Oleh sebab perut asyik dijamu
dengan juadah Raya jadi kami meneruskan misi mencari makanan sedap berdekatan
rumah.
Memandangkan kebanyakkan kedai
masih bercuti dan kalau ada yang beroperasi pun amatlah terhad jadi kami tak
banyak songeh asalkan dapat makan.
Makan Cendol Durian Runtuh Di Starparc Point
Sebenarnya secara tak sengaja
kami cuba Cendol Durian di Cendol Durian Runtuh Setapak. Permintaan suami. Tak
mahu panjangkan cerita, aku turutkan saja kemahuan suami.
Ternyata ianya merupakan pilihan
yang tepat sebab cendol durian di Cendol Durian Runtuh Setapak menepati selera
kami sekeluarga.
Makan Cendol Durian Runtuh Di Starparc Point
Kedai Cendol Durian Runtuh
terletak di Starparc Point, Danau Kota. Kedai lama dibuka di Chowkit dan pernah
viral satu ketika dulu. Kemudian mereka berpindah
ke lokasi sekarang.
Kedai dia tidak terlalu besar tetapi bersih dan selesa dibandingkan kalau makan cendol gerai di tepi jalan. Jadi kalau nak makan dalam keadaan selesa kena makan dekat kedai proper ada kerusi dan meja.
Waktu kami cuba, kami pesan dua
cendol durian, satu cendol biasa. Memandangkan anak kedua tak makan durian dan
tak suka cendol jadi belikan Teh O ais dan Suhun Sup.
Semangkuk cendol di isi dengan
santan dan bahan-bahan lain yang biasa orang letak dalam cendol serta dua ketul
isi durian bersaiz besar dan fresh. Bau harum durian memang menusuk ke hidung.
Harga satu mangkuk cendol biasa
RM4 dan Cendol durian ialah RM14 (harga bungkus kena tambah RM2). Harga makanan
yang dijual, bagi aku berpatutan. Jangan bandingkan harga dekat luar bandar ya.
Sambil makan mulut tak
henti-henti puji sedap. Cendol dia tidak terlalu manis dan santan yang
digunakan ialah santan kelapa sawit.
Berbeza dengan santan biasa, santan sawit tidak menimbulkan rasa muak. Memang terbaik lah.
| Laksa Sarang, Cendol Durian Kak Ani |
Menu Cendol Durian Runtuh
Selain terkenal dengan Cendol
Durian, korang boleh cuba makanan lain seperti ayam penyet, asam pedas, mee
kari, pecal leleh, udang penyet, sotong penyet, ketam penyet, daging penyet dan
pelbagai minuman.
Dekat sini juga ada dijual menu
Asam pedas Johor Mak Embun. Set makan tengahari pelbagai menu asam pedas
seperti:
Asam Pedas Tenggiri: RM10 - RM12
Asam Pedas Ikan Pari: RM12
Asam Pedas Ikan Kembung: RM10
Asam Pedas Kepala Ikan Merah: RM15
– RM35
Hari tu kebetulan aku pergi katanya set Asam Pedas mula dijual selepas pukul 2 petang. Tiada rezeki nak cuba.
Waktu Operasi:
Isnin hingga Ahad: 11.00 pagi -
10.00 malam
Alamat:
Cendol Durian Runtuh, Starparc
Point, Danau Kota, 53100 Kuala Lumpur
Overall aku suka dengan layanan, rasa makanan dan juga keselesaan kedai Cendol Durian Runtuh Di Starparc Point. Selain dapat rasa makanan sedap, kami dapat cipta kenangan dengan anak-anak. Moga nanti bila dah besar, anak-anak akan hargai setiap saat masa kami bersama. Lah emosi, sedih pula.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.