Aku dapat resepi roti Jala ni dari seorang kenalan yang merupakan seorang peniaga makanan. Makanan yang dia jual seperti kek, kuih muih, roti dan juga roti jala.
Jangan tak tahu roti jala yang dimakan bersama kuah kari memang ramai peminatnya. Dalam majlis mesti akan ada roti jala.
Oleh sebab dia tak menang tangan terima tempahan roti jala untuk rumah terbuka semasa Raya ni jadi dia kongsikan resepi yang dia guna untuk buat roti jala.
Resepi Roti Jala Mak Mus
Resepi dari ibu dia sendiri. Jadi, aku panjangkan ilmu supaya yang lain juga dapat manfaatnya. InshaAllah.
Resepi Roti Jala Versi Mak Mus
Bahan-Bahan Diperlukan:
1kg tepung gandum
2sudu besar majerin
1½ sudu besar garam
1.7liter air
1 sudu kecil pewarna kuning telur
Cara-Cara:
Kisar semua bahan guna blender dan selamat menjala.
Sedikit tips untuk kenal pasti adunan dah okay atau tidak, cuba jala sedikit terlebih dahulu. Kalau adunan elok keluar dari acuan bermaksud adunan okay.
Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit demi sedikit air atau sebiji telur sehingga aduanan sedia dijala.
Anggaran roti jala yang terhasil sekitar 80 keping mengikut saiz roti jala.
Terima kasih kak Azwa Mohtar sudi kongsi resepi ibu anda.
Nampak sedap :)
BalasPadamRoti jala jarang tak sedap. hihiih
Padamaduyai sedapnya.. buat utk makan open house gerenti laku ni
BalasPadamKalau dekat office dulu, roti jala jadi menu wajib
BalasPadamrajinnyer buat roti jala.. pasni leh buat roti pratha pulak ye cikkak.. 😅😅
BalasPadammacam ni sekilo tepung boleh dapat banyak juga ye...
BalasPadam