hari bekerja. Tapi berdasarkan pengalaman orang lain perlukan tempoh yang lebih
lama dan terbukti ianya betul.
#6 Internet Banking kena daftar semula. Kena buat macam pertama kali daftar ‘First time registration’ kemudian kena hubungi Customer Service untuk aktifkan. Leceh tapi sebab perlukan kena buat juga.
Kisah Orang Hilang Duit Dalam Bank
Setiap bank prosedur dia
berlainan. Ada yang tak perlu buat laporan Polis dan sebaliknya. Berdasarkan pengalaman
yang diceritakan mangsa yang hilang duit dalam bank, aku simpulkan yang bank
akan beri response berdasarkan tahap penglibatan pelanggan.
Kan ada kisah Doktor yang hilang
duit dalam bank sotong tu dia tak puas hati sebab bank seolah meletak kesalahan
ke atas pelanggan. Klik link dan ada yang serah maklumat peribadi.
Sebagai contoh untuk kes aku: aku
tak klik apa-apa pautan, tak dedahkan maklumat kepada pihak ketiga melalui e-mail
mahupun panggilan telefon.
Tahu-tahu je transaksi berlaku
tetapi bank bekukan transkasi sebab mencurigakan. Memang lah sebab aku tak request atau
masukkan TAC / OTP number.
Kebetulan waktu balik, pakcik
driver GRAB pun kongsi kisah hilang duit dalam bank sebab scammer. Bezanya dia
yang serah tengkuk untuk disembelih. Lagi sedih.
Dia cerita scammer ni guna email untuk pancing pakcik tu. Scammer hantar email sebiji macam email dari pihak Unifi dan minta pelanggan untuk update maklumat akaun.
| Taktik Scammer Kurier Servis |
Kalau tak update servis akan
ditamatkan. Lebih kurang macam tu lah penerangan pakcik tu. Maklumat yang
pakcik tu isi termasuk lah bahagian bayaran auto debit.
Dia klik link dan isi maklumat
pada waktu pagi dan selepas tu dia terima notifikasi penolakan bayaran berderet-deret
melalui telefon tapi dia abaikan sebab sibuk bawa GRAB.
Malam tu dia baru semak
notifikasi dan buat laporan kepada bank. Esok dia pergi ke bank. Apa yang dia
cerita ialah duit tu dah berjaya dipindahkan ke akaun scammer tapi scammer
belum withdraw duit.
Pakcik tu bernasib baik sebab bank
kata boleh ambil duit tu semula. Adalah perkara teknikal yang dia cerita tapi
aku tak berapa nak faham.
Jadi untuk kes kehilangan duit
setiap bank berbeza cara dia selesaikan. Jadi isu dia sekarang selamat tak nak
simpan duit dekat bank?
Bayangkan eh kalau pelanggan yang
memang simpan dan harapkan bank jaga duit kita, lepas tu kehidupan dahlah
miskin bandar. Jadi perkara begini yang ambil masa nak dapat semula duit tu.
Tidak ke membebankan rakyat. Hei saya marah.
| Guru Ditipu 12 Ribu Ringgit Oleh Sindiket Parcel Scam |
Pesanan Bank Tentang Panggilan,
SMS, Whatsapp Palsu
Awas! Panggilan atau sms/whatsapp palsu
Anda Cemas?
- Tidak bayar cukai
- Pengubahan wang haram
- Kad kredit digunakan
- Tunggakan kad kredit
- Mykad digunakan oleh orang lain
- Dadah
Anda diugut?
- Waran tangkap
- Penjara
- Wang simpanan hilang
- Akaun simpanan dibekukan
Anda menerima arahan?
- Muat turun aplikasi
- Mengisi data peribadi dan perbankan ke dalam aplikasi/ laman
- sesawang daripada pautan yang diberikan
- Membuat pinjaman peribadi
- Menjual rumah
- Memindahkan wang simpanan
- Tidak boleh memberitahu sesiapa termasuk ahli keluarga
Sekiranya anda menjawab YA untuk semua solan di atas, anda mungkin sedang ditipu! hentikan perbualan serta merta dan telefon pihak berkuasa dengan segera.
Lama juga aku pertikaikan sebab aku dah buat apa pihak bank suruh, laporan polis dan aku dah beritahu bank supaya jangan release duit kepada scammer.
Aku suruh dia jawab dengan jujur aku akan dapat duit itu atau tak. Peluang tu tipis dia kata. Dia kata dia boleh tolong buka laporan untuk tanyakan kepada Jabatan yang terlibat siasat kes aku ni.
Dengan harapan jabatan tu boleh bagi jawapan yang logik diterima akal kenapa duit aku ditolak. Banyak kali juga perkataan maaf keluar tapi maaf tu bukan boleh kembalikan duit dan kepercayaan aku kepada bank.
Aku geram sampai aku cakap aku nak withdraw dan tuutp akaun Muamalat. CS tu redha je. Nasib lah kan. Tapi tidak la aku sampai mencarut.
Sebelum letak telefon aku sempat tanya tarikh perlu aku hubungi semula untuk tahu status duit aku. Sepanjang tempoh menunggu tarikh aku perlu follow up, aku ada call customer service untuk kes lain.
Waktu inilah aku baru tahu yang CS lelaki tu bagi salah maklumat. Aku minta CS perempuan ni semak status kes aku dan dia terangkan satu persatu.
Rupa-rupanya selepas kes aku di siasat, duit aku dipulangkan semula ke dalam akaun. Jadi status duit floating tadi tiada sebab bank dah batalkan transaksi mencurigakan itu.
Pentingnya aku buat laporan Polis sebagai langkah keselamatan tambahan supaya kes kecurian duit tidak berlaku lagi di masa hadapan.
Mengikut SOP mereka patutnya ada staff hubungi aku untuk update laporan yang aku buat, malangnya aku tak terima satu panggilan pun.
Kalau aku tak hubungi semula BMMB dan aku biar je sampai bila-bila pasti aku akan kenang BMMB sebagai bank yang teruk.
Salah pelanggan? Salah Staff? Salah bank?
Risau dan takut juga, tapi tu lah selain usaha, doa dan tawakal dengan Allah jangan dilupakan... segalanya berlaku atas kehendak dan dengan izin Allah jua...
BalasPadamBetul. Semua perkara dengan niat, doa mohon perlindungan Allah
PadamMemang menyakitkan hati kan...geram je...mcm sistem security bank ni senang betul scammer hack ye tak?
BalasPadamPelanggan akan lebih lembut hati kalau bank ada simpati dan empati
Padamramai org terdesak discamnya org lain.. minta dijauhkan kes duit hilang ni. susah juga nak dpt balik
BalasPadamIkut rezeki. Ada ambil masa yang lama sangat
PadamRisau jugak kalau tetiba duit hilang camni. Sekarang saya simpan duit cukup-cukup je dalam bank, duit lebih transfer terus masuk ASNB. Risau kot jadi hal camni.
BalasPadamGood move la macam tu.. jangan satu tempat je
Padambanyak berlaku sekarang ni, ada juga kerisauan tapi tu lah kena alert dan hati2 selalu semoga kita semua di lindungiNya dari segala keburukan.. aamiin.
BalasPadamSimpan duit dalam bank pun tak selamat dah. Sabar je lah.
BalasPadamLately ni byk dengar berita kehilangan duit wlwpun dh simpan dlm bank m haihh takut pulak .. Dh mcm xsafety
BalasPadam