Lagi seronok kalau tak mahu menunggu lama, satu lagi pilihan untuk tukar kad debit ialah cari je Mesin Layan Diri Penukaran Kad Debit Maybank ada di seluruh Malaysia. Maybank Debit Card Replacement Kiosk.
Cara Tukar Kad Debit Maybank Tamat Tempoh Secara Online
Sebulan sebelum tarikh kad debit tamat tempoh, customer service Maybank sudah hantar peringatan melalui SMS dekat aku menyatakan Kad Debit Maybank akan tamat tempoh pada hujung bulan Julai.
Penting untuk tukar supaya tak ganggu kelancaran penggunaan kad. Tapi masa tu aku abaikan sebab fikir buat online kan, buat apa kalut nak buat awal-awal.
Tukar Kad Debit Maybank – Online Je
Tangguh punya tangguh akhirnya aku terlupa terus. Seminggu sebelum tarikh tamat barulah terhegeh-hegeh aku buka laman website Maybank.
Pengguna juga boleh tukar kad di mana-mana kiosk atau melalui M2U. Cuma kalau nak guna perkhidmatan online ni jangan lupa password, naya tak boleh login. Cara Reset Password Maybank2u Bila Lupa Kata Laluan.
Seperti yang disangka, memang teramat mudah prosesnya. Tak sampai lima minit boleh siap. Nanti kad pun akan dihantar terus ke rumah korang.
Cara Tukar Kad Debit Maybank Secara Online
1) Log in Maybank2u
2) Tekan 'SETTINGS'
3) Tekan 'CARDS'
4) Pilih Debit Cards & pilih “Replace, Activate & Block”
5) Tekan 3 titik kat tepi belah kanan tu
6) Pilih 'REPLACE CARD'
7) Isi alamat untuk penghantaran kad. Klik T&C untuk setuju & tekan 'REPLACE CARD'
8) Tekan request SMS TAC
9) Isi nombor TAC & click 'CONFIRM'
Bank akan hantar kad baru dalam tempoh 9 hari dari tarikh permohonan. Pertukaran kad baru akan dikenakan caj sebanyak RM12. Jumlah tersebut akan ditolak dari baki akaun semasa atau simpanan korang.
Selepas terima kad debit, kad harus diaktifkan dalam tempoh 90 hari lepas diterima. Boleh aktifkan dengan pergi ke ATM atau secara online.
Aktifkan debit kad di ATM boleh ikut cara ini:
1) Masukkan kad
2) Pilih bahasa
3) Masukkan nombor PIN
4) Pilih 'TRANSAKSI LAIN'
5) Pilih 'PERKHIDMATAN LAIN'
6) Tekan skrin berikutnya
7) Tekan 'PENGAKTIFAN KAD'
Aktifkan debit kad secara online boleh ikut cara ini:
1) Log in Maybank2u
2) Klik 'SETTINGS'
3) Klik 'CARDS'
4) Klik 'MANAGE DEBIT CARDS'
5) Klik 'ACTIVATE'
Mudah kan cara tukar Kad Debit Maybank tamat tempoh secara online? Semoga bermanfaat.
thanks for sharing., ;p
BalasPadamgood sharing diah..kebetulan kad debit maybank akak pun nak expired bulan 10 ni..dah dapat notification sms dari maybank pun..
BalasPadam