Selalu tengok orang buat cover reel Instagram cantik dan kemas je kan? Nak buat juga tapi tak tahu macam mana?
Cara Buat Cover Reel Instagram Guna Canva
Dalam
artikel kali ini aku akan kongsikan cara mudah untuk buat cover reel Instagram
menggunakan aplikasi Canva.
Seminit pun dah boleh siap. Mudah
sangat dan percuma. Jom aku tunjuk.
Cara Pertama:
1. Login akaun Canva
2. Taip ‘Instagram Reel Cover’ dalam
butang search dan tekan enter.
3. Pilih Instagram Reel Cover
Template yang tersenarai. Template semuanya cantik walaupun yang percuma.
4. Selesai pilih template, kemudian
boleh edit dan tukar kepada warna brand korang, atau ikut warna tema feed
Instagram.
5. Pilih juga font, masukkan gambar dan lain-lain mengikut
citarasa.
Cara Kedua:
Kalau tak suka dengan pilihan template yang ada korang boleh
juga buat semuanya dari awal tau.
1. Login akaun Canva
2. Klik ‘Create a design’ – ‘custome size’
3. Saiz Instagram Reel Cover’ = 720 (width) X 1280 (height)
Selesai design – Klik Share – Download – File type JPG/PNG –
Save/download
Siap!
| Cara Susun Instagram Feed Supaya Cantik Dan Kemas |
| Remove Background Image Tanpa Jejaskan Kualiti Gambar |
canva..okey dah besa guna..nnti boleh cuba utk buat cover reel ig pulak..
BalasPadamSelamat mencuba
Padamalahai bestnya, kalau rajin boleh cuba nanti
BalasPadamdia mudah sangat, so berbaloi cantikkan feed
Padam