Dikala keadaan ekonomi yang kurang memberansangkan terutama waktu sekarang, ramai mula buka mata mencari peluang untuk mencari duit poket lebih bagi menampung kos keperluan hidup yang semakin tinggi.
Baru-baru ini Tasneem Business
Legacy mengumumkan pelancaran Tasneem MarketPlace (TMP) yang merupakan sebuah
platform baharu untuk menjana pendapatan tanpa modal dengan gandingan usaha
bersama empat lagi jenama terkenal iaitu Tanamera, Pustaka Darul Iman (PDI),
Eyyoo dan juga Aqiqah Centre.
Cara Buat Duit Tasneem MarketPlace Tak Perlu Modal
Tasneem MarketPlace merupakan
sebuah platform online yang mengumpulkan produk-produk di bawah niche keluarga,
kanak-kanak dan juga bayi.
TMP komited membantu golongan
berpendapatan sederhana untuk memperoleh income minima empat angka sebulan
khususnya golongan suri rumah. Tasneem MarketPlace mensasarkan lebih 10,000
usahawan berdaftar menjelang Disember 2022.
TMP menjadi pilihan pengguna
kerana menawarkan kepelbagaian produk yang memenuhi kehendak pelanggan setiap
peringkat umur. Mudah sebab semuanya berada dibawah satu bumbung.
Pilihan Produk Dalam Tasneem MarketPlace Untuk Pengguna
Antara Jenama dan produk yang tersedia di bawah Tasneem Business Legacy ialah Tasneem Naturel, Tasneem Food dan Two Birds.
Tasneem Naturel – Produk Penjagaan Bayi
Memfokuskan penyelesaian masalah bayi seperti mengatasi selsema, kembung, sembelit, jaundis, ekzema dan sebagainya secara semula jadi dengan pati tumbuhan terpilih.
Tasneem Food – Pes Makanan
Memfokuskan pes masakan Melayu asli yang enak setaraf chef hotel ternama. Membantu ibu-ibu sibuk untuk siapkan hidangan sepantas 30 minit.
Two Birds – Produk Penjagaan Diri
Rangkaian produk penjagaan diri seperti mandian mewah dan minyak urut menggunakan formulasi minyak pati semula jadi dengan pelbagai kebaikan untuk memberikan pengalaman unik kepada pelanggan.
Antara jenama dan produk kolaborasi bersama: Tanamera, Aqiqah Centre, Pustaka Darul Iman (PDI) & Eyyoo.
Tanamera – Produk Penjagaan Diri
Organik
Produk berkonsepkan aromaterapi yang menawarkan pelbagai jenis produk penjagaan diri organik. Sabun mandi, minyak urut, minyak pati semuanya dihasilkan daripada sumber alam semula jadi yang terpilih.
Aqiqah Centre – Aqiqah dan Qurban
Syarikat yang menguruskan aqiqah dan qurban di tanah suci Mekah. Diyakini lebih 45,000 pelanggan termasuk sebilangan selebriti tanah air. Aqiqah dan qurban lebih mudah dan murah dengan Aqiqah Centre.
Pustaka Darul Iman (PDI) – Al
-Quran
Merupakan syarikat penerbitan Al-Quran yang terkenal dengan quran tagging, quran lelaki, quran wanita & quran besar. Selain lengkap dengan panduan tajwid dan terjemahan, rekaan luarannya juga sangat menawan. Syarikat ini turut menjual buku kanak-kanak dan muqaddam.
Eyyoo – Bahan Belajar &
Permainan Kanak-Kanak
Pengeluar Creative Magnetic Box
untuk bantu anak 2 tahun ke atas cepat belajar sambil berseronok. Bantu ibu
bapa mengajar anak dari awal dengan puzzle bermagnet, sekaligus mengelakkan
anak ketagih gajet.
Peluang Menjana Pendapatan Bersama Tasneem MarketPlace
TMP menawarkan ganjaran menarik
kepada agen seperti pemberian komisen, mata ganjaran, reward dan juga bonus.
- Komisen akan diberikan kepada agen melalui pelanggan yang membuat pembelian. Komisen akan dimasukkan ke dalam eCash segera tanpa syarat dan boleh digunakan untuk membeli produk lain di dalam sistem.
- Mata ganjaran adalah bersifat kumulatif dan boleh tebus dengan HQ tanpa ada tarikh tamat tempoh.
- Reward menarik kepada Top Recruiter dan Top Bonus Earner.
- Bonus diberikan mengikut kelayakan berdasarkan pelan insentif dan dikira dari PV produk yang dibeli sepanjang bulan. PV akan di reset setiap bulan.
Kelebihan Tasneem MarketPlace Reseller
- Jana pendapatan tanpa perlu keluarkan modal
- Pendaftaran adalah percuma
- Pelbagai rangkaian produk untuk dipromosi
- HQ uruskan pengeposan produk kepada pelanggan
- Pelan pemasaran jitu untuk bantu dapatkan pelanggan
- Pelbagai reward menarik menanti.
- Bonus dibayar seawal 7 haribulan bulan seterusnya
- Penyata pendapatan disediakan
Kelebihan Tasneem MarketPlace
Customer
- Pengguna boleh membeli produk jenama kegemaran pada harga hebat, jimat dan berbaloi berbanding dengan pembelian secara berasingan.
- Produk juga dijamin berkualiti, autentik keluaran anak tempatan.
- Pendaftaran Percuma
- Minimum 3% cashback
- Terima komisen
- Boleh kumpul point
- Postage direct HQ
Jangan bertangguh lagi. Rebut peluang
baik ini untuk tambah duit saku dengan cara yang sangat mudah dan fleksibel.
Mereka yang berminat untuk
berjaya dan menjana pendapatan bersama TMP boleh klik link Telegram ini: https://t.me/+WAWjyDQCeT0xMTA
Keterangan lebih lanjut boleh hubungi Tasneem
Facebook | Instagram | Website | Youtube
terbaikkk..platform bagus utk surirumah jana pendapatan tuu..
BalasPadamSetuju. Memudahkan suri rumah yang nak cari pendapatan tambahan
PadamPeluang jana duit dari rumah terbaik utk surirumaj ..salah satu peluang pekerjaan jgk ni
BalasPadam