Balik Kampung Tapi Check In Hotel, Homestay

Trend check in hotel atau pun homestay bila balik kampung terutama pada musim perayaan dah menjadi sesuatu yang normal di kalangan masyarakat kita. 

Kalau dulu memang agak mustahil ianya berlaku tetapi selari perubahan zaman dan perkembangan keluarga trend check in hotel mahupun homestay dah jadi perkara biasa. 

Aku antara mereka yang memilih untuk check in di hotel sewaktu balik sambut Raya di rumah mentua baru-baru ini. Lebih tepat suami yang buat keputusan untuk menginap di hotel. 



Balik Kampung Tapi Check In Hotel, Homestay


Sebagai isteri mestilah kena taat ikut perintah. Alhamdulillah tidak timbul isu keluarga mentua terasa hati. 

Kita pandang dari sudut positif. Apabila kita ambil keputusan untuk tidak tidur di rumah mentua adalah dengan niat untuk menjaga aurat terutama si isteri. 

Boleh jadi timbul perbalahan apabila tidur di hotel dan hanya muncul di rumah mentua menjelang waktu petang atau waktu makan. Memang meminta la jawabnya. 

Trend check in hotel juga dibahaskan di media sosial dan mendapat perhatian Ustazah Asma. Tiada masalah sebenarnya, dengan syarat kita menjaga hati keluarga mentua. 


Check-in-Hotel-Bestari-Jasin-Melaka


Check In Hotel Bestari Pada Hari Raya Ketiga


Kami check in Hotel Bestari, Jasin pada hari raya ketiga. Memandangkan tahun ni giliran raya pertama adalah di kampung Pahang dan pada - hari Raya ketiga baru kami balik beraya di Melaka.

Kebetulan sebelah suami pun amalkan giliran beraya yang sama. Jadi pada hari raya ketiga memang penuh rumah mentua. 

Sebelum ni pernah menginap di - The Straits Hotel And Suites Melaka 

Kami pilih hotel pun di saat akhir dan boleh tahan juga harga dia bagi hotel bertaraf dua bintang. Berdasarkan review diberikan pelanggan, hotel Bestari tidaklah teruk sangat. 

Harga satu bilik yang kami bayar adalah RM150.22 untuk bilik Superior. Dapat tilam bersaiz Queen. Tidak terlalu sempit dan agak selesa bagi kami.  


Hotel-Bestari-Jasin-Melaka


Review Hotel Bestari, Jasin Melaka 


Memandangkan kami hanya tidur satu malam sahaja jadi pejam mata untuk semua kekurangan. Bilik agak luas, bersih, kelengkapan asas seperti sabun mandi dan syampu dalam bilik air disediakan. 

Dari segi privasi memang kuranglah sebab kita boleh dengar budak kecil menjerit dan berlari dekat luar. 

Tuala hanya diberikan satu helai sahaja. Berus dan ubat gigi tidak disediakan ya. Air panas Cuckoo disediakan berhampiran front desk. Papan seterika di sediakan di luar bahagian koridor. 

Jarak hotel dengan rumah mentua tak jauh sangat, dalam 15 minit je perjalanan. Hotel ni berada di tingkat dua dan perlu naik tangga. 


Superior-room--Hotel-Bestari-Jasin-Melaka


Leceh kalau bawa bagasi yang berat dan ada anak kecil. Tapi aku perasan waktu check out ramai je budak kecil berlari keluar. 

Parking pun banyak. Bahagian bawah adalah Bank Islam. Family Mart, 7Eleven, dan Bakers Cottage ada berdekatan jadi senang nak access.

Cuma yang tak seronok waktu kami check in memang tak banyak kedai yang buka disebabkan cuti Raya jadi memang tahan lapar sepanjang malam tu. 

Semua kedai penuh dengan pelanggan dan GRAB mahupun Foodpanda tak ambil tempahan. Melepas nak makan Oden Family Mart 


Review-Hotel-Bestari-Jasin-Melaka


Moral of the story ialah jangan memilih makanan dan kena buat pilihan bijak makan awal dan bukan di saat akhir.

Sedih tau, tidur dalam keadaan lapar. Nak balik makan di rumah mentua rasa malu. Jadi kita tahan sajalah esok pagi terus kemas dan check out. 

Overall, aku puas hati sebab staff yang jaga kaunter layan kami dengan baik. Urusan check in dan check out lancar je. 


Ulasan

  1. Part makan tu kan mmg kalau nk tdur tapi lapar tu mmg buat xleh tdor woo... Tmbh kalau ada anak2 kecik duk mrengek lapa jugak kan

    BalasPadam
  2. Ni dengarnya hotel di mana2 pun fully booked sebab cuti sekolah. Makin maju industri pelancong negara. Alhamdulillah

    BalasPadam
  3. staycation sesekali okay je.. 😅😅

    BalasPadam
  4. menarik juga hotel kat jasin ni.. mama skrg kalau balik kg pun duk hotel atau homestay gak

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.